celebrate kejayaan adik tok first step idop dia

sikit tak nak panjang pulak tajuk tok entry aku kali ni. tak leh bla.

nak cakap congrats lagi ke? penat la... huhuhu. seumur idop aku, orang tak penah cakap tahniah.. tunggu aku kawin kot baru dapat... ok zura, stop mengarut. Dengan keputusan adik aku yang dapat straight A upsr, bermakna family aku dah complete la.. good, better, best... good aku, better akak aku, best adik aku. hahahhaa.. kiranya aku paling teruk la (T.T) . sepupu aku sorang ni plak, nampak macam down sikit bab tengok adik aku dapat 5A's.. haha... i knew what you feel dear. aku pun cakap la dengan dia.

"uspr ni tak bermakna apa-apa. kak ita dulu teruk jugak, tapi tengok kak ita sekarang, masuk je universiti. tak yah sedih-sedih"

boleh jadi pakar motivasi tak aku?? hahaha.. riak kejap. Oleh kerana mak aku sakit, aku ni dengan gaya anak solehah, dah dua hari menggantikan tugas mak aku untuk memasak. semalam aku masak tomyam, hari ni masak nasi ujang.... nasi ujang ok bukan nasi bujang..


orang  kluang johor je tahu kewujudan lauk ni...

malam tadi pulak, abah bawa pergi makan kat pumkin house.. ye la, nak celebrate anak dia. bukan senang nak dapat anak straight A. result akak + result aku = result adik aku... FYI, akak aku dapat 3, aku dapat 2 je dulu.. hehehe.

ha.. tengok la gambar kitaorang makan. yang bestnye, orang lain berjaya, aku tumpang sekaki.... hahahah


sedih jugak.. aku tak dapat buat mak abah tersenyum bangga macam ni (masuk segmen touching pulak) hapuskan air matamu.... hehe..

*kepada adikku yang aku tahu kau akan baca blog aku ni.. tahniah. ni baru stage pertama. banyak lagi yang menanti... jangan riak takbur, jangan terlalu selesa.. perjalanan hidup kau masih jauh. buat mak abah happy..

....aku rasa kau patut jadi pakar motivasi la... rrrrrrrr.. krik krik...

0 comments:

Post a Comment

zuraizlita. Powered by Blogger.