Jom belajar bahasa jepun



Oleh kerana dah 5 hari berkurung di kolej sedangkan orang lain balik bercuti, dan aku rasa bosan yang teramat sangat.. aku nak update entry WALAUPUN tak tahu apa nak update.

ok kawan-kawan, hari ni kita belajar macam mana nak kenalkan diri dalam bahasa jepun. Ramai kawan yang tanya kenapa third language tak nak ambil bahasa korea.. jawapan aku adalah "entah, hati aku cakap pergilah ambil bahasa jepun, aku ikot lah" kbye.

sebelum tu nak kenalkan, tulisan bahasa jepun ada tiga bentuk. hiragana, katakana dan kanji. (bila naik setiap sem rasa menyesal pulak sebab kena belajar banyak tulisan..HAHAHA. Tp bahasa jepun tetap kawaii and i love it)

kalau nak kenalkan diri, secara baik,sopan dan santun (Japanese is all about manners)

hi, nama saya zura.   "hajimemashite, onamae wa zura desu"
umur saya 22 tahun.   "watashi wa ni ju ni sai desu"
kampung saya di malaysia.  "kuni wa Mareshia desu"
saya seorang pelajar  "watashi wa gakusei desu"
nama ayah saya razak.  "chichi no namae wa razaku desu"
nama ibu saya zuraida.  "haha no namae wa zuraida desu"


saya punya:
ayah  -  chichi
ibu  -  haha
kakak - ane
adik perempuan - imoto
adik lelaki - ototo
abang - ani


orang lain punya:
ayah  -  otosan
ibu  -  okasan
kakak - onesan
adik perempuan - imotosan
adik lelaki - ototosan
abang - onisan

*san tu sandiri melambangkan 'dia' punya. contoh kalau nak panggi nama orang contohnya yamada. perkataan san tu kena tambah jadi yamada san. kalau si yamada tu lagi tinggi pangkatnya, kita panggil yamada sama (yamada tu TAK sama dengan kita).. oh ye... Lagi satu.. Kalau kita nak bahasakan diri kita dengan family kita pun, kita guna okasan untuk panggil ibu dan lain2. Perkataan yang saya punya tu hanya digunakan untuk bercakap dengan orang je, contohnya,

Yamada : okasan no namae wa nan desu ka.
(Nama mak awak apa)
You : haha no namae wa zuraida desu
(Nama mak saya zuraida)

Selain san dan sama.. Perkataan lain yang digunakan adalah chan (selalu dengar dalam cerita jepun). Chan ni digunakan oleh kanak-kanak. Kalau dengar orang dah tua-tua (macam aku) guna perkataan chan tu, sebabnya hanya satu, nak acah2 comel je.

kalau first time borak, lepas kenalan diri. tambah perkataan ni "dozo yoroshiku" maksudnya nice to meet you.

extra..
numbers
1-ichi
2-ni
3-sa
4-shi/yon
5-go
6-roku
7-shichi/nana
8-hachi
9-kyu/ku
10-ju

kalau untuk belas.. tambah ju dekat dapan.. contoh "ju ichi - 11"
untuk puluh pulak.. tambah ju kat belakang/tengah.. contoh "(go ju - 50).. (ni ju ichi - 21)"

-senangkan? Kalau dekat dalam buku, dah cover 1 1/2 chapter. Hahaha. sampai sini jelah.. kalau bosan lagi, aku tambah lagi ilmunya

2 comments:

  1. Arigato Gozaimasu! Banyak ilmu saya dpt dari sini, padat & simple.

    ReplyDelete

zuraizlita. Powered by Blogger.