SEMUA BENDA SALAH



aku sangat tak faham dengan perangai manusia, dari dulu sampai sekarang sama je. suka sangai menilai orang. apa yang depa nak pun aku tak tahu.. aku bukan nak melenting tiba-tiba. aku selalu dengar orang cakap

"orang pakai tudung ni semua sama je"   
"eleh dia tu pakai tudung sebab nak tunjuk alim je, orang sekarang bukan boleh percaya"
"apa lah dia ni, pakai tudung, tapi tak tutup dada tu."

personally, aku tak faham dengan manusia (temasuk diri aku sendiri). orang buat baik salah, orang buat jahat, lagi lah salah, tapi kadang-kadang tu dianggap baik tak pun kesalahan tu dah jadi perkara biasa... errrr.. aku pun dah mula judge orang ke?? rrr.. krik-krik.. aku bukan nak cakap aku ni backup orang pakai tudung tapi tak sempurna ke apa.. cuma cara orang bagi pandangan tu, kadang-kadang menguji manusia yang mendengar. kalau nak mengumpat cakap pelahan-pelahan tak pe (hobi, dah tak boleh dikikis), kalau boleh nak bagi tahu satu dunia. kalau tak dari suara, dari pacebuku, cicip aka anak burung dan sebangainya. kenapa tak boleh berfikiran baik sikit. ni tak, seorang dua yang pakai tudung buat perangai, sesetengah orang judge semua orang yang pakai tudung hati busuk. semua orang yang bertudung ni hangpa nak benci. adil ke macam ni??!!!


lagi  tak boleh bla, orang panas hati bila nampak orang yang tutup aurat. apa cite? jelez ke kalau ada orang lebih baik???  kalau orang ni kenal orang tu dan nak nasihatkan orang tu tak pe le, ni,  tak kenal pun siapa orang tu tapi orang ni punya cara macam dah kenal dia lebih sepuluh tahun. kalau kau kenal pun siapa orang tu, jangan bukak aib orang, tak elok.


situasi yang last tu selalu sangat bermain kat telinga. kadang - kadang keluar ayat "serupa tak payah pakai tudung macam tu" (selalunya bila nampak orang pakai tuding kat tv).. ada ke patut????? ni aku bukan nak back up orang yang pakai tudung nampak dada tu tapi cuba pikir panjang sikit, sebelum nak mengata. sekurang-kurangnya dia cuba untuk buat perkara yang wajib bagi setiap muslimah. Kita patutnya mendoakan agar insan tu digerakkan lagi hatinya untuk menutup aurat dengan sempurna. 



-maaf kalau ada yang terasa, kadang-kadang ni, kita senang sangai menilai orang sampai kita lupa nak menilai diri kita sendiri. lupa tujuan utama hidup. tak semua apa yang kita kata tu betul, kalau salah macam mana? kalau ditakdirkan kita meninggal dunia tapi tak sempat nak mintak maaf dekat orang yang kita kata tu macam mana? sebelum kita berkata, fikir-fikirkan lah dahulu. dosa pahala memang kita tak nampak tapi kita tahu dosa dan pahala ni wujud. balasan syura dan neraka memang ada. lepas ni, kalau boleh, nak mencegah kemungkaran tu, ubahlah dengan tangan (kuasa), lisan (nasihat / menegur), kalau tak mampu nak nasihatkan cegah dengan hati, ... bukan buat fitnah.. bukan mengumpat dan bergosip..


“Sesiapa antara kamu yang melihat perkara mungkar, hendaklah dia mengubah atau mencegah dengan tangannya. Jika dia tidak berkuasa mencegah dengan tangan, hendaklah dia mencegah dengan lisan. Jika dia tidak berkuasa mencegah dengan lisan, hendaklah dia mencegah dengan hati. Dan mencegah dengan hati itu merupakan selemah-lemah iman.”




nak share sikit.. (daripada blog  http://alfatehdarwisya.blogspot.com)
Dosa mengumpat membinasakan amal kebaikan ibarat api membakar kayu kering
Dari Jabir dan Abi Said, Rasulullah SAW bersabda:
“Awaslah daripada mengumpat, kerana mengumpat itu lebih keras daripada zina. sesungguhnya seseorang terkadang ia berzina dan bertaubat. maka diterima Allah swt akan taubatnya. Dan sesungguhnya seseorang yg mengumpat, tidak akan diampun dosanya sebelum diampuni oleh org yg diumpatnya itu.”
Balasan bagi org yang suka mengumpat
Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Anas, Rasulullah SAW bersabda:
“Pada malam aku diIsra’kan aku telah melalui suatu kaum yg mencakar-cakar muka mereka dgn kuku-kukunya sendiri, maka aku berkata: “Hai Jibril siapa mereka ini? jawab Jibril: Mereka ini adalah org2 yg suka mengumpat dan mereka juga suka menjaga tepi kain org”.
(Abu Daud dari Anas)
Peringatan Rasulullah SAW kepada Orang Beriman
Sabda Rasulullah: “Wahai org beriman dgn lidahnya, tetapi belum beriman dgn hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban (menjaga tepi kain) mereka. Sesungguhnya, sesiapa yg mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahknnya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)



*peringitan untuk diri sendiri jugak

0 comments:

Post a Comment

zuraizlita. Powered by Blogger.