perihal seorang sahabat

kejutan hari lahir yang ke 17.. unforgotten memory
syair "sahabat"

bertemunya kita tanpa diduga
menjadi musuh pada mulanya
tidak mengerti hati murninya
ingin berkawan entah caranya.

berjabat tangan tanda ikatan;
berkongsi cerita bersama teman
luahan hati jadi genggaman
rahsia hati jadi caturan

budi pekerti saling berbalas
saling nasihat diterima ikhlas
sakit di hati jangan dibalas
ukiran senyum harus dihias

seiring selangkah menggapai ilmu
sudut dihati inginkan restu
bersama saling bantu membantu
ingin mencapai cita dituju

gurauan senda saling dikongsi
suka dan hiba bersama diharungi
bisikan doa tidah terhenti
agar hubungan saring dirahmati

namamu terukir didalam diari
bersama berjanji sehidup semati
tidak terpisah walau sekali

itulah tanda sahabat sejati

panjang pulak mukadimah aku hari ni... syair sahabat ini aku bersama seorang sahabat yang menciptanya pada tahun 2011 iaitu ketika umurku 17 tahun.. hak milik kami. jangan ciplak.




who is she? kalau orang tanya siapa sebelah aku ni, jawapan aku tak lain 'kawan baik aku'. dia lah yang bersama dengan kau mencipta puisi yang dari kisah persahabatan kami sendiri. persahabatan kami sangat lancar sewaktu disekolah dulu. ada yang kta kami kembar, lesbian, adik beradik, macam macam lagi lah. tapi apa kami peduli. 
dialah insan yang sering buat aku senyum, ketawa, marah, manja, gedik.. semua sifat aku, aku tunjuk depan dia. tak ada selindung. dialah 'diari' aku, kawan gaduh aku, kawan ketawa aku, kawan susah aku, kawan senang aku. 
tapi... setelah habis spm, macam2 yang menduga persahabatan kami. ada sahaja benda tak kena. saban malam aku menangis, adakah dia lupa gelak tawa sewaktu ketika dahulu? adalah dia lupa saat dia mencucuk tangan aku menggunakan jangka lukis supaya kerjaku menjadi lambat? adakah dia lupa saat aku menconteng bukunya? adakah dia lupa saat kami bersama tika berduka? adakah dia lupa saat kami bersama menunjukkan bakat terpendam dalam bidang penulisan? adakah dia lupa aku ini sahabat baiknya? dan adakah dia lupa akan kewujudanku sebelum ini? soalan yang sama tiap kali aku teringatkan dia.. adakah..adakah..adakah....
hubungan kami menjadi semakin renggang dan renggang sehingga sahabat-sahabt kami yang lain merayu supaya kami berbaik. dan soalan yang sama aku tanya pada sahabat-sahabat, apa salah aku? dan mereka tiada jawapan untuk itu. bohonglah kalau aku ni tiada perasaan. mata aku sampai kering kerana menangis merindukannya (ayat macam minta simpati.. menyampah) tapi.. itulah yang berlaku. aku terlalu sayangkan sahabat aku ni sampai kadang kala aku melupakan diri aku sendiri... 
terngiang-nging lagi kata-kata seorang ustazah, jika kita menyayangi seseoorang, jangan terlalu menyayanginya lebih dari segala-galanya. aku mulai tersedar.... aku pasrah dengan apa yang berlaku. Allah mengetahui segalanya. di dalam doa, aku sering meminta supaya Allah menyemai kembali sayangnya kepadaku. tak banyak, sikit pun jadilah.. aku tak mahu kehilangan seorang sahabat yang sangat aku perlukan...

Alhamdulillah, setelah hampir setahun hubungan kami renggang, Allah kabulkan doaku. kami berbaik semula pada hari lahirnya. aku meruntuhkan segala ego yang ada. buang semua buruk sangka. aku hanya mahu hubungan kami jadi sedia kala. aku tak mahu sahabat-sahabatku yang lain bersedih kerana persengketaan kami berdua. Sesungguhnya Allah itu maha mendengar. pada 5 november bersamaan 1 muharram 1435H kami bertemu kembali. sedikit janggal dan aku mendapat sokongan dan kekuatan dari seorang lagi sahabat (nadia) untuk betemu dengan dia. Hubungan kami bertambah baik. inshaAllah, kami akan perbaiki segala yang buruk dan memekakkan telinga kepada yang mengadu domba antara kami. terima kasih Ya Allah. Kau kembalikan senyuman aku yang hampir setahun hilang.. sesungguhnya, Kau yang maha mendengar lagi maha mengetahui...

p/s : hari ni ayat skema banyak... cerita dari hati, kenalah serius ;p

0 comments:

Post a Comment

zuraizlita. Powered by Blogger.