DAH LAMA AKU TAK UPDATE BLOG... NAK UPDATE X DE CITE.. AKU NAK SHARE CERPEN PERTAMA AKU.. cerpen ni aq dah lama reka, cuma.. baru sekarang aku nak letak kat laman sesawang.. klo nk ikot kat belog aq, da yg ke3 n mungkin da tak de lagi. enjoy.. kalau tak suka pun buat2 suka ye...
Seekor
kuda berwarna putih datang menghampiriku. aku tersenyum melihat jejaka yang
duduk elok di atas kuda tersebut. Perlahan-lahan jejaka tersebut turun dari
kuda lalu berjalan mendekati tubuhku. Jemariku dielus lembut. Jejaka itu
melutut di hadapanku dan menghulurkan bunga ros merah kepadaku. Aku tersenyum
senang. Menitis air mataku. Akhirnya! Kisah aku dan si jejaka lebih indah dari
dongeng orang putih.. ini bukan mimpi, ini kenyataan. Si jejaka memimpin
tanganku untuk bersamanya menunggang kuda. Wa.. manisnya! Tambah garam sikit..
huhu. Pinggangku dipegang kemas lalu menangkat tubuhku yang bergaun putih untuk
menaiki kuda kesayangannya.
AAAAHHHHHH!!!!!! GEDEBUKKKK!!!!!
Tiba-tiba tubuhku terasa sakit. Malunya aku! Takut pulak nak buka mata.
Tapi kalau tak buka, si jejaka kacak mengalahkan kekacakkan muka Juslin Bebal tu mesti ingat aku dah meninggal. Mataku
yang terpejam erat ku buka perlahan-lahan. Terdengar sayup-sayup suara
memanggil… zura… zura...
“ZURA!!! ya Allah. Apa nak jadi budak ni?” mukaku berkerut. Aik? Suara
minah mana pula ni?
“ZURA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” automatik mataku terbuka luas. Aku di mana
ni?
“zura! kau ni, dah besar panjang pun boleh jatuh katil lagi. Apa nak
jadi dengan kau ni hah? Selagi mak tak menjerit, selagi tu lah kau tak bangun
kan? Jatuh katil pun boleh tersengih-sengih macam anak kambing. Dah pukul 6.40
ni. Kau bangun pergi sembahnyang subuh sana.” Bebel lagi. Ha.. nilah mak aku.
Nama dia Zurin. Kalau dah membebel, taik telinga keras macam ais berg pun boleh
cair akibat penangannya. Ala.. tadi mimpi ke? dah cun je nak naik kuda tu, boleh pulak terjatuh
bagai. Ingatkan aku boleh kalahkan kisah Cinderella, tapi tak jugak. Mimpi
rupanya… Benci nya!!
Aku
lantas bangun. Kakiku melangkah malas ke bilik air. “mak ni kan, ada pula nak
samakan zura dengan anak kambing. Kalaulah zura anak kambing, mak tu? Mak
kambing ke? emmbbeeekkkk” sempat lagi nak bergurau. Tiba-tiba..
TAP!!! Aduh.. sakitnya!
“padan
muka kau. tu la, mak cakap sepatah kau menjawab. Kan dah kena. Balasan tu
namanya” Emakku mentertawakan aku kuat. Benangnya! Kau ni pun satu lah pintu.
Apasal kau ada kat sini? Menyemak je. Tak fasal-fasal aku digelakkan oleh mak
tau.
Usai
menunaikan kewajipanku sebagai umat islam, aku pun dengan senang hati membuka
laman ruang saya. Wa… ada kawan baru. Siapa ni ek? Approve je la. Seperti
biasa, rutinku, buka profile picture. Menilau melihat gambar tuan punya page.
AIRIL? Pelajar top sekolah add aku sebagai kawannya. Hmm.. lantak la. Aku pun
dah ada monyet. Eh, bukan. Cinta monyet. Monyet lah sangatkan? Yang monyet Zikri,
bukan aku. The princess and the monkey. Zikri kalau tahu aku kutuk dia, habis aku.
Sia-sia usia remajaku berhubungan dengannya.
“hah
kak, kau berangan apa lagi tu? Kau buat silent killer ke kak?” lancang mulut
mak joyah ni bercakap. Aku tampar bertubi-tubi nanti baru tahu. Bisu kau aku
kerjakan. Kotak tisu disebelah aku capai lantas, cepat dan tangkas aku campak
ke adikku yang bernama Zita a.k.a mak joyah.
“tak
la, aku mimpi nombor ekor. 7851. First price. Sibuk lah kau ni. Pergi study
sana! Kau nak UPSR tahun ni. Sedarlah diri tu sikit ye.” Telefon bimbit milikku
berdering tepat waktu. Malas aku nak bertikam lidah dengan adik kesayanganku
itu. sejap lagi adik aku tu mesti cakap ‘kau tak sedar ke kau nak SPM?’ Eh.. zikri
la.. aku mejelirkan lidah pada adikku lantas berlalu masuk toilet. Tak mahu
kantoi. Mulut si joyah ni bukan boleh percaya.
“HAH!!! PUTUS TAPI KENAPA???!!!” terbang semua suara ayu aku. Keluar suara jantan.. Sedihnya aku. Penat aku setia tapi
dia tinggalkan aku? Benci!
“Zura..
apa yang putus?” soal mak dari luar.
“urat
kentut putus mak..” cover line. Kalau mak aku tahu, mati aku kelaparan sebulan.
“ada-ada je la kamu ni”
Aku
kembali menatap laptopku. Aku memerlukan teman bicara sekarang. Setelah
beberapa saat aku tenung laptop dengan mata yang berair, akhirnya aku
melepaskan kesedihanku kepada Airil. Gila kan? aku tak kenal pun siapa
sebenanya Airil. Dia bukan kawan aku, aku cuma mengenalinya melalui temanku
yang tidak berhenti bercakap mengenainya. Tak pe lah, bukan ramai yang tahu aku
pernah berpasangan dengan Zikri. Hanya teman rapatku sahaja yang tahu, lagipun,
aku tak buka siapa sebenarnya ‘Zikri’ semasa berchatting dengan Airil.
Kiranya.. aku selamat lah kot..
KAKIKU melangkah perlahan. Kepalaku ditundukan. Mata aku buat
hal pula. Time macam ni lah kau nak bengkak kan? mana tidaknya, menangis sakan
sebab diputuskan oleh monyet itu. tubuhku seperti melayang. Waduh! Aku langgar
apa tadi? Sakitnya.. mataku tertacap kepada insan dihadapanku.
“eh,
kau ni zura kan?” tegur Airil. Aku mengangguk cuma. Dengan susah payah aku
berdiri. Airil menghulurkan tangan tapi tidah disambut olehku.
“wei,
minta maaf kau mana?” marahku.
“sorry
lah.. aku tak senga….” Percakapan Airil terberhenti seketika. Mukaku di
tatap. “kau menangis ke? bengkak mata
kau ni teruk. Kau kenapa? Fasil beruk tu lagi ke? muka dah macam Pontianak dah
aku tengok..”
Fail
ditangan aku angkat menghentam kepalanya. Hamik kau. ada pulak boleh komen
macam macam kan? Padan muka. Aku melangkah meninggalkannya setelah melihat
zikri menghapiri kami. Aku menoleh ke belakang. Eh, zikri dengan Airil rapat?
Sejak bila? Malas lah nak fikir, masuk kelas lagi baik.
“eh zura, kau kenapa?” Tanya Syira. Dengan
sekelip mata, seluruh geng aku berkumpul mengelilingi ku.
“aku
dah putus dengan Zikri” senada aku menjawab. Buku kimia aku buka.
“la..
kenapa? Mak kau dah tahu ke sebab tu kau putus? Mak kau dengan mak zikri kan
musuh ketat” pisha bersuara.
“tak la..
dia yang putuskan aku. Sebabnya tak dimaklumkan. Dah la.. benda dah berlalu.
Benda kemudian akan muncul. Aku nak study sikit sebelum cikgu masuk.” Aku
menjawab tanpa segaris senyuman pun. Muka teman temanku kelihatan tegang. Kalau
aku tak senyum nanti diaorang risau pula. Aku menayangkan senyuman plastik ku..
aku kan drama queen.
“kauorang nak tahu tak? Airil… aku rasa.. aku dah suka kat dia la. Dia
caring sangat.. dah lah handsome, macho, caring, baik.. tergoda aku” aku
mempamirkan riak gedik. Takpe lah bohong sunat. Tak nak kawan aku risau. Tak
sampai tiga saat aku cakap, suara langau berbunyi. Dah aku agak. Aku tersenyum.
Pisha, humairah dan izzati telah kembali ke tampat masing-masing. Syira menatap
wajahku.
“Zura,
kau mungkin boleh bohong diaorang, tapi kau tak boleh bohong aku. Aku kenal
kau. kau tengah sakit sangat kan?” tutur Syira perlahan. Aku hanya menangguk.
Jemariku digenggam erat oleh Syira. Aku tahu maksudnya ‘ambil kekuatan aku
untuk kau berdiri. Aku akan sentiasa disisi kau.. ’.. aku membalas kembali.
terima kasih Syira.
HAMPIR sebulan setengah aku melayani telatah Airil melalui ruangan saya. Seronoknya aku rasa. Aku dah dapat lupakan Zikri. Airil tidak pernah jemu untuk membuatku tersenyum kembali. aku bersyukur mempunyai sahabat se‘gila’ Airil. Otak kami sama sahaja. Dia lontar bom atom, aku lontar nuclear.
“ZURA! jauh awak mengelamun ye. Saya tahu la SPM lama lagi kan. sekarang
ni baru bulan tiga. Tapi jangan la hilang tumpuan. Terangkan semula apa tu potential difference” Cikgu zarina bersuara
mematikan lamunanku. Lambat-lambat aku berdiri. Garu kepala kejap. Ala.. semalam
baru belajar kat tempat tuisyen. Pejam mata.. sebut semua apa yang cikgu
tuisyen cakap malam tadi. Ingat apa yang kau hafal malam tadi.
“ha! Energy
transferred per unit change moved between two points. Potential difference is
also defined as the work done when one coulomb of charge is move from one point
to another point with difference electrical potentials. Arrr..err… yang lain
saya tak ingat lah cikgu...”
KRINGGG!!!! Yes! Masa dah tamat. Nak balik rumah!
“YEY! Masa dah habis!” aku bersorak
riang. Cikgu Zarina hanya menggeleng melihat telatahku.
“terima
kasih cikgu..” Syira mengucap terima kasih dan disusuli rakan sekelas. Syira..
kau memang memahamiku.
Aku
dan empat orang lagi rakanku berjalan melalui susur gajah. Dari jauh aku
melihat Airil tersenyum kearahku. Aku menunjukkan jari telunjuk dan jari hantu
kearahnya menunjukkan lambang ‘peace’.
“eh, Airil datang sini lah. kau dangan
dia ada apa-apa ke?” soal humairah.
“mana ada. Dia dah ada kekasih hati lah. aku ni teman tapi mesra je?” aku menjawab
slumber.
“macam lain macam je aku tengok” ujar izati.
“macam lain macam je aku tengok” ujar izati.
“kauorang ni kepoh la. Aku kenal zura ni. Kalau dia cakap tak ada
apa-apa, dia memang tak ada apa-apa.” Syira membantuku. Sayang kau.
“Zura. jom aku hantar kau balik. Aku baru dapat lesen kereta.” Airil
mempelawa.
“lesen?
Baru bulan 3 kot. Macam mana boleh ada lesen?” soalku
“birthday aku kan satu januari. Kau je tak pernah nak ambil tahu.”
“kau tak cakap. Macam mana aku nak
tahu. Tapi.. rumah aku jauh. Kesian kau kena ulang alik.”
“ala.. takpe la. Bukan selalu.
Kauorang pun jom lah naik sekali. Aku hantar semua balik.” Pelawa Airil kepada
teman-temanku pula. Apa lagi, dengan rasa bahagianya, bereka bersorak riang.
Aku berjalan beriringan Airil.
Untung aku dapat kawan sebaik Airil. Dari jauh aku terasa ada orang yang
memerhati. Buat bodoh je lah. dia perhatikan orang lain kot.
HARI INI merupakan
hari sekolah ganti. Leceh la. Pakcik van sekolah aku lah ni exited sangat nak
hantar kami ke sekolah. Hari sabtu macam ni memang susahlah aku nak nampak
manusia yang kesekolah. Kawan-kawan aku ni pun satu. Cuba lah datang awal
sikit, teman kawan dia yang keseorangan ni.
Aku menatap nota ringkas. Hafal apa yang patut. SPM is around the
corner. Setelah bosan membaca aku memerhati kiri dan kanan. Ala.. mana Pisha
ni. Selalunya dia pun datang awal juga
macam aku. Aku menanti dan.. pap! Aku menepuk dahiku. Pisha kan dah masej aku
semalam. Katanya demam. Ala. Lempi la kau Zura.
Setelah kira-kira sepuluh minit aku menunggu, Airil berdiri terpacak dihadapanku.
Matanya tajam merenungku. Lambat-lambat bola mataku membalas renguannya itu.
“Zura, ikut aku. Aku nak cakap sikit.” Ajak Airil dengan nada yang
kasar. Eh, dia ni kenapa? Dah hampir 6
bulan aku berkawan dengannya, tak pernah dia cakap kasar sebergini rupa.
“kenapa aku kena ikut kau?” nada suaraku mulai meninggi.
“ikut saja lah, tak perlu usah banyak soal!!” marahnya. Tanganku direntap dan Airil menarik tanganku
ke satu sudut terpencil di kawasan menunggu.
“sakit! Lepaslah!!” jerkahku. Tanganku dilepas kasar. Bahuku kuat
dipegang. Dia ni nak remukkan tulang bahu aku ke apa? Soalku didalam hati.
Tanpa disangka, Airil menolak kasar tubuhku. Tubuhku terasa pedih kerana
dihentak ke dinding. Aku gagahkan jua diriku walaupun lututku terasa longlai
kerana takut untuk melawannya. Sakit dihati lagi pedih dari sakit ditubuh ini.
Airmataku ingin tumpah tapi aku perlu kuat. Aku tidak mahhu dianggap gadis yang cengeng di mata Airil.
“woi! Kau ni perempuan jenis apa hah? Aku rapat dengan kau sebab aku ni
cuba nak jadi kawan baik kau. Tapi kau canang kat semua orang yang aku dengan
kau ni ada hubungan. Aku terhegeh-hegah kat kau. Apa semua ni Zura? Sebab benda
bodoh ni, aku dengan Mira putus. Tu yang kau nak kan? TAHNIAH! Kau dah Berjaya.
Kau ni memang manusia yang tak sedar dek untung. Aku dah tolong kau macam-macam
ni balasan yang aku dapat. Rupanya kau buat semua ni sebab nak hancurkan
persahabatan aku dengan Zikri kan? Lepas apa yang kau buat dekat Zikri, kau nak
balas dekat kawan-kawan Zikri pulak kan? Kau tak sesuai dengan aku la
perempuan. Cerminlah diri kau tu sikit..”
PANG!!!!
Tamparan
sulungku melekat diwajahnya. Air mata yang dari tadi bertakung mula jatuh
mencurah mencium bumi.
“kalau
kau tak tahu apa-apa kau diam. Jangan nak tuduh melulu kalau kau tak siasat
apa-apa. Kau jangan ingat muka kau handsome, kau pujaan perempuan kat sekolah,
bapak kau penyumbang terbesar sekolah ni, kau boleh buat sesuka hati kau? Kau
boleh sesuka hati nak hina orang macam ni? Aku pun manusia juga macam kau!”
tengkingku. Sendu mula kedengaran. Aku
menolak tubuhnya dengan kasar. Aku bergegas menuruni tangga. Tandas menjadi
destinasiku untuk menghapus semua kesedihan.
Setelah
aku cuba untuk tersenyum, rakan-rakanku sudahpun berada di tapak perhimpunan.
Aku mendapatkan mereka.
“Zura..
ada apa-apa jadi ke?” soal Humairah. Izati menghulurkan beg sekolah yang aku
tinggalkan di tempat menunggu tadi.
“aku
sakit perut la. Senggugut. Tu yang aku tinggalkan semua barang dekat
atas.” Bohongku. Humairah dan izati
berlalu untuk beratur kerana perhimpunan akan dimulakan sebentar sahaja
lagi.
“kau tak
pandai tipu aku.” Syira berbisik. Air
mataku kembali menitis. Aku menceritakan semuanya kepada Syira. Syira memelukku
erat.
“KAU NI KEJAM.” Tengking Syira kepada Airil.
“Apa
hal kau ni? Dah la masuk kelas aku pas
tu menjeriit-jerit macam orang meroyan ni kenapa?” Airil menyoal dengan nada
yang tiada turun naik. Macam tak ada apa-apa berlaku.
“kenapa
kau tanya aku? Kau dah buat apa kat kawan aku?” Soal Syira marah.
“kawan kau
yang merenyam”
“kalau aku
dah koyakkan mulut kau, kau jangan gedik-gedik nak tanya kenapa” Izati mula
berang.
“Kau
ingat Zura tu hadap sangat dengan muka
kau yang macam jalan tu? Aku kenal siapa Zura. Dia tak akan cakap apa-apa kat
orang lain melainkan kitaorang. Aku ni kawan baik dia, dia tak pernah pun cakap
yang buruk pun fasal kau. lagi satu, selama ni, orang kutuk dia macam-macam
sebab keluar dengan kau, ada dia nak lupakan persahabatan kau dengan dia? Tak
kan? Sebab bagi dia, kau la orang yang selalu tenangkankan dia dari terus sedih
sebab ex dia yang gila tu. Kau ni cepat sangat termakan cakap orang lepas tu
fitnah dia macam-macam, baik kau bunuh je dia. Dosa fitnah tu lagi besar dari
membunuh.” Syira melontarkan rasa tidak puas hatinya. Airil diam membisu.
Izati menendang kerusi yang diduduki oleh Airil. Terjatuh cium bumi
dibuatnya. “padan muka. Tak guna”
Airil bangkit untuk berdiri. Rakannya memegang bahu. “dia nak koyakkan
mulut kau bro. ganas. Tapi comel.”
AKU ralit menghadap
luar jendela bas sekolah. Tak henti-henti air mata aku menitis. Ya
Allah, apa salah aku? Lagu more than word menemaniku saat ini. Hanya ipodku
sahaja yang bisa menemani aku sepanjang perjalanan untuk pulang kerumah.
BUUMMMM!!!!!
Badanku terhentak ke belakang tempat duduk di hadapanku. Jantungku tiba-tiba berdegup kencang. Aku menarik earphone di telinga dan mencampak ipodku. Kakiku laju berlari ke luar bas untuk melihat apa yang berlaku. Kaki ku kaku, lidahku kelu. Airil, Zikri. Pakaian seragam sekolah mereka dipenuhi darah. Air mataku mengalir. Aku meraung di dalam hati.
“semua, tolong pakcik angkat budak-budak ni masuk dalam van” arah
pemandu van kami.
“akak, diaorang ni kawan akak kan? Apa kata akak duduk dengan abang
Airil. Kawan akak yang lagi sorang ni masih sedar. Biar dia dengan kitaorang
kat belakang. Abang Airil tu pengsan, akak boleh tolong tengok-tengokkan dia.”
Ujar Syafiqah merangkap jiranku. Aku akur. Pahaku menjadi alas untuk kepala
Airil. Air mataku mengalir. Airil bangun la.. jangan macam ni. Mana senyuman
kau? bangun la..
Setibanya di hospital, Airil dimasukkan ke wad kecemasan. Hatiku di buru
rasa cemas. Ya Allah, selamatkan dia. Pemandu van telahpun menghantar
pelajar-pelajar lain kerumah setelah memberitahu keadaan Zikri kepada keluarga.
Oleh kerana Zikri tidak mampu untuk bercakap, aku terpaksa memberitahu keadaan
yang berlaku kepada keluarganya. Setelah lama menunggu, akhirnya pintu
kecemasan terbuka.
“doktor,
macam mana dengan keadaan kawan saya?” soalku.
“kawan
kamu masih tak sedarkan diri. Dia kehilangan banyak darah. Darah yang ada di
sini tidak mencukupi. Darah yang diperlukan darah O negative, agak sukar untuk
kami mengatasinya.”
“doktor
ambil lah darah saya. Darah saya O negative”
“kamu
harus mendapat persetujuaan ibu bapa.” Kakiku longlai setelah mendengar
kata-kata dari doktor itu. Lututku jatuh menyembam bumi. Syafiqah membantuku
untuk kembali berdiri.
“doktor,
kawan saya tengah bertarung nyawa kat dalam tu. Saya tak akan duduk sini berpeluk tubuh saja.”
Protesku.
“tapi….”
“Doktor
tolong.. saya merayu. Saya tak nak sebab darah ni dia pergi” aku merayu.
“baiklah kalau bergitu”
Setelah darahku diambil, Aku melangkahkan
kaki ke wad yang meletakkan Airil dan Zikri ditempatkan. Aku mengambil tempat duduk disisi Airil. Zikri
hanya menjadi penonton. Tangannya ku
capai. “Airil, aku tahu kau benci aku, tapi aku mohon, sedarlah.. aku sayang
kau, jangan tinggalkan aku. Nanti siapa lagi nak buat aku senyum bila aku
teringatkan monyet tu. Bangunlah…” aku merayu perlahan. Kepalaku dilentokkan di
atas bahunya. Mata semakin layu. Mana keluarga Zikri ni? Pandanganku semakin
kabur…. Kabur… dan kabur…
Umbun-umbunku terasa dibelai lembut. Lambat-lambat aku membuka mata.
Airil? Tak mungkin. Dia belum sedar pun lagi. Tatkala aku bermain teka teki,
riuh suara keluarga Zikri kedengaran.
Aku
terus berdiri. “zik, call keluarga Airil. Aku nak balik” suruh ku. Zikri hanya
mengikut.
“Zura..
saya…” zikri ingin berkata sesuatu.
“aku
tak nak dengar kau cakap apa-apa” pintasku. Aku melangkah ke luar dari wad itu.
Tangan Syafiqah aku capai. Aku melangkah ke dalam kereta milik abang Syafiqa.
Jangan terkejut, aku dengan keluarga Syafiqa memang rapat dari kecil.
PEPERIKSAAN SPM telahpun tamat. Alhamdulillah. Aku menghembuskan
nafas lega setelah menjawab kertas Lukisan Kejuruteraan. Perjumpaan kali
terakhir akan dilangsungkan pada malam ini. Tepat jam 8.00 malam, aku berdiri
dihadapan cermin. Gaun labuh barwarna hitam disulami corak abstrak bewarna pink
dan biru menyerikan lagi diriku pada malam mini. Rambut panjang ikalku yang
melepasi paras pinggang aku biarkan tanpa berikat. Penyepit reben pink ku
kepilkan ke bahagian kiri. Gincu berwarna pink ku capai. Pembayang mata
kombinasi pink dan hitam aku letakkan di kelopak mata. Pertama kali aku pakai
makeup. Not bad.
Kakiku lambat melangkah masuk ke dewan. Aku antara manusia yang paling lambat hadir.
Syira yang anggun bergaun putih merapatiku.
“comelnya kau” Syira
memuji.
“aku memang dari dulu comel. Baru peraasan ke?” soalku.
“ha’ah, aku baru perasan rupanya kawan aku ni terlalu kuat perasan.”
“kurang ajaq.” Aku mencubit pinggang Syira. Tanpa disedari, kelakuan
kami menjadi bahan tontonan umum. Aku dan Syira tersenyum kambing, aku terus
mengambil tempat duduk di sebelah Syira dimana Pisha, humaira, Izati, Hidayah
dan Cikin. Gurauan dan teletah kami cukup menggamat suasana.
Sedang aku leka mencampurkan sup di dalam air
sirap milik Hidayah, aku bagaikan kaku mendengar tepak kaki yang berderap naik
ke atas pentas. Aku memalingkan muka dibelakang. Terpaku melihat orang di atas
pentas.
“Assalamualaikum. Disini saya ingin
memohon maaf kepada seseorang yang mengajar saya erti kehidupan sebenar. Saya salah sebab tuduh dia melulu tanpa
mengenal siapa dia yang sebenar. Zura.. maafkan aku..” Anak mata Airil
bertembung denganku. Aku melarikan pandangan seraya memejam mata. Petikan gitar
menjadi halwa telinga.
Menatap indahnya senyuman
diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku
Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku
Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu
Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku
Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu
Air mata yang dari tadi kutahan menitis
keluar. Lemahnya aku. Aku bangkit lalu keluar dari dewan yang akan menyaksikan
drama tidak berpengarah yang tak sepatutnya.Aku berlari tanpa arah. Tangan kananku menghapus air mata yang
galak mencemarkan pipi.
“aku
terasa tangan kiriku disentuh. Aku perlahan-lahan melihat gerangan siapakah
yang tega mematikan langkahku. Zikri? Tanganku ku rentap kasar.
“Zura, maafkan saya. Saya banyak salah pada awak. Saya putuskan awak
dulu pun sebab saya nak uji sama ada awak cemburu atau tidak saya keluar dengan
perempuan lain. Saya dah buat macam-macam untuk buktikan cinta saya pada awak.”
“hahaha… cinta? Apa tu cinta? kau buat apa untuk aku? Masa aku sedih,
kau ada? Jangan harap kau nak ada. Kau hilang entah kemana. Ni yang kau cakap
yang kau dah buat macam-macam?”
“ye..
aku dah buat macam-macam. Bila aku putuskan kau, kau langsung tak nak perbaiki
balik hubungan kita. Kau boleh pulak mesra-mesra dengan jantan lain. Untuk
pengetahuan kau.. Aku dalang semua benda ni. Aku yang fitnah kau biar kau tak
ada kawan untuk kau curahkan kesedihan kau selain kawan perempuan kau. lepastu
kau mesti serik nak cari jantan untuk ambil simpati..”
PUKKK!! Tumbukan padu melekat diperut Zikri.
“orang yang kau panggil jantan tu, orang yang
telah menang dalam hati aku. maaflah, kau bukan cintakan aku tapi kau hanya
pentingkan ego kau semata-mata. Bagi kau, kalau kau tak dapat, orang lain tak
boleh dapat. Bangunlah wei, perempuan bukan bahan experiment.” Aku berlalu
meninggalkan Zikri.
“AKU AKAN BUAT KAU MELUTUT KAT DEPAN AKU. DAH TAK ADA ORANG YANG AKAN
JAGA KAU. AIRIL AKAN PERCAYA CAKAP AKU DARI KAU!!!”
PUMMMM!!!satu lagi tumbukan tepat mengena di muka Zikri.
“ni ke kawan? Aku kena perbodohkan dengan
kawan sendiri rupannya. Kau jangan risau, lepas ni aku tak akan percaya cakap
kau.” Airil berkata keras setelah
munumbuk Zikri berkali-kali. Aku berlari
meninggalkan mereka. Langkahku terhenti di curam bukit.
Pinggangku dicuit. Jantungku
berdegup kencang. Jeritan halus keluar dari bibirku gara-gara terkejut.
“Zura, aku minta maaf. Aku silap. Aku buruk sangka dengan kebaikkan kau.
aku terlalu sayangkan kau. aku ego. Aku menidakkan semua perasaan aku terhadap
kau sebab aku dah mempunyai teman lain. Sekarang baru aku sedar, aku tak boleh
hidup tanpa kau. aku…”
“perlu ke kau minta maaf dekat orang yang tak reti nak cermin diri
sendiri? Aku ni manusia biasa. Tak ada
rupa. Tak ada harta. Aku cuba buka gati aku tapi saat hati aku terbuka untuk
kau, kau hancurkannya.”
“Zura..aku minta maaf. Please eccept my apologize. Sepanjang aku koma,
aku tahu kau yang selalu jenguk aku, kau selalu bagi semangat untuk aku sedar.
Terima aku dalam hidup kau. please.. aku sayang kau. aku tak nak lepaskan kau
kali ni.” Air mata Airil jatuh saat memohon maaf padaku. Aku memeluk tubuh
Airil erat.
“janji?”
“saya janji sayang.”
7 TAHUN KEMUDIAN
“ZURA…” Izati memanggilku perlahan. Lamunanku terhenti.tertacap pada
tubuh Izati yang hanya memakai t-shirt dan kain batik. Aku melihatnya dari atas
ke bawah.
“Ya Allah, pengantin tak siap lagi?” Pastas mulutku berbicara setelah
melihat keadaannya.
“aku kan pengantin rock.” Bidas Izati.
“banyak lah kau punya pengantin rock. Sekejap lagi Asyraf nak datang kau
boleh lembab macam mak nenek. Dah pergi bersiap sana” marahku
“aku tengok kau dari tadi
termenung, kau ok?” tegur Izati.
“aku ok je la.” Bohongku
“zura.. Airil dah 7 tahun tinggalkan kau. dah lah Zura. Tak guna kau
tangisi orang yang dah tinggalkan kau tanpa khabar berita. Kau menangis kat
sini, tantah dia dah ada orang lain kat luar tu.” Tegas Izati.
“kau ni.. pergi bersiap sana. Urus urusan kau tu dulu. Aku tahu lah
macam mana aku nak hidup.”
“ish perempuan ni…. DEGIL!!” bentak Izati. Izati menuju ke bilik
pengantin. Aku menghadap ke luar
jendela. Air mataku mengalir. Airil… dimana kau? mana janji-janji kau?
PERKAHWINAN Izati dan Asyraf berjalan lancar. Hanya dengan
satu lafaz, Izati sudahpun menjadi milik Asyraf. Aku tersenyum senang. Akhirnya
impian Asyraf memperisterikan arif tercapai.
Aku berjalan menuju ke buaian setelah majlis selesai. Jam di tangan
menunjukkan jarum 11.15. sudah larut malam ni. Aku mengambil tempat di buaian berdekatan. Melihatkan kanak-kanak
yang sedang kerkejar-kejaran dihadapanku membuatkan aku tertawa. Alangkah
seronoknya jadi kanak-kanak. Melayari hidup tanpa masalah.
‘kawan-kawan aku semua sudah berteman. Izati ada Asyraf. Syira ada
Zikri. Zikri yang dulunya menjadi musuh syira setelah mengetahui apa yang dia
buat padaku, akhirnya bersatu. Aku pun tak tahu macam mana rasa cinta antara
mereka boleh muncul.’aku bercakap sendiri.
“sayang.. BAHHHH!!!!” sergah Asyraf.
“ooo mak kau jatuh terduduk. Nasib baik aku tak ada sakit jantung.
Asyraf, can you stop calling me sayang. Kalau aku dah tumbuk muka kau, jangan
kau menangis jumpa aku sebab baru tahu erti penyesalan. Kau ni… tak manis tau
orang dengar.” Sejak Asyraf menjadi kawan baikku, dia membiasakan dirinya
memanggilku ‘sayang’ kerana mahu membodek aku untuk aku satukan dia dengan
Izati. Lama kelamaan panggilan tu dah
terbiasa dengan dirinya walaupun telah berkali-kali aku mengugutnya.
“EH budak-budak. Pergi masuk sana. Dah malam dah ni. Nanti momok datang,
dia tangkap semua..” Asyraf tukar topik. Kanak-kanak yang bermain tadi mencicit
masuk ke dalam rumah. Aku memandang
Asyraf dengan pandangan tak puas hati. Boleh selumber je dia duduk di sebelah
aku. Kalau makcik-makcik kat dalam tengok, lain pulak diaorang fikir.
“kau jangan sampai aku pusingkan kepala kau ke belakang. Pergi tidur la
sana. Kau tak penat ke?” aku bersuara kembali.
“tak……”
“pergi lah sana. Kesian kat Izati tu. Tak fasal dia cemburu pula nanti.”
“Dia dah tahu aku nak jumpa kau. aku dah cakap tadi. Kau tu, kenapa
duduk luar ni waktu macam ni? Tak baik anak dara keluar rumah malam-malam.”
“bla la kau. baru kahwin nak nasihat aku. Selama ni kau suruh aku teman
kau kat kedai mamak sampai pukul dua tiga pagi tu tak apa pulak.” Aku
memprotes.
“tu lain..” keadaan menjadi sunyi seketika.
“ zura.. cuba kau tengok bulan tu..” Asyraf menyambung kata-katanya. Aku
melihat kearah bulan yang ditunjukkannya.
“dulu kau pernah minta semangat dari aku kan? Selagi kau hidup, selagi bulan
tu wujud, semangat aku sentiasa ada untuk kau.Kau tengok bintang tu. Macam kau.
sentiasa ceriakan kawan-kawan kau. kau kawan yang baik. Kau nak tahu tak?
Kawan-kawan kau selalu mengeluh. Katanya kau dah banyak berubah. Kau kena kuat
Zura. Kitaorang sentiasa ada untuk kau. walau pun aku dah kahwin, aku harap kau
dengan aku tetap rapat macam sebelum ni. Kalau ada masalah, jangan segan-segan
nak bercerita. Aku akan sentiasa ada untuk kau.” panjang Asyraf bertutur.
Lembut dan menenangkan. Aku bersyukur aku masih ada kawan-kawan yang sentiasa
menyokong. Aku mengangguk. Asyraf bangkit dari dudukannya.
Buaian dudukan ku terasa dihenyak oleh seseorang. Aku memberanikan diri
melihat wajah manusia yang duduk
disebelahku. Airil??
Aku segera bangkit dan ingin
menjauhkan diri namun tindakannya lebih pantas. Jemariku digenggam erat.
“lepaskan saya!” suaraku sedikit meninggi.
“Zura, sayang.. bukan saya sengaja tinggalkan awak tapi Alyah…”
“Alyah??? Perempuan mana pula tu? Awak pergi lah kat dia. Lupakan saya.
Kenapa? Dia sakitkan hati awak sebab tu
awak lari cari saya?!!” aku melontarkan rasa marahku.
“ZURA! Awak dengar dulu apa saya nak cakap.
Jangan anak tuduh melulu je!!” tengking Airil.
“ooo… awak nak marah saya pula? Marahlah lagi. Jerit sekuat hati awak
biar semua orang tengok drama kita ni”
“Alyah tu adik tiri saya. Dia menghidapi penyakit leukemia. Saya
melanjutkan pelajaran saya di England.
Saya yang jaga Alyah sampai dia meninggal dunia. Boleh tak awak faham
situasi saya?”
“awak langsung tak bagi khabar awak. Awak hilang macam tu je. Awak
langsung tak beritahu saya awak nak pergi sana.. dah la.. I’m so finish. Let me
go.” Aku merentap kembali tanganku. Aku
berlari memasuki rumah milik keluarga Izati dan berlari ke kamar. Syira dan
Zikri yang dari tadi menjadi penonton mengejarku. Aku terus mengambil tempat di
atas katil. Aku nak kunci bilik ni tapi bilik ni aku kongsi dengan Syira.
Kesian pula kalau dia nak tidur.
“zura.. janganlah macam ni. Jangan nangis. Kau dah dengarkan apa yang
dia cakap tadi” Syira memelukku. Aku merenggangkan pelukan Syira.
“tinggalkan aku. Aku nak tidur. Benda ni macam mimpi. Aku nak rehat.”
Tubuhku ku tiarapkan. Rasa tubuhku berat. Izati memeluk tubuhku.
“Zura.. aku sayang kau. dah tujuh tahun kau tunggu Airil. Dia dah balik dah
pun. Sekarang ni dia dah ada dekat depan mata kau. Macam-macam dia buat untuk
mencari kau. hampir 2 tahun Zura. Sekarang baru dia jumpa kau. hargai apa yang
ada dekat depan mata sebelum dia pergi lagi.” Izati memujukku. Aku bangit
seraya duduk di birai katil. Air mataku dihapus oleh Izati.
Airil berjalan seraya melutut dihadapanku. Tanganku dipengang. Jariku
dibelek. Jari manis yang tersarung cincin ditatapi.
“awak tak tanggalkan lagi cincin pertunangan kita walaupun
bertahun-tahun saya tinggalakan awak?” tanya Airil. Air mataku kembali menitis.
Aku menggeleng.. kami sempat bertunang sebelum keputusan SPM kami keluar.
Selepas aku melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan kimia di UiTM,
Airil hilang dari pendangan.
“sayang… saya dah banyak salah pada awak. Maafkan saya.” Rayu Airil. Air
matanya kembali berlinang untukku. Aku merangkul leher Airil.
“jangan tinggalkan saya lagi… tolong ujarku. Airil mengangguk.
AIRIL tiba di hadapan rumahku tepat jam 9.00 malam
“cantik sayang hari ni.” Puji Airil.
“bodek lah tu. Saya tak sempat nak pergi kedai la beli coklat untuk
awak.” Gurauku.
“awak ingat saya budak tadika ke?” soalnya. Keningnya di angkat sebelah.
Konon nak buat macam Ziana Zain.
“la.. bukan ke?” soalku lagi sengaja mendengkinya.
“bukan lah”
“haa??? Bangla?”
“nakal ye… saya turunkan awak dekat sini baru tahu.”
“ampun tuanku. Hamba hanya pacal yang cantik lagi comel.”
Kereta dihentikan di hadapan sebuah restoran mewah. Apa nama
restaurant ni pun aku tak tahu. Aku
bukan jenis manusia yang rajin untuk tengok nama sesebuah tempat.
“saya kenyang la.” Tuturku lembut.
“saya lapar. Tak lama lagi awak nak jadi isteri saya kan? Awak kenalah
praktis dengar cakap saya.” Arah Airil.
“ye la…”
Sesampai sahaja dalam restaurant itu, makanan kami telahpun tersedia.
Mamat ni sengaja nak bunuh aku.
“awak.. siapa nak makan ni? Banyaknya.” Soalku.
“saya, awak dengan saka awak.”
“saka tu kan pendamping. saka saya awak la.”
“kena balik. Baru nak dengki tadi.” Airil megalah. Aku menjelirkan lidah.
Aku menjamah makanan dengan muka malas. Aku dah kenyang. Mak.. tolong.. aku
melamun melihat makanan dihadapanku.
“zura…” Airil memanggil perlahan.
“emmm..” aku memandang wajahnya. Satu kotak segi empat tepat dihulurkan
kepadaku. Aku membukanya perlahan. Satu gelang emas bernot muzik didalamnya.
Cantik. Aku menyarungnya pada tanganku. Aku tersenyum memandang Airil.
“sayang jaga gelang ni baik-baik ya.. lepas ni kalau saya pergi lagi,
saya harap awak akan sentiasa ingat saya ya..” Airil berkata perlahan. Pelik je
dia malam ni. Dia nak tinggalkan aku lagi ke? Untuk kali ke dua? Air mataku
mengalir. Tak.. kalau dia nak pergi lagi, aku kejar dia. Aku hapus air mataku.
Seyuman aku ukir walaupun hati
bergelodak dengan pelbagai rasa.
“jangan pandang saya macam tu. Tergoda tau tak? Sambung makan.”
Selesai menjamu selera, Airil menghantarku pulang. Sebuah teddy bear
besar diberikan kepadaku. Keretanya
diparkir di seberang jalan. Katanya dia nak berjalan denganku sampai depan
pagar. Aku membenarkan saja. Macam-macam la dia ni. Airil menghantarku sehingga
di hadapan pagar.
“sayang, saya sayang awak sangat. Saya harap dekat dalam hati awak ada sikit
ruang. Andai saya pergi untuk kali ke dua, saya harap awak dapat relakan.”
Airil berkata lembut. Aku melihat bear
pemberian Airil. Bola mataku menatap kembali wajahnya.
“Airil, di dalam hati saya akan sentiasa terukir nama awak.”
Airil tersenyum seraya berpaling menuju ke keretanya. Aku memboloskan
diri di perkarangan rumah. Aku melihat kelibat Airil disebalik pagar. Tangan Airil
dimasukkan kedalam poket seluarnya. Kunci kereta BMW kepunyaan Airil terjatuh di
dada jalan. Airil membongkokkan tubuh, tanpa di sedari kereta Honda
Estima melanggar tubuh Airil. Teddy bear
yang diberikan oleh Airil sebentar tadi jatuh menyembah bum terlepasi dari peganganku.
Kereta Honda Estima itu hilang entah kemana.
Aku membuka kembali pintu pagar yang dan berlari kearah Airil yang sudah terkulai. Tubuhnya dipenuhi darah. Darah
ditubuh Airil tidak henti mengalir. Airmataku mengalir. Aku terjelupuk di sisi
Airil. Pahaku menjadi bantalnya untuk kali ke dua. Aku menggigil ketakutan.
Lebih takut dari kemalangan yang melibatkan Airil beberapa tahun lepas. Aku
takut kehilangannya. Aku menggenggam tangan Airil untuk memberi sedikit
kekuatan. Airil menggenggamnya kuat. Air matanya menitis mengerang kesakitan.
“ALLAH!!!!” kuat kedengaran Airil memanggil nama yang Tuhan yang esa.
Genggamanku lemak. Tangan Airil terurai dari peganganku. Tiada lagi nafaz yang
berkocak. Aku merangkul tubuh Airil. Airil…..
“SAYANG.. mengelamun ya? Teringatkan siapa tu?” sergah
seorang jejaka yang menemani hidupku. Temanku.
Air mata yang mengalir pantas aku sapu.
“tak ada apa-apalah. Abang. Cantik kan tasik ni?” aku berkata sambil
selemparkan senyuman ikhlas kepadanya.
Suamiku memegang kepalaku lalu diletakkan ke bahunya. “Sayang masih
rindukan dia ya?” soal suamiku. Aku mengangguk. Aku tidak boleh menyembunyikan
perasaanku. Suamiku menyarungkan sesuatu di pergelangan tanganku. Air mataku
terus mengalir melihat gelang pemberian Airil semasa hari Airil pergi untuk
selamanya.
“Sayang, abang tak pernah suruh sayang buang Airil dari hidup sayang.
abang tahu sejauh mana dia penting dalam hidup sayang dulu.” Suamiku berkata
perlahan. Aku melihat wajahnya. Macam
mana dia tahu? Aku tak pernah bercerita tentang Airil kepadanya. aku tidak mahu
dia berkecil hati.
“macam mana abang tahu?” soalku. Kepalaku ditundukkan.
“tu tak penting sayang. abang harap dekat hati sayang tu sentiasa ada
dia, abang cuma minta sikit je dari ruangan di hati sayang untuk terima abang…
abang…” sayu suaranya
“abang.. kisah antara saya dan Airil menjadi memori yang saya tak akan
lupakan tapi abang percayalah cakap saya, nama abang sudahpun terukir didalam
hati saya. baby kita pun tak lama lagi nak melihat dunia. Kita sama-sama beri
kasih sayang kita pada dia ya.” Pujukku. Dahiku dikuncup lembut.
SUAMIKU… seorang engineer
berjaya. permulaan kisah kami bermula dengan tragedi di seven eleven. Aku
tersadung. Air slurpee yang aku pegang tercapak ke atas kepalanya. Lintang
pukang aku lari lepas minta maaf pada dia. Setelah itu kami ditemukan lagi
dengan suatu pertemuan keluarga. Daniel meminta keluarganya meminangku, dengan
hati terbuka, aku menerimanya..
Syira dan Zikri sudahpun mengikat tali
pertunangan. Tunggu masa untuk di ijab kabulkan. Izati dan Asyraf sudahpun
mempunyai sepasang anak. Syafiq dan syafiqah. Kembar of the year. Hehehe.
Ceritaku dan kisahku bersama Airil telahpun menemui titik nokhtah. Aku
tidak akan melupakan dirinya. Airil… dihatiku kau akan sentiasa ada. Jodoh itu
ketentuan Allah. Hanya DIA yang tahu apa yang berlaku. Sejauh mana, sekuat mana
kita cuba pertahankan suatu ikatan, DIA tetap tahu yang tarbaik untuk hambaNYA.
Daniel
Danish.. namumu menjadi ukiran terakhir di hatiku dan selamanya akan menjadi
yang terakhir. Tiada siapa selepas ini yang akan mengisi kekosongan hati. Cuma
kamu. Aku kini bahagia disisi Daniel. Kami telahpun mempunyi seorang putera
yang comel sangat. Namanya Airil. Nama ni bukan aku yang nak letak, Daniel yang
beria sangat. Sebelum aku terlupa. Orang yang pernah bawa aku naik kuda dalam
mimpi dulu tu, dia lah orangnya. Daniel Danish. Macam mana aku tahu? Aku selalu
jatuh katil sebab dapat mimpi yang sama. Hehehe. Rahsia ni tersimpan rapi,
kalau tak, mahu terputus urat kentut dia gelakkan aku. Daniel ni bukan boleh.
Suka mendengki. Alhamdulillah Daniel seorang yang baik dan sentiasa menegur
jika aku membuat kesilapan. Aku bahagia dengan kehidupan baru ini dan aku harap
kebahagiaan ini akan kekal sehingga roh keluar dari jasad.
#banyak typo.mlas nk betulkan..
omaigod omk. hehehe. besttt ! Thumbs up :3
ReplyDeletecouple bertaun2, lastnye kawin dengan orang lain.. http://gadisnuclear94.blogspot.com/2011/12/senyuman-buat-zura.html <-bace yang ni pulak.. ehehhee..
ReplyDelete