TAMAT SUDAH SATU PERJALANAN

Assalamualaikum.. apa khabar rakan-rakan alam maya? Cheewah, macam ada je orang nak tengok blog aku. Meh la, nak share sikit

Bila dapat result beberapa hari lepas, benda pertama aku cari perkataan yang aku bulatkan ni, kemudian baru la aku tengok pada cgpa dan gpa. Alhamdulillah, penat lelah aku menapak belajar computer science akhirnya berhasil. Walaupun tak cemerlang macam orang lain tapi bila aku dapat tengok perkataan complete tepat pada waktu yang aku target, rasa seronok tu tak berbelah bagi. Belajar benda yang tak diminati tu bukan benda senang. Orang-orang kat luar bila dengar aku cakap aku sambung diploma computer science je, semua buat muka bosan. Bagi mereka computer ni semua orang boleh belajar sendiri. Saya ingin tegaskan disini, belajar computer science ni bukan semudah yang orang boleh fikir. Jika anda rasa computer science ini hanya belajar nak betulkan computer kalau rosak, guna Microsoft word, excel, power point dan movie maker semata-mata. Anda silap BESAR kerana kami langsung tidak belajar menggunakan software-software di atas.  (excel belajar la SIKIT masa semester satu sebab belajar akaun). Yang lain, pandai-pandai sendiri nak hidup. Adobe after effect pun tak belajar ye, pandai-pandai explore sendiri sebab dalam science computer ni, BANYAK lagi benda yang kena belajar.

2 tahun setengah aku menempuh alam diploma, mustahil kalau tak ada perkataan ketawa dan menangis dalam hidup. Susah payah nak tempuh masa belajar, Allah je yang tahu. Belajar dah lah susah bebenor, kewangan, dengan masalah family lagi.. memang menguji sangat-sangat. Yang paling menguji adalah, telatah lecturer. Ada yang cakap dengan slide, ada yang mengajar macam nak tak nak.. tapi tak semua…. Yang mengajar memang betul-betul nak student dia berjaya pun ramai. Telatah lecturer ni memang menguji mental dan emosi student. Kalau tak kental, bunuh diri pun boleh (melampau tak?).
Nama pun belajar kan? Tak ada yang senang pun. Kalau ada semangat, pasti boleh (macam milo). Bila aku nak sentuh pasal subject… emmm… subject math terutammanya calculus adalah subject yang paling banyak aku keluatkan air mata. Aku rasa kalau ditadah aku punya air mata tu, boleh muat satu gayung. Mana taknya, dah lah subject susah, lecturer pula nak student2nya dapat markah perfect, aku ni pulak jenis suam-suam kuku (hambik kau ubat). Memang menangis la kan cerita dia. Programming pulak, dari c++ ke java, dari java ke paradigm. (Subject programming paradigm ni gabugan 6 programming language. Antaranya SCHEME, PROLOG, C, JAVA, PYHTON DAN CONCURRENT). Masa aku part 1 dulu, subject programming la subject paling aku benci. Mana taknya buat coding, bila compile je ERROR. Menyampah. Tapi lama kelamaan aku suka dengan programming ni. Untuk subject ni je aku merasa C+, B-, B, B+ dan A . naik satu step setiap sem.

KAWAN-KAWAN… kalau tak de mereka, aku rasa aku tak ada apa yang aku nak capai. Kawan susah senang sama-sama. Batch kami ni ada satu kelas je, so dua tahun setangah aku menghadap orang yang sama. Kawan-kawan aku ni senang sikit nak masuk, mana tak nya, otak semua sama. Sewel, sengal, perangai  budak2, suka layan movie,  semua la.. kalau part belajar pulak, kami gunakan istilah tolong menolong. Bukan semua orang perfect untuk semua subject. Setiap sorang ada kepakaran masing-masing. Sebagai kawan, kami share semua tu. Sharing is caring. 





Wajah-wajah kesayangan hamba… hehehehe. Tanpa mereka siapalah aku. Sayang diaorang sangat-sangat. Aku harap persahabatan kita tak terputus ye…. Zura sayang korang sangat-sangat tau. Halalkan segala ilmu yang kalian dah ajar. Ampunkan segala salah silap. Zura tahu zura manusia yang paling suka dengki korang.. maafkan zura ye. Kalau ada rezeki. insyaAllah jumpa lagi.

p/s: panjang pulak entry kali ni… dah lama tak update, banyak pulak benda yang nak dibebelkan.

0 comments:

Post a Comment

zuraizlita. Powered by Blogger.