cerita mengenai (apabila team sorak pemain bola malaysia melancong ke medan indonesia.. haru.. family kami besaq.. satu bas cukup memuatkan keluarga kami.. *tak termasuk atok abah. tak termasuk cik acan ngan cik cikin sebab dapat baby. tak termasuk akak aku. tak termasuk mak lang dan paklang dengan anak mereka yang ada 3 orang. tak termasuk kak ros and abg shah yang ada anak sorang. tak termasuk abang mamat ngan kak jiha yang ade anak sorang. tak termasuk fikri. tak termasuk azizi. tak termasuk akim. and tak termasuk keluarga pakngah zainuddin yang kira kira ada 8 orang ahli keluarga... kalau dikira-kira bilangan family kami ada.. jap aku ngah kira guna kalkulator.. fuyooo... ramai gila keseluruhan family aku. cam tak percaya je.semua sekali ada 67 orang termasuk family kak nadia.. ramai gila. macam mana la bila aku da kerja nak bagi duit raya.. huhu)
kisahnya bergini....
aku dan keluargaku mula nak berangkat pergi lapangan terbang. tiba-tiba silap jalan. kami masuk ke lapangan terbang KLIA sedangkan kami nak pergi LCCT.. haishh...patah baliklah jawabnya.. bila dah sampai sana, kiteorang lakukan apa yang semua orang lakukan tapi... timbul pula masalah pabila kami tertinggalkapal terbang.. huhu.. sedih2.. aku tak sedih sangat la sebab aku lakukan 2 perkara dalam satu.. bak kata orang dulu-dulu, sambil menyelam minum air. tepat jam 11.30 kami terus beratur tapi tetiba pesawat tunda 20 minit. menunggu lagi la kami di LccT.
setibanya kami si Medan Indonesia, kami dibawa ke PARAPAT. kat sana cuaca tenang tapi yang membuatkan seram adalah cheletnye... sabijik-sebiji. dah lah bosaq, seram beb .. aku ngan anis je tidur kat situ.. malam uh kami bersembang.. lama beb. aq ngan anis tidur satu katil bujang, dua orang.takut la nak tidur lain-lain katil kat tempat uh.. tengok gambar ke tiga kat bawah.. gambar ruang tamu. kecut beb ade kat citu. macam ada ehemm...ehemmm je. aku ngan anis tido, pintu ruang tamu ke bilik aku tutup. takut la kalau tetibe ada kepala yang terpancul je kat citu.
esoknya, kami perg danau toba n pulau samosir.then naik bas untuk menuju ke berastagi. danau toba ni dari jauh nampak macam new zealand. yang bestnyer, aku duduk kat atas kapal.. pergi perkampungan batak. kat sana kalau nak beli barang bukan dengan rela hati tapi dipaksa. aku kena tarik beb. dia suruh beli sebab suruh aku kesian tengok dia. da kalau kedai sebelah pun jual benda yang sama, tak rasa kesian ke kat kedai sebelah bab aku tak beli barang dia. akhirnya aku bla.. *lari..*lari.. bak kata kak syarie(our tourist guide) kat sini orang boleh pukau. takut aku. sampai kat kapal, pak anjang aku pulak kena paksa. mereka ikot tau naik kapal. kecut perut.
PERITIWA DI BERASTAGI
parapat ni tempat dia macam beijing... serba merah.. kat parapat ni ada peristiwa tau...
*PERISTIWA SECAWAN KOPI...boleh buat keluarga kami huru hara
masa kat sini, cikmel aku tengah nak sembahang, tiba-tiba ternamak telefon, idea dia pun tiba-tiba muncul untuk prank orang...
cikmel : permisi ya pak. pak boleh ambil coffee di lobi.. percuma. (something like that la)
my pakcik (pak anjang) terus pergi amik air. lepas dua or tiga tapak dia melangkah, weiter pon cakap
waiter: pak uang nya mana? kopinya belum dibayar
pak anjang : bukan percuma ke?
weiter : enggak pak.
nasib baik pak anjang aku bawak duit masa tu. kalau tak, bengang gila dia. then dia pun bawak dua cawan kopi kedalam bilik. semasa dalam perjalanan menuju ke cheletnye, pak anjang aku terserempak dengan pan andak aku.
pak anjang : ang, pergi ambil kopi kat lobi. percuma je.
bicara pak anjang sambil menunjukkan dua cawan kopi.
pak andak : jom lah.
pak anjang : takpa lah, ital nak tengok kush kush hotahe. abang ang pergi jela.
then, pak andak ngan mak andak pun pergi. pak anjang jalan lagi, dia cakap dengan my mak teh.
pak anjang : norli, ko pergi la amik kopi. percuma.
mak teh aku yang tengah memegang amani(baby) terus letak kat dalam bilik then dia pergi amik kopi. bla..bla..bla.. aku tak tahu macam mana cikmel bagi tahu yang call tu dia. kena sekali 'sial la ko mel' dari pakcik aku.. hahaha. yang bestnyer, pak anjang terkena, dia nak satu family kena.. huhu..
PERISTIWA DI GARUDA HOTEL AT MEDAN
kat hotel ni selesa sangat-sangat. 3 star tapi ala 4 star gitu. malam tu kami makan di hotel 5 star.. best sangat. macam macam juadah dengan harga hanya 90 000 rupiah. duit malaysia just 32 ringgit je.makan memang mewah gila la. prime city hotel lagi mahal.
bila dah balik. aku and anis lepak kat bilik mamat,amirul and irwan. diaorang sengaja tutup lampu, buat-buat ada hantu. dah kami terjerit jerit dalam bilik tu. tetibe ada call masuk. anis angkat tapi tak ada orang cakap. seram... menjerit lagi.. lastnyer kena sound dengan pakngah.. hahahaha.
aku and anis pown masuk la kat bilik kami. tetibe terasa nak buat prank call. aku suruh anis cakap.
anis : helo. tadi ada buat panggilan ya? setiap panggilan akan di charge ya
mamat : mana ada
anis : disini ada panggilan dalam 5 ke 6. satu panggilan di charge satu ribu ya. semuanya 5 ribu. saya tunggu di lobi
mamat : saya nak tidur la bayar besok boleh
anis : tak boleh. sekarang ya. nama saya harmoni (like that la. aku tak berapa nak ingat)
aku ngan anis mengendap bilik diaorang. macam macam la diorang komen. kami pown masuk la bilik tu. bila tanya kenapa semua tak puas hati sebab kena bayar. lakonan kiteorang menjadi. tertipu bulat2 diaorang amirul ngan irwan pun keluar tok pergi lobe. anis kejar diaorang and cakap perkara yang sebenar. tapi tetap suruh diaorang berlakon. tak lama lepas tu si amirul ngan irwan pown masuk. dia cakap "kena bayar bukan 5 ribu tapi 10 ribu" mamat percaya lagi.. kena tipu lagi.. hahahaha. lepas u diorang masuk bilik aku pulak. berbual..berbual. kenakan aiman. pas uh diaorang masuk bilik semula.
MALL MEDAN.
aku beli gajah pink... yang lain tak menaikkan semangat aku untuk shopping. aku lagi suka kluang mall. bla..bla..bla.. tetibe ade kat airport (express tak? hehe)
MEDAN AIRPORT
flight delay 1 jam lebih. pukul 10.45 waktu indonesia kami naik flight. masa naik uh memang nyawa macam di hujung tanduk je. semua kecut cuma aku je relex.. orang pernah kata kalau buat sesuatu tu kena yakin. aku percaya and yakin ada pilot yang bawak kami masa uh nama dia adish dengan junaidi (kowt..maybe la... tak clear sangat). yang peliknyer cuaca teruk, kapal terbang tak stabil pun aku masih ok je. entah kenapa ketakutan aku hilang bila naik kapal terbang sebaliknya teruja dapat melihat pemandangan ciptaan Allah.. aku duduk kat tepi tingkap. nampak sayap, nampak awan, and nampak lampu-lampu.. cantik.. bila dah landing, aku tarik nafas lega. alhamdulillah, kami selamat sampai. tahniah kepada pilot malaysia sebab berjaya bawak kami pulang dengan selamat.
p/s bila tengok kesusahan orang di indonesia, aku terfikir. bersyukurnya aku tinggal kat malaysia.hidup serba lengkap.. Alhamdulillah...
0 comments:
Post a Comment