tajuk : sahabatku, musuhku, bosku.....
Awan berarak pergi. Matahari menyorokkan diri. Bulan pula menggantikan mentari untuk menyinari angkasa. Malam semakin kelam. Zita melangkah ke balkoni di kamarnya. Air hujan menemani Zita dengan titisan air mata yang bertalu-talu mencemarkan wajahnya. Peristiwa yang berlaku pada petang tadi mencengkam lubuk hatinya. Ingin sahaja dirinya itu rebah dihadapan lelaki yang pernah singgah di hati tapi digagahkan jua tubuh itu untuk terus pergi.
“Zita. i’m so sorry.. kite putus ok?” dengan selamber badaknya jejaka di hadapan Zita bertutur. What putus? Biar betik mamat ni. Macam tak ada rasa bersalah langsung sebut kata-kata keramat itu.
“but why? Bukan ke you dah janji ngan I kite nak ke jinjang pelamin bersama? Kenapa you nak mungkir janji you pula?” Zita bertanya.wah, macam soalan dalm tv. Zita tersentap pabila merasakan bahunya disentuh oleh seseorang,
“because of me” wanita di belakang Zita mengeluarkan kata-kata. Syira?
“kenapa kauorang sanggup buat aku macam ni?” tanya Zita.
“kenapa kau kata? Sebab kau tunang aku tinggalkan aku. Sebab kau, aku jadi benteng antara kau dan semua orang yang meminati kau. Kau ingat aku ni apa? Tunggul? Semua orang suka kat kau. Aku ni? Cuma jadi bayang-bayang kau je. Kau Cuma tahu kau punya sedih, aku punya sedih kau tak nak tahu? Dah la Zita. aku tak nak ada kawan macam engkau. Tak guna pun kalau ada and one more thing…”
“I ni BF syira and selama ni I just berlakon je kononnya I suka kat you. Actually, I tengok muka you pun I naik meluat” pintas jejaka itu.
PANG!!!!
Satu tamparan hinggap di pipi jejaka tersebut. Hampir setengah tahun aku di tipu oleh mereka. Syira menolak tubuh Zita sehingga Zita tersembam jatuh. Zita menggagahkan dirinya untuk berdiri. Senyuman sinis melekat di bibir mulusnya. ‘zita ini lah masanya kau nak tunjukkan bakat. Kau kan drama queen’.
Tepukan di hadiahkan kepada syira dan kekasihnya. Tepukan mengejek. Senyuman masih tak lekang di bibir. Matanya yang mula mahu menakung air, ditahan.
“hebat lakonan kauorang. Tak sangka aku syira, kau masih ada bakat untuk jadi pengarah. Syabas. Aku rasa kalau kau buat movie kan , mesti panggung penuh tau. Better kau ceburi je bidang seni. Nanti kau boleh jadi pengarah yang tersohor tau.”
“tak guna punya perempuan.…” cemuhan keluar dari mulut Syira.
“marah nampak. oo biasa la, kalau orang buat salah ni, memang cepat marah..yelah, kononnya hebat..” pintas Zita sebelum telinganya panas mendengar cemuhan dari Syira
“ok lah kauorang, aku chow dulu. Nanti tak pasal-pasal kena telan dengan singa betina.”
Lamunan Zita terhenti apabila merasa belakang tubuhnya di usap. Nora berdiri disebelahnya. “sudah lah Zita. yang baik itu tetap ada. Kau cukup baik untuk dapat yang terbaik. Jangan bersedih. Jodoh kita tetap menunggu. Lagi satu, kalau kau sedih, aku akan sentiasa ada di sisi kau ok. Don’t worry”
“thanks Nora. Kau la satu-satunya sahabat aku.”
“shhh.. kita bukan macam sahabat lagi. Dah macam adik beradik”
Zita mengangguk. Jasa nora padanya tak akan dilupakan. Darah yang mengalir ditubuhnya sebahagiannya adalah darah milik Nora.
“dah lah Zita, pergi tidur. Esok kan kau nak sambut kedatangan bos baru kat office kau tu”
“tak ada kena mengena pun dengan aku. Aku bukannya kerja tu nak dok menghadap muka dia. Baik aku menghadap kertas-kertas untuk lukis plan. Aku kan arkitek yang berjaya dan berdedikasi”
“berjaya dan berdedikasi lah sangat. kalau handsome usyakan untuk aku. Kalau tak handsome kau ambil lah”
“banyak cantik muka hang. Kalau muka tak siap hang punya la. Yang handsome mestilah untuk aku. Kat hospital kan banyak pesakit. Kau pilih je, masti sangkut punya.”
“ehhh..makcik ni. pesakit aku semua mayat. ada jugak yang kena kafankan malam ni. terus jadi pesakit aku."
* * *
“alamak. Lambat lah pulak.” Zita mengeluh. Mintak-mintak lah bos aku baik hati. Maybe kalau sampai office pun, lambat lima minit je.
Zita meluru masuk ke banggunan 14 tinggat itu. Kakinya dihayun laju. Sempat.. sempat.. hatinya berdetik. Pintu lif terbuka. Zita meluru masuk.
TING!! Yahoo.. sampai pun. Zita keluar dengan pantas tanpa melihat sekeliling.
PAP!!!!
Sakit lah sey. Aduh. Aku langgar apa ek? Giler lah. Sampai terduduk aku dibuatnya. Nak dongak ke tak nak. Nak ke taknak. Seram pulak kalau nak tengok. Aku dengar bangunan ni ada penghuni. Selisih. Zita.. tengah siang macam ni mana ada hantu.
“cik?” suara garau menyapa telinga Zita.
Lambat-lambat Zita mendongak. Handsomenyer. Putih pulak tu. Macam aku pernah nampak muka ni, tapi di mana ya? Ala. . office kan ? Bersepah kot muka macam ni.
“oi.. cik kak, buta ye? Dah la tu pekak pulak” dengan nada marah jejaka tersebut bertutur. Zita terus bangkit untuk berdiri. Kesengalan tahap gaban punya mamat. Bukan reti nak tolong aku. Cuba lah jadi romantik sikit macam kat dalam tv tu. Ni tidak. Ni yang gua angin beb. Panazz je hati gua.
“amboi, sesedap sambal belacan plus kangkung je kau cakap aku macam tu ek? Kau pun jalan tak tengok. Bukan salah aku sorang” Zita berpaling melihat pergelangan tangannya. Mak oiii.. dah lambat. Nanti bos aku marah.
Zita berlari seraya melanggar bahu jejaka tersebut. lidahnya dijelirkan. Blleekk.. kau ingat kau handsome aku heran? Aku simbah air panas yang menggelegak kat muka kau baru tau. Baru kau kenal siapa Zita Irdina taw.
“amboi kak chik, baru sampai?” tegur Nadia, rakan sekerjanya setelah melihat Zura terkocoh-kocoh melangkah ke ruangannya.
“woi nad. Pakwe aku tu dah sampai?”
“sesuka hati kau je cakap dia tu pakwe kau. Bukti bagi dulu meyh..”
“siapa pakwe awak?” suara garau mengejutkan mereka.
“bos! Maaf saya pergi dulu” Nadia tertunduk lantas berlari.
“bos??” Zita tergamam.
“yupe.. dah kenal kan ? Masuk bilik saya sekarang.”jejaka itu bersuara tegas. Alamak..ini yang den tak berkenan. Nak ajak masuk bilik pulak. Mampus aku kena ceramah pagi-pagi buta ni. Buat bodoh je la. Zita membuntuti bosnya itu. Apa nama mamat ni ek? Padan muka kau. Tu lah, tak pernah nak ambil tahu hal-hal macam ni.
“sit” jejaka itu mrmpersilakan Zita untuk duduk didahadapnnya.
“nama saya Edham Zakhuan”
“Edham Zakhuan?”
“did you still remember me Zita Irdina Razmi?”Zita menelan air liur beberapa kali. Ya Allah, betul ke ni? Edham Zakhuan bin Ahmad Adam.
“maaf encik, saya ada hal. Emergency.” Zita meluru keluar dari ruangan Edham.
· * *
“kenapa dia muncul lagi Nora?” Zita menangis di dalam pelukan Nora. Kepala Zita diusap beberapa kali.
“zita sabar. Mungkin dia dah berubah. Kita tak tahu kan ?”
“berubah? Sakit hati aku ni siapa nak padam Nora?”
“kau jangan jatuh macam ni Zita. kau buat-buat tak kenal. Tak pun macam pelanduk dua serupa.”
“kau cakap senang lah Nora. Aku yang rasa sakitnya.”
“stop it lah Zita. dah 12 tahun benda ni berlalu. Kau kena kuat.”
“aku tak boleh Nora”
“Zita listen. Zita yang aku kenal tak lemah macam ni. Kau boleh berlakon kat depan mamat gonjeng tu and syira. Kenapa tak sekarang? Kau kuat kan ?”
Zita mengangguk. Ya.. aku kuat. Nora menghulur beruang koala pemberian rakan baik mereka semasa di sekolah menengah iaitu Aisyah kepada Zita. Tubuh Zita serta merta terbaring tatkala boneka beruang koala berada di dakapannya. Nora perlahan-lahan keluar dari kamar Zita.
“kalau aku suka kat kau, kau terima tak?” Tanya Edham kepada Zita.mamat ni biar betul? Meluru saja soalan dia.
“gila nak terima? Benda paling nonsense kot” Zita membalas tanpa mempamerkan sebarang riak wajah.
“jiji, nanti balik kau jalan seorang ye? Aku ada hal lah” Edham bangkit untuk melangkah ke tempat duduknya.
“all right sir” Zita membalas seraya menatap buku rujukan fizik dihadapannya.
Zita berjalan bersendirian di laluan sempit. Dari jauh terdengar bunyi enjen motor. Nak lari ke tak? Mati aku kena ganggu nanti.
“cik kak, jalan seorang je ke? Kesian kau..” salah seorang daripada mereka bersuara.
“bla la wei” marah Zita. Dadanya berombak menahan marah.
“bla? Mana boleh. Orang dah ada depan mata kan ? Tak kan nak sia-siakan” sambung seorang lagi lelaki di atas motor yang lain.
“BERAMBUS LA!!” tengking Zita
“dia marah la. Cik adik, awak ni makin marah, makin cantik lah” sambung seorang lelaki yang berada dimotor berlainan.
Sebuah moto bewarna biru gelap datang menghampiri mereka. Sempat mereka berbual seketika. “de… tak payah nak ganggu minah ni. Bekas aku la.. tak ada apa yang seronok pun” Edham bertutur. Jelingan tajam di berikan kepada Zita.
“muka macam baik, sampah jugak rupanya. HAHAHA.” Kata seorang dari mereka. Lelaki yang lain menyambut dengan gelak ketawa.
“Jom la wei, tak best pulak dekat sini" Ujar mat moto itu.
“kau main dengan maruah aku Am?” Zita menagis sendiri. Kawan aku sanggup buat aku macam ni?
“ji…”
“jangan panggil aku dengan nama tu. Kau tak layak panggil aku jiji”
Memori lama terulang kembali. Sakit. Pedih. Hiba. Zita akhirnya terlena di dalam linangan air mata.
* * *
“Zita, jom lunch.” Ajak Wati.
“tak nak lah wati. Aku tak ada selera.”
“ok lah kalau macam tu. Bye”
“Zita nak lunch?”Satu suara garau menerjah gegendang telinga. Huh baru 5 minit tadi aku jawab soalan macam tu. Tak kan nak kena jawab lagi? Malas aku nak layan. Aghh.. geleng je la. Edham memandang sekeliling.
“kau ni kan , dari dulu sampai sekarang tak pernah nak berubah kan ? Masih keras kepala”
“suka hati aku lah. Apa kau sebuk?” marah Zita.
“kat office ni tinggal kita berdua je tau. Kalau aku tumbuk muka kau, baru kau tahu erti sebenar penyesalan. Baik kau ikut aku.” Ugut Edham.
“kau memang kejam dari dulu kan? tak pernah nak berubah!” Zita tidak berpuas hsti dengan ugutan Edham.
“I’m your bos. Respect sikit.” Tegas Edham. Zita tidak ambil peduli. Aku kau tak reti nak respect?
“jom. Kalau tak aku jotos kepala kau” sambung Edham. Zita lantas berdiri mengejar Edham dari belankang. Selagi tak ikut, selagi tu lah mereka bertikam lidah. Zita jalan beriringan Edham.
“kau nak bawak aku pergi mana? Kalau nak belanja aku, aku tak layan warung-warung murah. Aku nak pergi tempat mahal-mahal.” Zita bersuara setelah lama membisu di dalam kereta Toyota harrier milik Edham.
“kau ni order je kan ? Siapa kata aku nak belanja?” duga Edham.
“hantar aku balik office la. Ajak aku kaluar tapi makan bayar sendiri. Baik tak payah”
“merajuk je kerjanya. Bawak-bawak lah berubah”
“kalau aku tak berubah. Aku tak tegur kau lah beruk.”
“ye lah. Aku minta maaf pasal dulu.”
“makan kasut aku dulu. Baru aku maafkan kau”
“kau buat sup kasut. Nanti aku makan”
“huh!!” Zita memalingkan wajah ke luar tingkap. terimbau kenangan lalu. Hubungan Zita dan Edham bagaikan isi dan kuku. Dimana ada Zita, di situ ada Edham. Tetapi hubungan persahabatan yang di ikat erat akhirnya putus hanya sesaat. Kenangan manis sebelum peristiwa tidak diingini berlaku bermain di minda.
“aku merajuk dengan kau?” Zita memuncungkan bibir. Hanya gara-gara Edham tidak menegurnya sehari.
“aik? Merajuk pun boleh cakap ke?” gurau Edham.
“mestilah” sepatah Zita membalas.
“I’m sorry princess. Apa yang harus patik lakukan untuk menebus kesalahan patik tuanku?” separa merayu di dalam nadanya.
“nak coklat! Mahal!” Zita meminta.
“demand la princess ni. yang 20 sen da lah.”
“tak nak. Aku nak coklat mahal.”
Keesokan harinya…..
“Zita ada orang bagi ni” Nora menghulur bekas berbentuk hati. Dalamnya terisi coklat ferraro rosher.
“Edham bagi kan?”
“yup”
Sebaik sahaja Edham melangkah masuk ke kelas, Zita terus berdiri di belakang Edham seraya menghadiahkan tepukan kuat di belakang tubuh Edham.
“sakit la jiji” Edham mengaduh.
“Am, thanks for this.” Bicara Zita dengan nada teruja. Kotak berbentuk hati di tangan dihayunkan.
“dah tak merajuk lagi?” Tanya Edham.
Zita mengeleng.
TUK!! Aduh. Kena tonjol la pulak..
“dengki la kau” Zita menggosok dahinya.
“hehehe. Sekali sekala” balas Edham.
“lama-lama aku boleh gila sebab kau” Zita memerli.
“nape pulak?” soal Edham.
“otak bergegar”. Zita tergelak dalam percakapnnya. Edham mengusap kepala Zita. amboi, kau buat aku macam adik kau pula ye. Zita memijak kasut Edham.
“ooii kepoh, jauh mengelamun” suara Edham mematikan lamunan Zita.
“sebuk la kau ni”
“kena marah pulak. Kau nak turun ke tak nak?”
“eh.. nak”
Zita melangkah keluar dari kereta. Sepanjang waktu makan terngah hari mereka habiskan berdua dia coffee house pilihan Edham. Suasana sunyi sepanjang mereka menjamu selera. Semua soalan Edham tidak dijawab. Edham hanya mampu menggelengkan kepala.
* * *
Zita mengambil album yang tersadai di meja sisi katil. Satu demi satu helaian di selak. Gambarnya berduet dengan Edham semasa pementasan hari guru ditatapnya. . Usai mereka menyanyi, Zita dan Edham mengambil keputusan untuk bergambar. bukan senang mahu memaksa Zita untuk membuat persembahan. Edham mempunyai ramai peminat kerana suaranya yang merdu dan bakatnya dalam mengendalikan alat muzik. Setelah gambarnya diambil, zita ditolak oleh peminat-peminat Edham. Zita dengan lambat pergi meninggalkan Edham dan peminat-peminatnya.
Telefon pintar samsung memainkan perananya. Album di tangan di letak kembali di almari kecil di sisi katil. Zita mencapai telefon bimbitnya lalu menjawab panggilan tanpa melihat nama yang tertacap di skrin.
“hello??” Zita memulakan perbualan.
“hello.. Zita” suara garau di hujung talian membuatkan Zita terkaku seketika.
“Zita.. jangan letak please.. I’m sorry. I tak ada niat pun nak buat you macam tu. I love you. I buat tu kerana terpaksa. Syira paksa I. sekarang baru I sedar siapa kaca, siapa permata. I dah minta Syira supaya lupakan I. Zita, please comeback to me.”
“maaf Faiz. I pun dah nampak mana kaca dan mana permata. I tak boleh terima you and tak akan terima you. Pergilah bersama Syira. Dia untuk you, bukan I, and for your information, dalam kamus hidup I, nama you, I dah senarai hitamkan and you tak pernah wujud dalam hati i. bye Rezza.” Talian terus dimatikan. Kenapalah dalam hidup boleh tunggang langgang dalam masa kurang seminggu?
* * *
“woi perempuan. Keluar kau sekarang” suara Syira terpekik di tingkat 10. kawasan Zita bekerja. Terjatuh pensil di tangan Zita. apa lagi minah ni tak puas hati dengan aku? nazmi dan nadia yang sedang khusyuk mendengar penjelasan Zita turut tergamam.
“kau nak apa?” Zita mebalas dengan suara yang kasar.
“woi perempuan. Sudah lah tu nak mengganggu hidup orang. Kau tak bosan ke asyik nak rampas kekasih orang?”
“kau tak bosan ke asyik nak serang aku? Kau ni satu-satunya orang yang paling tak berperikemanusiaan kau tau tak? kau kan yang upah orang suruh langgar aku sampai aku koma dulu? Kau ingat aku tak tahu?” segala isi hati yang tersimpan di luahkan.
“kau tu tak sedar diri kau tau tak? dah lah perampas. kawan tak guna! kau ni layak mati je”
“siapa rampas siapa? tak ada istilah rampas merampas kat sini. by the way, kau siapa ye? Syira mana? aku tak ada kawan nama Syira”potong Zita.
"tak guna punya perempuan” tangan Syira dihayunkan namun sempat ditahan oleh Edham.
“kau tak layak cakap dia macam tu” Edham mencelah. Tangan Syira di hempas.
“malang betul kau ada pekerja macam dia kan?”
“sepatutnya Zita yang malang sebab ada kawan macam kau. Aku kenal Zita lebih lama dari kau. Baik kau keluar dari sini sebelum aku hilang sabar. KELUAR!!” tengking Edham. Syira menghentak-hentak kakinya lalu keluar dari ruangan tempat Zita bekerja.
“Am..” perlahan Zita memanggil Edham.
“kamu semua ni saya memang bekerja untuk tengok drama ke? Balik tempat masing-masing” arah Edham.
“Zita. kau ok?”
Zita hanya mengangguk. Edham kembali ke ruangannya. Air mata Zita yang bertakung di kelopak mata tertumpah jua akhirnya.
* * *
“assalamuaikum” Zita memberi salam sebelum melangkah masuk ke dalam rumah kedua ibu bapanya. Tangan kedua orang yang paling disayangi itu di kuncup mesra.
“jiji, papa nak cakap sikit dengan jiji.” Tegas suara En Razmi.
“ye pa..” Zita menyambut. Zita melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan mama dan papanya.
“jiji dah ada calon? Kalau dah ada, suruh la datang sini, jumpa mama dengan papa. Suruh dia hantar rombongan meminang” Puan Zahida memulakan topik pembicaraan mereka.
“calon apanya..tak sampai seru lagi la” Jawab Zita.
“jiji.. ingat jijji muda lagi?” soal Puan Zahida.
“jiji tak minat la nak bahas pasal ni”
“mama dengan papa dah ada calon untuk jiji” Encik Razmi memintas perbualan Zita dan Puan Zahida.
“calon ape? Anugrah skrin?” Zita cuba menenangkan hatinya.
“ada ke jiji ni” Encik Razmi membalas tetapi kegengarannya tetap tegas.
“ikot papa lah. Jiji pun malas nak fakir lagi. apa pilihan papa, tu pilihan jiji”
“betul ke ni ji?” Puan Zahida mula mempamerkan wajah ceria.
“ustazah ji pernah cakap, kalau nak cari suami tu biarlah yang direstui oleh ibu bapa. Kalau ji memberontak, ji berdosa nanti. Tak apa lah. Pilihan papa dengan mama adalah keputusan yang terbaik untuk jiji.”
“tapi kalau jiji tak setuju. Papa tak paksa”
“jiji setuju. Pa.. ma.. jiji nak naik sekejap”
Pintu kamar ditutup rapat. Air mata mula menitis. Mama.. papa… jiji tak bersedia lagi. Hati jiji dah hancur..
· * *
“aku terima nikahnya Zita Irdina binti Razmi dengan mas kawinya 80 ringgit tunai.” Dengan sekali lafaz, Zita sudahpun dimiliki oleh lelaki yang tidak disukai dan dibenci, Edham Zakhuan bin Ahmad Adam. Menitis air matanya ketika itu. Ya Allah perasaan apa yang ada di benakku ini? Senang, gembira, hiba, duka, kecewa? Aku tidak mungkin membenci suamiku sendiri. Zita tersenyum senang melihat Edham berdiri setelah melafazkan akad nikah untuk menunaikan solat syukur.
Setelah majlis persandingan, Zita, Edham dan seisi keluarga berkumpul untuk membuka hadiah. Zita dan Edham berada di hadapan seluruh isi keluarga. Sudah menjadi rutin keluarga Zita. Jika suatu persandingan itu sudah selesai, pertandingan meneka hadiah akan diadakan.
“jiji nak buka hadiah yang mana dulu?” tanya Aina sepupu Zita.
“ji nak buka hadiah paling besar” jawab Zita
“hadiah yang kecik tu kadang-kadang lagi berharga” tegur Maksunya.
“ala, yang kecik kan semua family yang bagi. Biar lah jiji buka hadiah kawan-kawan dulu. Sekurang-kurangnya nanti tak ada orang yang tertidur masa jiji buka hadiah” Zura memandang Amirul, sepupunya yang dulu tertidur tak kira masa. pelakon lah katakan. memanjang shooting. Amirul menjeling tajam kearah Zita.
“kak ji sengaja nak naikkan darah kita ke?”marah Amirul.
“haha.. terasa ke?” gurau Zita.
“dah ji cepat lah, tak sabar ni.” Ujar Anis.
“amboi, suka hati lah, kan hadiah aku. Betul tak am?” Zita memandang Edham yang dari tadi hanya duduk membisu.
“betul. Tapi ji tengok muka halida, terkulat-kulat tahan ngantuk.” Tegur Edham. Bergurau sahaja kerja Zita ni.
“ala.. ciannya adik sedara kak ji ni. Meh sini dengan kak ji.” Zita menganggkat adik sedaranya itu seraya di letak di atas pahanya.
“ala.. kak ji. Mana boleh halida je rapat dengan kak ji. Kitaorang pun nak rapat dengan kak ji” jelas Farhani bertutur. Cemburu lah tu.
“kak ji punya kaki sakit lah. sini, duduk kat pakcik Am.”
“jiji. Cepat la buka” arah papanya.
“ok..ok”
“ji.. hadiah paling besar tu siapa bagi?” tanya Mak Tamnya.
“yang mana?” soal Zita
“sampul bear tu”
“owh.. nora”
“cuba teka apa isi dalam ni” tanya Zita
“tahu.. set pinggan mangkuk” tepat sekali tekaan sepupunya. Aiman.
Zita membelek kad yang dilekatkan di atas hadiah tersebut.
Zita selamat pengantin baru. Lepas ni kita susah lah nak jumpa lagi kan? aku pun lagi 3 bulan nak ikut jejak kau. Zita aku harap kau buang lah rasa benci kau dekat Edham. Sudah lah tu. Aku tahu kau susah nak lupakan kenangan lalu tapi kau boleh cuba kan? tak baik membenci suami sendiri. Dalam dunia ni, tiada manusia yang sempurna dan tiada insan yang akan terlepas dari melakukan kesalahan. Kau dicipta untuk menyempurnakan diri dia yang tidak sempurna dan pasangan yang datangnya dari illahi akan bersama-sama membina keluarga yang sempurna. Aku doakan hubungan kau dengan Edham akan kekal hingga akhir hayat.. cinta sampai syurga.. jadi isteri yang solehah supaya boleh jadi bidadari di syurga nanti… insyaallah…
Menitis airmata Zita setelah meneliti isi kandungan di dalam kad tersebut. Nora.. aku perlukan kau.
Setelah usai pertandingan meneka hadiah, Edham dan Zita mnuju ke kamar. Zita duduk di birai katil. Edham mengambil tempat di sebelahnya.
“jiji kenapa ni?” tanya Edham.
“jiji nak Nora”
“janganlah macam ni. Nora ada emergency call tadi kan kat. Am kan ada. Dah, jiji pergi tidur." Ujar Edham. Zita tertidur dengan airmata yang masih mengalir.
* * *
“Ed, kenapa buat I macam ni?” seorang wanita bertubuh tinggi persis model merapati meja mereka. tangannya memegang kemas tangan seorang kanak-kanak lelaki.
“buat apa?” tanya Edham
“buat apa you kata? You dah hancurkan hati I. hubungan kita selama 5 tahun you gantung tak bertali. You tahu tak budak ni anak siapa? Anak you”
“apa kau mengarut ni? Aku tak kenal kau” Edham meningking wanita dihadapannya.
“depan wife you, you cakap you tak kenal I. pandai you berlakon. I tak kira. I nak you tanggungjawab juga”
“Am.. apa semua ni? Siapa perempuan ni?” mata Zita mula berair.
“suami you ni, dah mengandungkan I, lepas tu dia lari dan tak nak bertanggung jawab. Boleh pulak dia kahwin dengan you.”
“Edham.. betul ke apa dia cakap?” tanya Zita. lemah dia ketika itu. mutiara jernih itu tidak lagi mampu di tahan.
“orang kalau dah buat salah mana nak mengaku” wanita tinggi lampai itu berkata. Zita berlari meninggalkan ruanagan makan. Kakinya melangkah tanpa arah tujuan. Di dalam hatinya kini hanya mahukan keadaan yang tenang.
Longlai kaki Zita untuk melangkah. Dihadapan laut yang luas terbentang Zita melabuhkan punggung untuk menenagkan fikiran. Pamandangan di Pulau Tioman sangat indah pada malam hari. Bulan dan bintang yang sentiasa menemaninya di tatap sayu. Zita memluk lututnya. Air mata terus jatuh tanpa diseka.
“zita..” Edham turut melabuhkan punggung di sebelah Zita. Air mata yang memberkas di pipi Zita diseka menggunakan jemarinya. Zita menepis tangan Edham kuat.
“don’t touch me” Zita berbica dalam sendu.
“Zita dah salah faham.”
“apa yang Zita salah faham? Zita salah faham yang Am dah jadi bapa orang? Zita salah sangka dengan apa yang perempuan tadi tu cakap? Zita salah sangka sebab tak percayakan Am?” bertalu-talu soalan yang terpancul dari bibir Zita. kenapa kau sedih Zita? bukan ke ini boleh jadi sebab penceraian kau? hati Zita berbisik.
Wanita tinggi berbaju merah duduk disebelah Zita. “Zita.. betul kata Edham. Ini semua lakonan semata-mata. Saya kawan baik Edham semasa di London. Dia sengaja nak dengki Zita. dia sayang sangat Zita. ramai perempuan yang goda dia tapi dia tak pernah layan. Semua kerana Zita. dia minta tolong pada saya pun sebab dia sedih, sepanjang sebulan lebih Zita dengan dia, Zita tak pernah tegur dia langsung. sekarang dah terbukti Zita sayang kat dia tapi Zita ego. Padamlah ego Zita tu. Terimah lah dia sebagai suami Zita. orang yang boleh membimbing Zita.” panjang lebar wanita tinggi lampai itu menerangkan situasi.
“Zita, saya pergi dulu.” Gadis itu pamit. Hilang bayang wanita itu ditelan larutnya malam.
“Zita.. maafkan Am. Am tak patut buat Zita menangis macam ni” pujuk Edham. Tubuh Zita yang tidak beralih dari tadi dirangkul. Teresak-esak Zita menangis sambil memeluk lututnya. Rangkulan Edham ke arah tubuhnya tidak diendahkan.
“Am sayang Zita. Am tak nak kehilangan Zita. Zita lah segalanya bagi Am.”
“tapi kenapa Am bermain dengan maruah Zita dulu?”
“Am tak nak Zita di sentuh sedikit saja oleh kawan-kawan Am. Zita tahukan bertapa nakalnya Am dulu sebelum pindah masuk dalam sekolah Zita. Am Cuma nak lindung Zita je. Tapi tak sangka Zita bergitu benci pada Am.” jujur Edham berkata. Tergamam Zita mendengar kata-kata Edham.
“Am.. maafkan jiji. ji tak tahu” Zita terus merangkul tubuh Edham. Edham tersenyum. Rindunya dia kepada nama manja Zita. Edham tidak mendengar lagi Zita membahasakan dirinya jiji selepas peristiwa yang berlaku keatas diri Zita.
Zita memanjatkan syukur ke hadrat Illahi. Akhirnya dia sedar Edham Zakhuan adalah jodoh yang terbaik untuknya. Allah itu maha adil.
*upgraded version
*upgraded version
Bst la
ReplyDeleteBst la
ReplyDelete