mampatan cerita

tajuk pelik, takpe, abaikan..... dah lama rasanya tak update blog ni. naluri dihati mengatakan diriku menyampah melihat blog  dengan tajuk yang lama. detik ini, saat ini.. kita telahpun melangkah ke tahun yang baru... pommm!!!!pommm!!! dan ini bermakna umur aku akan naik lagi satu angka.... aaahhhhh!!!! andwe!!!!! (diri sendiri keliru kenapa perempuan takut dengan umur). ok... melalut. errrmmmm... nak cerita apa ek? STUDY?? aku bukan golongan genius, cerdik pandai, bijak tahap adi putra and so on.. cukuplah setakat apa yang termampu. Alhamdulillah.

kepada yang tanya kenapa lama tak update... ni saya ingin menjawab kembali. aku bukan tak nak update and design aku punya blog, cuma aku masa tak mengizinkan (ye la, busy tengok running man. nak kata study menipu nau). entah kenapa aku boleh kena virus running man entah. dulu punyalah kutuk cerita tu. design blog???? errrr.. malas la.. ilmu didada belum cukup dan tak de masa (alasan lagi)..

dan... kepada kawan2 yang tanya bila nak publish novel. bila nak ada cerpen baru... emmm.. sejujurnya.. ku tak bisa.. hidup tanpa ada kamu aku gila...hehehe.. jujur. novel tak siap lagi dan aku sendiri tak tahu bila boleh siap. jalan cerita dah ada tapi nak mengarang tu takda masa (lagi). cerpen pulak.. isi dalam cerpen dah tahu nak letak apa tapi jalan plot cerita belum nak ada idea.. senang cerita pendahuluan dengan penutup masih kosong. sejak dah lama tak belajar bahasa melayu ni, idea selalu kering. dah banyak perah otak dekat matematik dan programming. tapi bila betul2 dah free, insyaAllah keluarlah cerpen baru. 

lagi....

sepanjang kami(student computer science) ditempatkan, ini lah kawan study, gaduh, gelak, mereng, sawan, merajuk, bercerita, gosip. senang kata bukak mata je, muka diaorang aku cari dulu. sebelum ni rapat sebab setiap kali subject programming mesti aku dengan diaorang tapi setelah mengenali hati budi masing2 (wah... ayat macam cintanya pun adui) kami makin rapat. tak sangka rupanya diaorang ni otak sama sewel dengan aku. diaorang pun jenis tak kedekut ilmu, tak mudah sentap, tu yang lagi seronok kawan dengan diaorang.

kalau nak cerita bab kawan2, memang tak habis. Belum masuk cerita si syiqah, nisa, fitrah, zannah, lulu.. kalau aku taip sebulan pun belum tentu habis..

tutup cerita pasal kawan, pasal family pulak... hmmm... ni yang sedih ni... (ambil tisu sebelum cerita).  cakap mengenai keluarga... merekalah hati aku, jantung aku, hidup aku... tanpa mereka siapalah itot (nama manje. kenapa dipanggil bergini... shhhh... kami je tahu). aku ni antara yang paling rapat dengan seluruh keluarga (atok,makcik, pakcik, sepupu dan lain-lain). apa yang terjadi pada ahli-ahli dalam keluarga akan memberikan impak kepada aku walaupun sedikit. (macam buat karangan bahasa melayu) macam orang tua cakap, cubit peha kanan, peha kiri terasa. apa yang sedih sangat? hmmm... makcik aku (cik comel) ada sakit yang digeruni oleh perempuan, ketumbuhan dalam rahim. sedih sangat. apa yang membuatkan sedih, dia belum berkahwin.. nak tahu lebih lanjut fasal penyakit ni? tanya lah pakcik google. cerita semalam pulak, lagi salah seorang makcik aku (cik syikin) terpaksa ditempatkan di hospital kerana keguguran dan tumpah darah.  kemungkinan perlu dibedah. melihatkan pakcik aku yang risau akan keadaan isteri dan anak2 nya buatkan aku rasa sedih sangat. aku tak dapat nak buat apa melainkan menjaga anaknya buat seketika dan doakan yang terbaik... cik syikin cepat sembuh tau.. muhammad hazim dengan alisya rindu.


huaarrrrggghhhhhh.......mata berat lah pulak... rasanya sampai disini sahaja cerita aku.... kalau ada masa aku update lagi... assalamualaikum..

0 comments:

Post a Comment

zuraizlita. Powered by Blogger.