UKIRAN TERAKHIR

DAH LAMA AKU TAK UPDATE BLOG... NAK UPDATE X DE CITE.. AKU NAK SHARE CERPEN PERTAMA AKU.. cerpen ni aq dah lama reka, cuma.. baru sekarang aku nak letak kat laman sesawang.. klo nk ikot kat belog aq, da yg ke3 n mungkin da tak de lagi. enjoy.. kalau tak suka pun buat2 suka ye...




             Seekor kuda berwarna putih datang menghampiriku. aku tersenyum melihat jejaka yang duduk elok di atas kuda tersebut. Perlahan-lahan jejaka tersebut turun dari kuda lalu berjalan mendekati tubuhku. Jemariku dielus lembut. Jejaka itu melutut di hadapanku dan menghulurkan bunga ros merah kepadaku. Aku tersenyum senang. Menitis air mataku. Akhirnya! Kisah aku dan si jejaka lebih indah dari dongeng orang putih.. ini bukan mimpi, ini kenyataan. Si jejaka memimpin tanganku untuk bersamanya menunggang kuda. Wa.. manisnya! Tambah garam sikit.. huhu. Pinggangku dipegang kemas lalu menangkat tubuhku yang bergaun putih untuk menaiki kuda kesayangannya.
AAAAHHHHHH!!!!!! GEDEBUKKKK!!!!!
               Tiba-tiba tubuhku terasa sakit. Malunya aku! Takut pulak nak buka mata. Tapi kalau tak buka, si jejaka kacak mengalahkan kekacakkan muka Juslin  Bebal tu mesti ingat aku dah meninggal. Mataku yang terpejam erat ku buka perlahan-lahan. Terdengar sayup-sayup suara memanggil… zura… zura...
                  “ZURA!!! ya Allah. Apa nak jadi budak ni?” mukaku berkerut. Aik? Suara minah mana pula ni?
                  “ZURA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” automatik mataku terbuka luas. Aku di mana ni?
                “zura! kau ni, dah besar panjang pun boleh jatuh katil lagi. Apa nak jadi dengan kau ni hah? Selagi mak tak menjerit, selagi tu lah kau tak bangun kan? Jatuh katil pun boleh tersengih-sengih macam anak kambing. Dah pukul 6.40 ni. Kau bangun pergi sembahnyang subuh sana.” Bebel lagi. Ha.. nilah mak aku. Nama dia Zurin. Kalau dah membebel, taik telinga keras macam ais berg pun boleh cair akibat penangannya. Ala.. tadi mimpi ke? dah cun  je nak naik kuda tu, boleh pulak terjatuh bagai. Ingatkan aku boleh kalahkan kisah Cinderella, tapi tak jugak. Mimpi rupanya… Benci nya!!
                   Aku lantas bangun. Kakiku melangkah malas ke bilik air. “mak ni kan, ada pula nak samakan zura dengan anak kambing. Kalaulah zura anak kambing, mak tu? Mak kambing ke? emmbbeeekkkk” sempat lagi nak bergurau. Tiba-tiba..
TAP!!! Aduh.. sakitnya!
               “padan muka kau. tu la, mak cakap sepatah kau menjawab. Kan dah kena. Balasan tu namanya” Emakku mentertawakan aku kuat. Benangnya! Kau ni pun satu lah pintu. Apasal kau ada kat sini? Menyemak je. Tak fasal-fasal aku digelakkan oleh mak tau.
                 Usai menunaikan kewajipanku sebagai umat islam, aku pun dengan senang hati membuka laman ruang saya. Wa… ada kawan baru. Siapa ni ek? Approve je la. Seperti biasa, rutinku, buka profile picture. Menilau melihat gambar tuan punya page. AIRIL? Pelajar top sekolah add aku sebagai kawannya. Hmm.. lantak la. Aku pun dah ada monyet. Eh, bukan. Cinta monyet. Monyet lah sangatkan? Yang monyet Zikri, bukan aku. The princess and the monkey. Zikri kalau tahu aku kutuk dia, habis aku. Sia-sia usia remajaku berhubungan dengannya.
                   “hah kak, kau berangan apa lagi tu? Kau buat silent killer ke kak?” lancang mulut mak joyah ni bercakap. Aku tampar bertubi-tubi nanti baru tahu. Bisu kau aku kerjakan. Kotak tisu disebelah aku capai lantas, cepat dan tangkas aku campak ke adikku yang bernama Zita a.k.a mak joyah.
                “tak la, aku mimpi nombor ekor. 7851. First price. Sibuk lah kau ni. Pergi study sana! Kau nak UPSR tahun ni. Sedarlah diri tu sikit ye.” Telefon bimbit milikku berdering tepat waktu. Malas aku nak bertikam lidah dengan adik kesayanganku itu. sejap lagi adik aku tu mesti cakap ‘kau tak sedar ke kau nak SPM?’ Eh.. zikri la.. aku mejelirkan lidah pada adikku lantas berlalu masuk toilet. Tak mahu kantoi. Mulut si joyah ni bukan boleh percaya.
                 “HAH!!! PUTUS TAPI KENAPA???!!!” terbang semua suara ayu aku. Keluar suara  jantan.. Sedihnya aku. Penat aku setia tapi dia tinggalkan aku? Benci!
                    “Zura.. apa yang putus?” soal mak dari luar.
                    “urat kentut putus mak..” cover line. Kalau mak aku tahu, mati aku kelaparan sebulan.
                    “ada-ada je la kamu ni”
                  Aku kembali menatap laptopku. Aku memerlukan teman bicara sekarang. Setelah beberapa saat aku tenung laptop dengan mata yang berair, akhirnya aku melepaskan kesedihanku kepada Airil. Gila kan? aku tak kenal pun siapa sebenanya Airil. Dia bukan kawan aku, aku cuma mengenalinya melalui temanku yang tidak berhenti bercakap mengenainya. Tak pe lah, bukan ramai yang tahu aku pernah berpasangan dengan Zikri. Hanya teman rapatku sahaja yang tahu, lagipun, aku tak buka siapa sebenarnya ‘Zikri’ semasa berchatting dengan Airil. Kiranya.. aku selamat lah kot..

KAKIKU melangkah perlahan. Kepalaku ditundukan. Mata aku buat hal pula. Time macam ni lah kau nak bengkak kan? mana tidaknya, menangis sakan sebab diputuskan oleh monyet itu. tubuhku seperti melayang. Waduh! Aku langgar apa tadi? Sakitnya.. mataku tertacap kepada insan dihadapanku.
                   “eh, kau ni zura kan?” tegur Airil. Aku mengangguk cuma. Dengan susah payah aku berdiri. Airil menghulurkan tangan tapi tidah disambut olehku.
                   “wei, minta maaf kau mana?” marahku.
             “sorry lah.. aku tak senga….” Percakapan Airil terberhenti seketika. Mukaku di tatap.  “kau menangis ke? bengkak mata kau ni teruk. Kau kenapa? Fasil beruk tu lagi ke? muka dah macam Pontianak dah aku tengok..”
                Fail ditangan aku angkat menghentam kepalanya. Hamik kau. ada pulak boleh komen macam macam kan? Padan muka. Aku melangkah meninggalkannya setelah melihat zikri menghapiri kami. Aku menoleh ke belakang. Eh, zikri dengan Airil rapat? Sejak bila? Malas lah nak fikir, masuk kelas lagi baik.
              “eh zura, kau kenapa?” Tanya Syira. Dengan sekelip mata, seluruh geng aku berkumpul mengelilingi ku.
                 “aku dah putus dengan Zikri” senada aku menjawab. Buku kimia aku buka.
              “la.. kenapa? Mak kau dah tahu ke sebab tu kau putus? Mak kau dengan mak zikri kan musuh ketat” pisha bersuara.
              “tak la.. dia yang putuskan aku. Sebabnya tak dimaklumkan. Dah la.. benda dah berlalu. Benda kemudian akan muncul. Aku nak study sikit sebelum cikgu masuk.” Aku menjawab tanpa segaris senyuman pun. Muka teman temanku kelihatan tegang. Kalau aku tak senyum nanti diaorang risau pula. Aku menayangkan senyuman plastik ku.. aku kan drama queen.
             “kauorang nak tahu tak? Airil… aku rasa.. aku dah suka kat dia la. Dia caring sangat.. dah lah handsome, macho, caring, baik.. tergoda aku” aku mempamirkan riak gedik. Takpe lah bohong sunat. Tak nak kawan aku risau. Tak sampai tiga saat aku cakap, suara langau berbunyi. Dah aku agak. Aku tersenyum. Pisha, humairah dan izzati telah kembali ke tampat masing-masing. Syira menatap wajahku.
               “Zura, kau mungkin boleh bohong diaorang, tapi kau tak boleh bohong aku. Aku kenal kau. kau tengah sakit sangat kan?” tutur Syira perlahan. Aku hanya menangguk. Jemariku digenggam erat oleh Syira. Aku tahu maksudnya ‘ambil kekuatan aku untuk kau berdiri. Aku akan sentiasa disisi kau.. ’.. aku membalas kembali. terima kasih Syira.

HAMPIR sebulan setengah aku melayani telatah Airil melalui ruangan saya. Seronoknya aku rasa. Aku dah dapat lupakan Zikri. Airil tidak pernah jemu untuk membuatku tersenyum kembali. aku bersyukur mempunyai sahabat se‘gila’ Airil. Otak kami sama sahaja. Dia lontar bom atom, aku lontar nuclear.
                 “ZURA! jauh awak mengelamun ye. Saya tahu la SPM lama lagi kan. sekarang ni baru bulan tiga. Tapi jangan la hilang tumpuan. Terangkan semula apa  tu potential difference” Cikgu zarina bersuara mematikan lamunanku. Lambat-lambat aku berdiri. Garu kepala kejap. Ala.. semalam baru belajar kat tempat tuisyen. Pejam mata.. sebut semua apa yang cikgu tuisyen cakap malam tadi. Ingat apa yang kau hafal malam tadi.
             “ha! Energy transferred per unit change moved between two points. Potential difference is also defined as the work done when one coulomb of charge is move from one point to another point with difference electrical potentials. Arrr..err… yang lain saya tak ingat lah cikgu...”
KRINGGG!!!! Yes! Masa dah tamat. Nak balik rumah!          
               “YEY! Masa dah habis!” aku bersorak riang. Cikgu Zarina hanya menggeleng melihat telatahku.
               “terima kasih cikgu..” Syira mengucap terima kasih dan disusuli rakan sekelas. Syira.. kau memang memahamiku.
                  Aku dan empat orang lagi rakanku berjalan melalui susur gajah. Dari jauh aku melihat Airil tersenyum kearahku. Aku menunjukkan jari telunjuk dan jari hantu kearahnya menunjukkan lambang ‘peace’.
               “eh, Airil datang sini lah. kau dangan dia ada apa-apa ke?” soal humairah.
               “mana ada. Dia dah ada kekasih hati  lah. aku ni teman tapi mesra je?” aku menjawab slumber.
               “macam lain macam je aku tengok” ujar izati.
              “kauorang ni kepoh la. Aku kenal zura ni. Kalau dia cakap tak ada apa-apa, dia memang tak ada apa-apa.” Syira membantuku. Sayang kau.
               “Zura. jom aku hantar kau balik. Aku baru dapat lesen kereta.” Airil mempelawa.
                “lesen? Baru bulan 3 kot. Macam mana boleh ada lesen?” soalku
                “birthday aku kan satu januari. Kau je tak pernah nak ambil tahu.”
                “kau tak cakap. Macam mana aku nak tahu. Tapi.. rumah aku jauh. Kesian kau kena ulang alik.”
               “ala.. takpe la. Bukan selalu. Kauorang pun jom lah naik sekali. Aku hantar semua balik.” Pelawa Airil kepada teman-temanku pula. Apa lagi, dengan rasa bahagianya, bereka bersorak riang.
              Aku berjalan beriringan Airil. Untung aku dapat kawan sebaik Airil. Dari jauh aku terasa ada orang yang memerhati. Buat bodoh je lah. dia perhatikan orang lain kot.

 HARI INI merupakan hari sekolah ganti. Leceh la. Pakcik van sekolah aku lah ni exited sangat nak hantar kami ke sekolah. Hari sabtu macam ni memang susahlah aku nak nampak manusia yang kesekolah. Kawan-kawan aku ni pun satu. Cuba lah datang awal sikit, teman kawan dia yang keseorangan ni.
            Aku menatap nota ringkas. Hafal apa yang patut. SPM is around the corner. Setelah bosan membaca aku memerhati kiri dan kanan. Ala.. mana Pisha ni. Selalunya dia pun datang awal  juga macam aku. Aku menanti dan.. pap! Aku menepuk dahiku. Pisha kan dah masej aku semalam. Katanya demam. Ala. Lempi la kau Zura.
                 Setelah kira-kira sepuluh minit aku menunggu, Airil berdiri terpacak dihadapanku. Matanya tajam merenungku. Lambat-lambat bola mataku membalas renguannya itu.
                “Zura, ikut aku. Aku nak cakap sikit.” Ajak Airil dengan nada yang kasar. Eh, dia ni kenapa? Dah hampir  6 bulan aku berkawan dengannya, tak pernah dia cakap kasar sebergini rupa.
                 “kenapa aku kena ikut kau?” nada suaraku mulai meninggi.
           “ikut saja lah, tak perlu usah banyak soal!!” marahnya.  Tanganku direntap dan Airil menarik tanganku ke satu sudut terpencil di kawasan menunggu.
              “sakit! Lepaslah!!” jerkahku. Tanganku dilepas kasar. Bahuku kuat dipegang. Dia ni nak remukkan tulang bahu aku ke apa? Soalku didalam hati. Tanpa disangka, Airil menolak kasar tubuhku. Tubuhku terasa pedih kerana dihentak ke dinding. Aku gagahkan jua diriku walaupun lututku terasa longlai kerana takut untuk melawannya. Sakit dihati lagi pedih dari sakit ditubuh ini. Airmataku ingin tumpah tapi aku perlu kuat. Aku tidak mahhu dianggap  gadis yang cengeng di mata Airil.
                “woi! Kau ni perempuan jenis apa hah? Aku rapat dengan kau sebab aku ni cuba nak jadi kawan baik kau. Tapi kau canang kat semua orang yang aku dengan kau ni ada hubungan. Aku terhegeh-hegah kat kau. Apa semua ni Zura? Sebab benda bodoh ni, aku dengan Mira putus. Tu yang kau nak kan? TAHNIAH! Kau dah Berjaya. Kau ni memang manusia yang tak sedar dek untung. Aku dah tolong kau macam-macam ni balasan yang aku dapat. Rupanya kau buat semua ni sebab nak hancurkan persahabatan aku dengan Zikri kan? Lepas apa yang kau buat dekat Zikri, kau nak balas dekat kawan-kawan Zikri pulak kan? Kau tak sesuai dengan aku la perempuan. Cerminlah diri kau tu sikit..”
PANG!!!!
             Tamparan sulungku melekat diwajahnya. Air mata yang dari tadi bertakung mula jatuh mencurah mencium bumi.
              “kalau kau tak tahu apa-apa kau diam. Jangan nak tuduh melulu kalau kau tak siasat apa-apa. Kau jangan ingat muka kau handsome, kau pujaan perempuan kat sekolah, bapak kau penyumbang terbesar sekolah ni, kau boleh buat sesuka hati kau? Kau boleh sesuka hati nak hina orang macam ni? Aku pun manusia juga macam kau!” tengkingku. Sendu mula  kedengaran. Aku menolak tubuhnya dengan kasar. Aku bergegas menuruni tangga. Tandas menjadi destinasiku untuk menghapus semua kesedihan.
               Setelah aku cuba untuk tersenyum, rakan-rakanku sudahpun berada di tapak perhimpunan. Aku mendapatkan mereka.
               “Zura.. ada apa-apa jadi ke?” soal Humairah. Izati menghulurkan beg sekolah yang aku tinggalkan di tempat menunggu tadi.
          “aku sakit perut la. Senggugut. Tu yang aku tinggalkan semua barang dekat atas.”  Bohongku. Humairah dan izati berlalu untuk beratur kerana perhimpunan akan dimulakan sebentar sahaja lagi. 
             “kau tak pandai tipu  aku.” Syira berbisik. Air mataku kembali menitis. Aku menceritakan semuanya kepada Syira. Syira memelukku erat.

“KAU NI KEJAM.” Tengking Syira kepada Airil.
            “Apa hal  kau ni? Dah la masuk kelas aku pas tu menjeriit-jerit macam orang meroyan ni kenapa?” Airil menyoal dengan nada yang tiada turun naik. Macam tak ada apa-apa berlaku.
             “kenapa kau tanya aku? Kau dah buat apa kat kawan aku?” Soal  Syira marah.
             “kawan kau yang merenyam”
             “kalau aku dah koyakkan mulut kau, kau jangan gedik-gedik nak tanya kenapa” Izati mula berang.
            “Kau ingat Zura tu  hadap sangat dengan muka kau yang macam jalan tu? Aku kenal siapa Zura. Dia tak akan cakap apa-apa kat orang lain melainkan kitaorang. Aku ni kawan baik dia, dia tak pernah pun cakap yang buruk pun fasal kau. lagi satu, selama ni, orang kutuk dia macam-macam sebab keluar dengan kau, ada dia nak lupakan persahabatan kau dengan dia? Tak kan? Sebab bagi dia, kau la orang yang selalu tenangkankan dia dari terus sedih sebab ex dia yang gila tu. Kau ni cepat sangat termakan cakap orang lepas tu fitnah dia macam-macam, baik kau bunuh je dia. Dosa fitnah tu lagi besar dari membunuh.” Syira melontarkan rasa tidak puas hatinya. Airil diam membisu.
              Izati menendang kerusi yang diduduki oleh Airil. Terjatuh cium bumi dibuatnya. “padan muka. Tak guna”
            Airil bangkit untuk berdiri. Rakannya memegang bahu. “dia nak koyakkan mulut kau bro. ganas. Tapi comel.”

AKU ralit menghadap  luar jendela bas sekolah. Tak henti-henti air mata aku menitis. Ya Allah, apa salah aku? Lagu more than word menemaniku saat ini. Hanya ipodku sahaja yang bisa menemani aku sepanjang perjalanan untuk pulang kerumah.

BUUMMMM!!!!!

            Badanku terhentak ke belakang tempat duduk di hadapanku. Jantungku tiba-tiba berdegup kencang. Aku menarik earphone di telinga dan mencampak ipodku. Kakiku laju berlari ke luar bas untuk melihat apa yang berlaku. Kaki ku kaku, lidahku kelu. Airil, Zikri. Pakaian seragam sekolah mereka dipenuhi darah. Air mataku mengalir. Aku meraung di dalam hati.
            “semua, tolong pakcik angkat budak-budak ni masuk dalam van” arah pemandu van kami.
          “akak, diaorang ni kawan akak kan? Apa kata akak duduk dengan abang Airil. Kawan akak yang lagi sorang ni masih sedar. Biar dia dengan kitaorang kat belakang. Abang Airil tu pengsan, akak boleh tolong tengok-tengokkan dia.” Ujar Syafiqah merangkap jiranku. Aku akur. Pahaku menjadi alas untuk kepala Airil. Air mataku mengalir. Airil bangun la.. jangan macam ni. Mana senyuman kau? bangun la..
          Setibanya di hospital, Airil dimasukkan ke wad kecemasan. Hatiku di buru rasa cemas. Ya Allah, selamatkan dia. Pemandu van telahpun menghantar pelajar-pelajar lain kerumah setelah memberitahu keadaan Zikri kepada keluarga. Oleh kerana Zikri tidak mampu untuk bercakap, aku terpaksa memberitahu keadaan yang berlaku kepada keluarganya. Setelah lama menunggu, akhirnya pintu kecemasan terbuka.
             “doktor, macam mana dengan keadaan kawan saya?” soalku.
          “kawan kamu masih tak sedarkan diri. Dia kehilangan banyak darah. Darah yang ada di sini tidak mencukupi. Darah yang diperlukan darah O negative, agak sukar untuk kami mengatasinya.”
              “doktor ambil lah darah saya. Darah saya O negative”
          “kamu harus mendapat persetujuaan ibu bapa.” Kakiku longlai setelah mendengar kata-kata dari doktor itu. Lututku jatuh menyembam bumi. Syafiqah membantuku untuk kembali berdiri.
           “doktor, kawan saya tengah bertarung nyawa kat dalam tu.  Saya tak akan duduk sini berpeluk tubuh saja.” Protesku.
               “tapi….”
               “Doktor tolong.. saya merayu. Saya tak nak sebab darah ni dia pergi” aku  merayu.
               “baiklah kalau bergitu”
         Setelah darahku diambil, Aku melangkahkan kaki ke wad yang meletakkan Airil dan Zikri ditempatkan.  Aku mengambil tempat duduk disisi Airil. Zikri hanya menjadi penonton.  Tangannya ku capai. “Airil, aku tahu kau benci aku, tapi aku mohon, sedarlah.. aku sayang kau, jangan tinggalkan aku. Nanti siapa lagi nak buat aku senyum bila aku teringatkan monyet tu. Bangunlah…” aku merayu perlahan. Kepalaku dilentokkan di atas bahunya. Mata semakin layu. Mana keluarga Zikri ni? Pandanganku semakin kabur…. Kabur… dan kabur…
               Umbun-umbunku terasa dibelai lembut. Lambat-lambat aku membuka mata. Airil? Tak mungkin. Dia belum sedar pun lagi. Tatkala aku bermain teka teki, riuh suara keluarga Zikri kedengaran.
                Aku terus berdiri. “zik, call keluarga Airil. Aku nak balik” suruh ku. Zikri hanya mengikut.
                “Zura.. saya…” zikri ingin berkata sesuatu.
             “aku tak nak dengar kau cakap apa-apa” pintasku. Aku melangkah ke luar dari wad itu. Tangan Syafiqah aku capai. Aku melangkah ke dalam kereta milik abang Syafiqa. Jangan terkejut, aku dengan keluarga Syafiqa memang rapat dari kecil.


PEPERIKSAAN SPM telahpun tamat. Alhamdulillah. Aku menghembuskan nafas lega setelah menjawab kertas Lukisan Kejuruteraan. Perjumpaan kali terakhir akan dilangsungkan pada malam ini. Tepat jam 8.00 malam, aku berdiri dihadapan cermin. Gaun labuh barwarna hitam disulami corak abstrak bewarna pink dan biru menyerikan lagi diriku pada malam mini. Rambut panjang ikalku yang melepasi paras pinggang aku biarkan tanpa berikat. Penyepit reben pink ku kepilkan ke bahagian kiri. Gincu berwarna pink ku capai. Pembayang mata kombinasi pink dan hitam aku letakkan di kelopak mata. Pertama kali aku pakai makeup. Not bad.
            Kakiku lambat melangkah masuk ke dewan. Aku  antara manusia yang paling lambat hadir. Syira yang anggun bergaun putih merapatiku.
              “comelnya kau” Syira memuji.
              “aku memang dari dulu comel. Baru peraasan ke?” soalku.
              “ha’ah, aku baru perasan rupanya kawan aku ni terlalu kuat perasan.”
            “kurang ajaq.” Aku mencubit pinggang Syira. Tanpa disedari, kelakuan kami menjadi bahan tontonan umum. Aku dan Syira tersenyum kambing, aku terus mengambil tempat duduk di sebelah Syira dimana Pisha, humaira, Izati, Hidayah dan Cikin. Gurauan dan teletah kami cukup menggamat suasana.
            Sedang aku leka mencampurkan sup di dalam air sirap milik Hidayah, aku bagaikan kaku mendengar tepak kaki yang berderap naik ke atas pentas. Aku memalingkan muka dibelakang. Terpaku melihat orang di atas pentas.
                     “Assalamualaikum. Disini saya ingin memohon maaf kepada seseorang yang mengajar saya erti kehidupan sebenar.  Saya salah sebab tuduh dia melulu tanpa mengenal siapa dia yang sebenar. Zura.. maafkan aku..” Anak mata Airil bertembung denganku. Aku melarikan pandangan seraya memejam mata. Petikan gitar menjadi halwa telinga.
Menatap indahnya senyuman diwajahmu 
Membuat ku terdiam dan terpaku 
Mengerti akan hadirnya cinta terindah 
Saat kau peluk mesra tubuhku
 

Banyak kata 
Yang tak mampu kuungkapkan 
Kepada dirimu

Aku ingin engkau slalu 
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah 
Yang meyakiniku 
Kau tercipta untukku 
Meski waktu akan mampu 
Memanggil seluruh ragaku 
Ku ingin kau tau 
Kuslalu milikmu 
Yang mencintaimu 
Sepanjang hidupku 

Aku ingin engkau slalu 
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah 
Yang meyakiniku 
Kau tercipta untukku 
Meski waktu akan mampu 
Memanggil seluruh ragaku 
Ku ingin kau tau 
Kuslalu milikmu 
Yang mencintaimu

                  Air mata yang dari tadi kutahan menitis keluar. Lemahnya aku. Aku bangkit lalu keluar dari dewan yang akan menyaksikan drama tidak berpengarah yang tak sepatutnya.Aku berlari tanpa  arah. Tangan kananku menghapus air mata yang galak mencemarkan pipi.
            “aku terasa tangan kiriku disentuh. Aku perlahan-lahan melihat gerangan siapakah yang tega mematikan langkahku. Zikri? Tanganku ku rentap kasar.
                   “Zura, maafkan saya. Saya banyak salah pada awak. Saya putuskan awak dulu pun sebab saya nak uji sama ada awak cemburu atau tidak saya keluar dengan perempuan lain. Saya dah buat macam-macam untuk buktikan cinta saya pada awak.”
                 “hahaha… cinta? Apa tu cinta? kau buat apa untuk aku? Masa aku sedih, kau ada? Jangan harap kau nak ada. Kau hilang entah kemana. Ni yang kau cakap yang kau dah buat macam-macam?”
                “ye.. aku dah buat macam-macam. Bila aku putuskan kau, kau langsung tak nak perbaiki balik hubungan kita. Kau boleh pulak mesra-mesra dengan jantan lain. Untuk pengetahuan kau.. Aku dalang semua benda ni. Aku yang fitnah kau biar kau tak ada kawan untuk kau curahkan kesedihan kau selain kawan perempuan kau. lepastu kau mesti serik nak cari jantan untuk ambil simpati..”
PUKKK!! Tumbukan padu melekat diperut Zikri.
                 “orang yang kau panggil jantan tu, orang yang telah menang dalam hati aku. maaflah, kau bukan cintakan aku tapi kau hanya pentingkan ego kau semata-mata. Bagi kau, kalau kau tak dapat, orang lain tak boleh dapat. Bangunlah wei, perempuan bukan bahan experiment.” Aku berlalu meninggalkan Zikri.
             “AKU AKAN BUAT KAU MELUTUT KAT DEPAN AKU. DAH TAK ADA ORANG YANG AKAN JAGA KAU. AIRIL AKAN PERCAYA CAKAP AKU DARI KAU!!!”
PUMMMM!!!satu lagi tumbukan tepat mengena di muka Zikri.
                  “ni ke kawan? Aku kena perbodohkan dengan kawan sendiri rupannya. Kau jangan risau, lepas ni aku tak akan percaya cakap kau.”  Airil berkata keras setelah munumbuk Zikri berkali-kali.  Aku berlari meninggalkan mereka. Langkahku terhenti di curam bukit.
             Pinggangku dicuit.  Jantungku berdegup kencang. Jeritan halus keluar dari bibirku gara-gara terkejut.
               “Zura, aku minta maaf. Aku silap. Aku buruk sangka dengan kebaikkan kau. aku terlalu sayangkan kau. aku ego. Aku menidakkan semua perasaan aku terhadap kau sebab aku dah mempunyai teman lain. Sekarang baru aku sedar, aku tak boleh hidup tanpa kau. aku…”
                    “perlu ke kau minta maaf dekat orang yang tak reti nak cermin diri sendiri? Aku ni  manusia biasa. Tak ada rupa. Tak ada harta. Aku cuba buka gati aku tapi saat hati aku terbuka untuk kau, kau hancurkannya.”
                    “Zura..aku minta maaf. Please eccept my apologize. Sepanjang aku koma, aku tahu kau yang selalu jenguk aku, kau selalu bagi semangat untuk aku sedar. Terima aku dalam hidup kau. please.. aku sayang kau. aku tak nak lepaskan kau kali ni.” Air mata Airil jatuh saat memohon maaf padaku. Aku memeluk tubuh Airil erat.
                      “janji?”
                       “saya janji sayang.”

7 TAHUN KEMUDIAN
                      “ZURA…” Izati memanggilku perlahan. Lamunanku terhenti.tertacap pada tubuh Izati yang hanya memakai t-shirt dan kain batik. Aku melihatnya dari atas ke bawah.
                      “Ya Allah, pengantin tak siap lagi?” Pastas mulutku berbicara setelah melihat keadaannya.
                         “aku kan pengantin rock.” Bidas Izati.
                   “banyak lah kau punya pengantin rock. Sekejap lagi Asyraf nak datang kau boleh lembab macam mak nenek. Dah pergi bersiap sana” marahku
                         “aku tengok kau dari tadi termenung, kau ok?” tegur Izati.
                         “aku ok je la.” Bohongku
                      “zura.. Airil dah 7 tahun tinggalkan kau. dah lah Zura. Tak guna kau tangisi orang yang dah tinggalkan kau tanpa khabar berita. Kau menangis kat sini, tantah dia dah ada orang lain kat luar tu.” Tegas Izati.
                   “kau ni.. pergi bersiap sana. Urus urusan kau tu dulu. Aku tahu lah macam mana aku nak hidup.”
                     “ish perempuan ni…. DEGIL!!” bentak Izati. Izati menuju ke bilik pengantin.  Aku menghadap ke luar jendela. Air mataku mengalir. Airil… dimana kau? mana janji-janji kau?

PERKAHWINAN Izati dan Asyraf berjalan lancar. Hanya dengan satu lafaz, Izati sudahpun menjadi milik Asyraf. Aku tersenyum senang. Akhirnya impian Asyraf memperisterikan arif tercapai.  Aku berjalan menuju ke buaian setelah majlis selesai. Jam di tangan menunjukkan jarum 11.15. sudah larut malam ni. Aku mengambil tempat di  buaian berdekatan. Melihatkan kanak-kanak yang sedang kerkejar-kejaran dihadapanku membuatkan aku tertawa. Alangkah seronoknya jadi kanak-kanak. Melayari hidup tanpa masalah.
                   ‘kawan-kawan aku semua sudah berteman. Izati ada Asyraf. Syira ada Zikri. Zikri yang dulunya menjadi musuh syira setelah mengetahui apa yang dia buat padaku, akhirnya bersatu. Aku pun tak tahu macam mana rasa cinta antara mereka boleh muncul.’aku bercakap sendiri.
                    “sayang.. BAHHHH!!!!” sergah Asyraf.
                  “ooo mak kau jatuh terduduk. Nasib baik aku tak ada sakit jantung. Asyraf, can you stop calling me sayang. Kalau aku dah tumbuk muka kau, jangan kau menangis jumpa aku sebab baru tahu erti penyesalan. Kau ni… tak manis tau orang dengar.” Sejak Asyraf menjadi kawan baikku, dia membiasakan dirinya memanggilku ‘sayang’ kerana mahu membodek aku untuk aku satukan dia dengan Izati.  Lama kelamaan panggilan tu dah terbiasa dengan dirinya walaupun telah berkali-kali aku mengugutnya.
                “EH budak-budak. Pergi masuk sana. Dah malam dah ni. Nanti momok datang, dia tangkap semua..” Asyraf tukar topik. Kanak-kanak yang bermain tadi mencicit masuk  ke dalam rumah. Aku memandang Asyraf dengan pandangan tak puas hati. Boleh selumber je dia duduk di sebelah aku. Kalau makcik-makcik kat dalam tengok, lain pulak diaorang fikir.
                   “kau jangan sampai aku pusingkan kepala kau ke belakang. Pergi tidur la sana. Kau tak penat ke?” aku bersuara kembali.
                     “tak……”
                     “pergi lah sana. Kesian kat Izati tu. Tak fasal dia cemburu pula nanti.”
                “Dia dah tahu aku nak jumpa kau. aku dah cakap tadi. Kau tu, kenapa duduk luar ni waktu macam ni? Tak baik anak dara keluar rumah malam-malam.”
                    “bla la kau. baru kahwin nak nasihat aku. Selama ni kau suruh aku teman kau kat kedai mamak sampai pukul dua tiga pagi tu tak apa pulak.” Aku memprotes.
              “tu lain..” keadaan menjadi sunyi seketika. “ zura.. cuba kau tengok bulan tu..” Asyraf menyambung kata-katanya. Aku melihat kearah bulan yang ditunjukkannya.
                 “dulu kau pernah minta semangat dari aku kan? Selagi kau hidup, selagi bulan tu wujud, semangat aku sentiasa ada untuk kau.Kau tengok bintang tu. Macam kau. sentiasa ceriakan kawan-kawan kau. kau kawan yang baik. Kau nak tahu tak? Kawan-kawan kau selalu mengeluh. Katanya kau dah banyak berubah. Kau kena kuat Zura. Kitaorang sentiasa ada untuk kau. walau pun aku dah kahwin, aku harap kau dengan aku tetap rapat macam sebelum ni. Kalau ada masalah, jangan segan-segan nak bercerita. Aku akan sentiasa ada untuk kau.” panjang Asyraf bertutur. Lembut dan menenangkan. Aku bersyukur aku masih ada kawan-kawan yang sentiasa menyokong. Aku mengangguk. Asyraf bangkit dari dudukannya.
               Buaian dudukan ku terasa dihenyak oleh seseorang. Aku memberanikan diri melihat wajah manusia  yang duduk disebelahku. Airil??
               Aku segera bangkit dan ingin menjauhkan diri namun tindakannya lebih pantas. Jemariku digenggam erat.
                     “lepaskan saya!” suaraku sedikit meninggi.
                      “Zura, sayang.. bukan saya sengaja tinggalkan awak tapi Alyah…”
               “Alyah??? Perempuan mana pula tu? Awak pergi lah kat dia. Lupakan saya. Kenapa? Dia sakitkan hati awak  sebab tu awak lari cari saya?!!” aku melontarkan rasa marahku.
                    “ZURA! Awak dengar dulu apa saya nak cakap. Jangan anak tuduh melulu je!!” tengking Airil.
                 “ooo… awak nak marah saya pula? Marahlah lagi. Jerit sekuat hati awak biar semua orang tengok drama kita ni”
                     “Alyah tu adik tiri saya. Dia menghidapi penyakit leukemia. Saya melanjutkan pelajaran saya di England.  Saya yang jaga Alyah sampai dia meninggal dunia. Boleh tak awak faham situasi saya?”
                      “awak langsung tak bagi khabar awak. Awak hilang macam tu je. Awak langsung tak beritahu saya awak nak pergi sana.. dah la.. I’m so finish. Let me go.” Aku merentap kembali tanganku.  Aku berlari memasuki rumah milik keluarga Izati dan berlari ke kamar. Syira dan Zikri yang dari tadi menjadi penonton mengejarku. Aku terus mengambil tempat di atas katil. Aku nak kunci bilik ni tapi bilik ni aku kongsi dengan Syira. Kesian pula kalau dia nak tidur.
                 “zura.. janganlah macam ni. Jangan nangis. Kau dah dengarkan apa yang dia cakap tadi” Syira memelukku. Aku merenggangkan pelukan Syira.
                   “tinggalkan aku. Aku nak tidur. Benda ni macam mimpi. Aku nak rehat.” Tubuhku ku tiarapkan. Rasa tubuhku berat. Izati memeluk tubuhku.
                   “Zura.. aku sayang kau. dah tujuh tahun kau tunggu Airil. Dia dah balik dah pun. Sekarang ni dia dah ada dekat depan mata kau. Macam-macam dia buat untuk mencari kau. hampir 2 tahun Zura. Sekarang baru dia jumpa kau. hargai apa yang ada dekat depan mata sebelum dia pergi lagi.” Izati memujukku. Aku bangit seraya duduk di birai katil. Air mataku dihapus oleh Izati.
                    Airil berjalan seraya melutut dihadapanku. Tanganku dipengang. Jariku dibelek. Jari manis yang tersarung cincin ditatapi.
             “awak tak tanggalkan lagi cincin pertunangan kita walaupun bertahun-tahun saya tinggalakan awak?” tanya Airil. Air mataku kembali menitis. Aku menggeleng.. kami sempat bertunang sebelum keputusan SPM kami keluar. Selepas aku melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan kimia di UiTM, Airil hilang dari pendangan.
                    “sayang… saya dah banyak salah pada awak. Maafkan saya.” Rayu Airil. Air matanya kembali berlinang untukku. Aku merangkul leher Airil.
                    “jangan tinggalkan saya lagi… tolong ujarku. Airil mengangguk.


AIRIL tiba di hadapan rumahku tepat jam 9.00 malam
                        “cantik sayang hari ni.” Puji Airil.
                        “bodek lah tu. Saya tak sempat nak pergi kedai la beli coklat untuk awak.” Gurauku.
                         “awak ingat saya budak tadika ke?” soalnya. Keningnya di angkat sebelah. Konon nak buat macam Ziana Zain.
                        “la.. bukan ke?” soalku lagi sengaja mendengkinya.
                        “bukan lah”
                        “haa??? Bangla?”
                        “nakal ye… saya turunkan awak dekat sini baru tahu.”
                        “ampun tuanku. Hamba hanya pacal yang cantik lagi comel.”
                       Kereta dihentikan di  hadapan sebuah restoran mewah. Apa nama restaurant ni pun  aku tak tahu. Aku bukan jenis manusia yang rajin untuk tengok nama sesebuah tempat.
                          “saya kenyang la.” Tuturku lembut.
                      “saya lapar. Tak lama lagi awak nak jadi isteri saya kan? Awak kenalah praktis dengar cakap saya.” Arah Airil.
                        “ye la…”
                       Sesampai sahaja dalam restaurant itu, makanan kami telahpun tersedia. Mamat ni sengaja nak bunuh aku.
                      “awak.. siapa nak makan ni? Banyaknya.” Soalku.
                      “saya, awak dengan saka awak.”
                       “saka tu kan pendamping. saka saya awak la.”
                 “kena balik. Baru nak dengki tadi.” Airil megalah. Aku menjelirkan lidah. Aku menjamah makanan dengan muka malas. Aku dah kenyang. Mak.. tolong.. aku melamun melihat makanan dihadapanku.
                       “zura…” Airil memanggil perlahan.
                      “emmm..” aku memandang wajahnya. Satu kotak segi empat tepat dihulurkan kepadaku. Aku membukanya perlahan. Satu gelang emas bernot muzik didalamnya. Cantik. Aku menyarungnya pada tanganku. Aku tersenyum memandang Airil.
                 “sayang jaga gelang ni baik-baik ya.. lepas ni kalau saya pergi lagi, saya harap awak akan sentiasa ingat saya ya..” Airil berkata perlahan. Pelik je dia malam ni. Dia nak tinggalkan aku lagi ke? Untuk kali ke dua? Air mataku mengalir. Tak.. kalau dia nak pergi lagi, aku kejar dia. Aku hapus air mataku. Seyuman aku ukir walaupun  hati bergelodak dengan pelbagai rasa.
                         “jangan pandang saya macam tu. Tergoda tau tak? Sambung makan.”
                Selesai menjamu selera, Airil menghantarku pulang. Sebuah teddy bear besar diberikan kepadaku.  Keretanya diparkir di seberang jalan. Katanya dia nak berjalan denganku sampai depan pagar. Aku membenarkan saja. Macam-macam la dia ni. Airil menghantarku sehingga di hadapan pagar.
                        “sayang, saya sayang awak sangat. Saya harap dekat dalam hati awak ada sikit ruang. Andai saya pergi untuk kali ke dua, saya harap awak dapat relakan.” Airil berkata lembut. Aku melihat  bear pemberian Airil. Bola mataku menatap kembali wajahnya.
                         “Airil, di dalam hati saya akan sentiasa terukir nama awak.”
                       Airil tersenyum seraya berpaling menuju ke keretanya. Aku memboloskan diri di perkarangan rumah. Aku melihat kelibat Airil disebalik pagar. Tangan Airil dimasukkan kedalam poket seluarnya. Kunci kereta BMW kepunyaan Airil  terjatuh di  dada jalan. Airil membongkokkan tubuh, tanpa di sedari kereta Honda Estima melanggar  tubuh Airil. Teddy bear yang diberikan oleh Airil sebentar tadi  jatuh menyembah bum terlepasi dari peganganku. Kereta Honda Estima itu hilang entah kemana.
                   Aku membuka kembali pintu pagar yang dan berlari kearah Airil  yang sudah terkulai. Tubuhnya dipenuhi darah. Darah ditubuh Airil tidak henti mengalir. Airmataku mengalir. Aku terjelupuk di sisi Airil. Pahaku menjadi bantalnya untuk kali ke dua. Aku menggigil ketakutan. Lebih takut dari kemalangan yang melibatkan Airil beberapa tahun lepas. Aku takut kehilangannya. Aku menggenggam tangan Airil untuk memberi sedikit kekuatan. Airil menggenggamnya kuat. Air matanya menitis mengerang kesakitan.
                “ALLAH!!!!” kuat kedengaran Airil memanggil nama yang Tuhan yang esa. Genggamanku lemak. Tangan Airil terurai dari peganganku. Tiada lagi nafaz yang berkocak. Aku merangkul tubuh Airil. Airil…..

“SAYANG.. mengelamun ya? Teringatkan siapa tu?” sergah seorang jejaka yang menemani hidupku. Temanku.
                      Air mata yang mengalir pantas aku sapu.  “tak ada apa-apalah. Abang. Cantik kan tasik ni?” aku berkata sambil selemparkan senyuman ikhlas kepadanya.
                     Suamiku memegang kepalaku lalu diletakkan ke bahunya. “Sayang masih rindukan dia ya?” soal suamiku. Aku mengangguk. Aku tidak boleh menyembunyikan perasaanku. Suamiku menyarungkan sesuatu di pergelangan tanganku. Air mataku terus mengalir melihat gelang pemberian Airil semasa hari Airil pergi untuk selamanya.
                    “Sayang, abang tak pernah suruh sayang buang Airil dari hidup sayang. abang tahu sejauh mana dia penting dalam hidup sayang dulu.” Suamiku berkata perlahan. Aku melihat wajahnya.  Macam mana dia tahu? Aku tak pernah bercerita tentang Airil kepadanya. aku tidak mahu dia berkecil hati.
                       “macam mana abang tahu?” soalku. Kepalaku ditundukkan.
                     “tu tak penting sayang. abang harap dekat hati sayang tu sentiasa ada dia, abang cuma minta sikit je dari ruangan di hati sayang untuk terima abang… abang…” sayu suaranya
                     “abang.. kisah antara saya dan Airil menjadi memori yang saya tak akan lupakan tapi abang percayalah cakap saya, nama abang sudahpun terukir didalam hati saya. baby kita pun tak lama lagi nak melihat dunia. Kita sama-sama beri kasih sayang kita pada dia ya.” Pujukku. Dahiku dikuncup lembut.
                 SUAMIKU…  seorang engineer berjaya. permulaan kisah kami bermula dengan tragedi di seven eleven. Aku tersadung. Air slurpee yang aku pegang tercapak ke atas kepalanya. Lintang pukang aku lari lepas minta maaf pada dia. Setelah itu kami ditemukan lagi dengan suatu pertemuan keluarga. Daniel meminta keluarganya meminangku, dengan hati terbuka, aku menerimanya..
                  Syira dan Zikri sudahpun mengikat tali pertunangan. Tunggu masa untuk di ijab kabulkan. Izati dan Asyraf sudahpun mempunyai sepasang anak. Syafiq dan syafiqah. Kembar of the year. Hehehe.
                    Ceritaku dan kisahku bersama Airil telahpun menemui titik nokhtah. Aku tidak akan melupakan dirinya. Airil… dihatiku kau akan sentiasa ada. Jodoh itu ketentuan Allah. Hanya DIA yang tahu apa yang berlaku. Sejauh mana, sekuat mana kita cuba pertahankan suatu ikatan, DIA tetap tahu yang tarbaik untuk hambaNYA.
               Daniel Danish.. namumu menjadi ukiran terakhir di hatiku dan selamanya akan menjadi yang terakhir. Tiada siapa selepas ini yang akan mengisi kekosongan hati. Cuma kamu. Aku kini bahagia disisi Daniel. Kami telahpun mempunyi seorang putera yang comel sangat. Namanya Airil. Nama ni bukan aku yang nak letak, Daniel yang beria sangat. Sebelum aku terlupa. Orang yang pernah bawa aku naik kuda dalam mimpi dulu tu, dia lah orangnya. Daniel Danish. Macam mana aku tahu? Aku selalu jatuh katil sebab dapat mimpi yang sama. Hehehe. Rahsia ni tersimpan rapi, kalau tak, mahu terputus urat kentut dia gelakkan aku. Daniel ni bukan boleh. Suka mendengki. Alhamdulillah Daniel seorang yang baik dan sentiasa menegur jika aku membuat kesilapan. Aku bahagia dengan kehidupan baru ini dan aku harap kebahagiaan ini akan kekal sehingga roh keluar dari jasad.

#banyak typo.mlas nk betulkan.. 

kecelaruan emosi

 ASSALAMUALAIKUM...









k fine!! x de idea nk tulis blog. aghhhh!! bosan tahap cipan tertonnggeng, berguling masuk lobang jamban! :P

alhamdulillah..


alhamdulillah.. terima kasih ya Allah.. terima kasih kat mak, abah, kaklong, adik, moksu, poksu yang selalu bagi support

lecturer.. terima kasih banyak2 terutama kat madam sue ngan madam liza .. tengah busy pun boleh angkat call, layan kerenah student yg mcm2 ragam.. kimia.. fizik... subject aq dari zero mendatangkan hasil.. alhamdulillah..

lagi satu manusia paling penting... KAWAN... pipah, noi, faez, razali, naim, adeq, tirah, fiza, haiqal, alif,... korang terbaik!! sayang korang sangat2

aku pn x twu nk post ape lg.. da la..

p/s.. akak aq gelakkan aq math aq cm gitu.. tak pe kaklong... JOYAH JERIT NAMPAK KATAK, TUNGGU KO AKU NAK TETAK... hhehehe :p

welcome, hobi lama!

kalau orang yang kenal aku, memang tak asing lagi tahu aku ni suka baca nnovel sangat-sangat. tapi sejak akhir-akhir ni aku tak dak mood lansung nak baca novel. in one month, the only novel yang aku habis baca ialah.......
novel ni aku dapat habiskan dalam sehari. then kononnye nak baca coke and sundae 2 (aku memang minat yang first) tapi tak terbaca. novel coke and sundae 2 memang best (jujur ni) tapi tah la.. aku macam tak boleh terime buku.. dah tepu bab hafal formula (ada kena mengena ke?) so aku amik tindakan mulakan semula baca KOMIK!

aku minat baca komik sebenarnya seiringan dengan novel tapi yang bestnya pasal komik, komik JUST baca dialog dan tengok gambar. best..
aku dah habis baca....
DONKEY HIGH SCHOOL.. pecah perut aku gelak.. teringat zaman muda-muda dulu. dah lama rasanya tak pakai baju sekolah (padahal baru tinggalkan sekolah tahun lepas :p)

pas uh petang tadi aku beli komik ni..

 dia bagi amaran (bacaan 18+ sahaja) teruja beb.. MESTI SERAM HABIS macam cerita DARI ALAM ANGKER) tapi time aku bace.. tiap kali habis satu cerita (dalam ni ada 5 cerita) perkataan yang keluar dari mulut aku... SWEETNYE... ok fine! cerita ni tak seram tapi sweet..
rapat dalam kejauhan... sedih... tu je perkataan yang aku boleh sebut... komik ni sedih. tahniah xiao bai. saya suka karya anda! (dak2 bawah 13 tahun perlu ada bimbingan pejaga kalau nak baca). yang penting, BEST!

ikutkan hati aku, aku nak je selalu beli komik.. tapikan......
kat sebelah aku ni couple (paling tua pun dalam lingkungan 13 tahun kot) walaupun diaorang cakap lain tapi aku terasa  diaorang cakap "akak ni dah tua pun baca komik).. selalunya kalau aku pergi bahagian komik (hari jumaat,sabtu,ahad) keliling aku semua budak sekolah rendah.. kadang-kadang tu rasa malu nak beli, tapi.. AGHHH!! DIAORANG SEMUA TAK TAHU TAHAP KEBOSANAN AKU.
yang lagi tak boleh terima.. aku pernah nampak sekumpulan budak 12 tahun, make a small discussion pasal novel. k fine! aku pelik sebab aku start baca novel masa form 3.. tak boleh bla... aku 18 tahun still cari komik..

habis...

aku ada baca lagi satu komik
komik ni tak lawak! sorry to say la.. but i don't like this comic so badly. aku beli komik ni aku ingat pasal typical malaysia yang kita boleh terima. mesti orang yang minat dengan komik ni akan cakap (alah.. terkena batang hidung sendiri la tu) tapi sejujurnya, it is not. nak kutuk orang malaysia, kutuk la (walaupun tinggal kat malaysia) but at least selitkanlah sikit pengajaran (budak-budak punya komik pun ada pengajaran tau) tapi kalau dah semua keburukan dia tonjolkan kat sini.. den raso orang luar pun tak mahu jojakkan kaki kek malaysia ni ha.. sorry la.. IT is just my opinion.. aku taip ni tak berniat pape pun (jgn tetibe surat saman sampai kat rumah dah la).. setiap orang boleh bersuara kan? or i can't understood what the comic's try to tell us? dah la.. masa ni aku baru nak mengaku (aku ni kecik lagi... tak faham isu negara)..

kbye... wasalam...

KENAPA AKU YANG KENA?

cerita ni dah beberapa hari berlalu tapi.. masih segar diingatan... 

satu pagi yang indah lagi damai. bayu sepoi-sepoi bahasa melanggar pipiku. tenang rasanya, tiba-tiba ketenangan aku diganggu oleh bunyi telefon bimbit. dengan malasnya aku menapak ke meja belajar dimana telefon bimbit aku diletakkan sambil menguak rambutku kebelakang..

 kat skrin aku nampak nombor 0176****** dalam hati aku terdetik (no sape ni??) dengan berkhemahnya aku jawab




.

aku berfikir sejenak, ajak tu nama abah, setahu aku, aku tak de kawan nama ajak.


 .
ni la manusia, orang cakap punya lah SOPAN, TERLALU SOPAN dia balas.. HIDUP..HIDUP

 *dah la mengganggu ketenteraman aku, tak mintak maaf pulak tu. tak macho betul! sape jadi awek dia tu... huh.. SEDIH!!!

 p/s sorry, entry aku kali ni bahasa agak kasar. kanak2 dibawak 15 tahun perlu jagaan rapi dari orang tua.. sekian...
zuraizlita. Powered by Blogger.