Hi....

Hampir 6 tahun aku tak menulis, berkongsi kisah suka duka aku disini seperti mana yang aku selalu lakukan semasa zaman remaja ku. Mungkin aku takut... aku takut dihakimi. Takut orang yang tidak benar-benar mengenaliku menafsir hidupku. Aku jadi pengecut pabila rakan kelas ku tahu kewujudan blog ini. 

6 tahun... terlalu banyak banyak kisah hidupku yang perit untuk diimbas kembali. tapi... manusia.. kita hanya boleh memaafkan tapi kita tidak boleh melupakan.

diherdik oleh sahabat sendiri, dihina seperti anjing kurap oleh orang yang aku kenali hambir 10 tahun dan sayangi. Dibuang jauh oleh orang yang sangat aku percayai... Allahu.. perit benar rasanya. sakit. Walaupun aku sudah memaafkannya tapi sakit itu tetap ada. kata-katanya umpama pisau yang menikam gegendang telingaku.

Aku diherdik dan dimarahi kerana tiada disisi sahabatku dikala dia dalam keadaan sukar. aku bukan ahli nujum yang boleh tilik nasib orang, aku hanya manusia biasa. Aku tak akan tahu kalau dia tidak membuka bercerita. Sama seperti dia tidak mengetahui betapa peritnya hidupku yang hampir mengalah dengan hidup. Betapa pahit untuk ku telan derita hari-hariku. Aku tak mahu membuka setiap lembaran hidupku disini. Biarkan kisah ini tersimpan rapi di dalam hati.

Sepanjang tempoh aku belajar, aku takut berkawan. Aku yang dulu sangat mesra dan mudah bergaul telah mati. senyum tawa yang sentiasa terukir dibibirku hilang entah kemana. Maafkan aku kenalan yang mengenali diriku sepanjang 6 tahun ini. Aku tak jadi diri aku. aku tak jujur pada diri aku. mungkin kalau zura yang lama masih ada, haaaa.... *geleng kepala*

Alhamdulillah.. 6 tahun aku belajar untuk jadi kuat dan tabah dan aku belajar untuk sayang diri sendiri.

0 comments:

Post a Comment

zuraizlita. Powered by Blogger.