generasi Y???

sebelum aku menutur bicara, aku nak cakap yang apa kau akan tulis selepas ini adalah pandangan aku sahaja...

aku manusia golongan generasi Y.. apa tu generasi Y? generasi yang lahir sekitar tahun 1970-2000.. generasi yang aci redah nak buat apa-apa. degil. tak dengar nasihat. pantang dicabar. kuat memberontak. yang paling teruk pandangan tentang generasi y ini adalah BIADAP. (ni apa yang aku dengar, n apa yang aku tahu pasal pandangan orang)

sungguh banyak sifat negatifnya, aku belum dengar lagi orang memuji generasi y ni. nak tahu kenapa tiba-tiba aku bangkitkan isu ni?? aku pun tak tahu. bosan maybe.

kenapa perspektif bergini boleh berlaku? entahlah, aku bukan pengkaji tapi yang aku tahu, generasi yang atas-atas sebuk fikir macm mana nak menangani masalah2 yang genersi Y ni dah buat tapi.. pernah tak generasi2 x ni fikir kenapa manusia generasi y jadi macam ni?

aku bukan nak menunding jari kepada mereka-mereka yang lebih tua tapi kami membesar dengan didikan mereka.. pepatah orang dulu2 pun dah berkata bagai mana acuan-bergitu lah kuihnya. (aku belum pernah nampak guna acuan kuih ros jagi bentuk gajah).              

kenapa kami ada sifat-sifat macam ni? pendapat aku, orang yang lebih usia dari kami, langsung tak nak dengar kata-kata kami, pendapat, pandangan, penjelasan dan nasihat kami. orang yang memberi nasihat ni selalu dipandang sebelah mata oleh orang yang lebih tua dan selalunya mereka akan cakap "siapa kau nak nasihat aku? aku lebih banyak makan garam dari engkau".. see???? siapa tak hangin. bila orang bercakap yang buruk tentang kami, mereka terus percaya dan menghukum kami tanpa menyelidik terlebih dahulu. kalau kami cakap kami tak salah ayat ini selalu keluar "pokok tak akan bergoyang kalau anginnya tak de". apa ni? dengan perangai yang suka judge sesuka hati, macam-macam masalah boleh berlaku. akhirnya, kami takut untuk berkongsi kisah hidup, suka duka, dengan orang terdekat a.k.a keluarga.

meh aku bagi lagi  contoh, kes buang anak, remaja perempuan merokok.. selalunya bila mereka habis baca surat khabar, dengar dari radio, tengok dari tv dan baca dari internet, automatic diaorang akan cakap, teruk betul budak2 zaman sekarang ni  tanpa sedar yang masa zaman diaorang dulu pun kes macam ni dah wujud cuma tak dititikberatkan dan tak disiarkan sebab zaman tu internet pun susah nak cari.  jangan hanya menunding jari kepada kami kalau semua silap hasil didikan kalian. ada jugak yang buat vandelisma ni semata-mata nak tarik perhatian orang sekeliling a.k.a kurang kasih sayang, tapi ada yang faham? rasanya takde. terus je hukum.. mana adil macam tu.

ada jugak yang cakap kalau nak berubah tu dari diri sendiri. ikut hati sendiri. dah besar kan? dah boleh pikir, orang lain tak boleh nak ubah kau.. kalau macam ni, macam mana manusia generasi y ni nak berubah. kami perlukan bimbingan, sokongan dan motivasi. janganlah dok asyik nak bezakan generasi lain dengan generasi y ni. mmg tak akan jadi lah apa yang semua orang harapkan. betul lah orang tua-tua kata, melentur buluh biarlah dari rebungnya. kalau elok didikan dari awal, eloklah jadinya. bukan bila dah besar baru terhegeh2 nak didik.. memang tak la.. lagi satu, aku nak ubah sikit pepatah tu punya maknya. rebung tu kalau boleh bukan anak-anak tapi diri orang yang nak mengubah itu sendiri. so, tak ada lah istilah ketam ajar anak jalan straight kann??

siapa yang lebih tua, terbukak n terbaca ni, kalau tak puas hati, saya mintak maaf sangat. ni hanya pandangan saya...

-rasanya macam pernah buat karangan bi pasal kenapa vandelisma berlaku.. ni sikit sebanyak isi yang masih ingat di otak..

0 comments:

Post a Comment

zuraizlita. Powered by Blogger.