hari ni aku tak nak cakap panjang.. tapi sebelum tu, cuba tengok kat kiri, kanan, blakang, atas.. ada 'benda hitam' sedang memerhatikan anda.. (padah kalau berchatting ngan orang yang suka cakap pasal hantu dan saka).. ok, dah diam.. jauh aku melalut, nak Uturn gne highway tapi highway x boleh nak Uturn, so, lalu jalan kampung, nak Uturn jalan one way pulak, ngah asyik nak Uturn balik, tiba-tiba satu kereta datang dalam pendangan yang samar-samar. kereta itu menghentam tubuh si minah nak Uturn ni.. minah ni digilis-gilis oleh kereta tadi. tiba-tiba minah tu bangun. orang yang didalam kereta tu terkejut. minah ni tertanya-tanya "aku hidup lagi ke?" rupanya dia hanya kena langgar dengan kereta mainan. kanak-kanak yang sedang asyik memandu kereta mainan sambil makan lolipop ini mencampakkan lolipopnya pada minah tadi. minah tadi yang dalam keadaan luka-luka tercekik akibat lolipop tadi.minah ni pun dibawa ke hospital.. doktor pun tanya "adik kenapa?" tetibe minah tadi tarik baju yang dipakai oleh doktor. dengan ada yang tersekat sekat akibat tercekik lolipop dia berkata "doktor buta ke? tak nampak saya tengah tercekik" lalu doktor itu ditolak. doktor tersebut jatuh lalu kepalanya terhentak dengan kencang. akibat hentakkan yang kuat, doktor itu bangkit semula.. tapi sayang. akibat gegaran terlalu kuat di otak, doktor tersebut kehilangan mental warasnya.. inilah kisah 'UTURN MEMBAWA PADAH"
p/s : hanya rekaan semata-mata, x de kne mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.. (jauh aku melalut)
jika anda melihat pada title nya.. memanglah tak ada kena mengena dengan apa yang aku lalutkan sehingga jauh menyimpang lalu masuk parit dan digigt biawak. aku sebenarnya hanya ingin mengupload hasil lukisanku.. (atas termintaan seorang sahabat) bile aku dah upload ni, sesipa yang terajin nak layan blog aku, nak gelakkan boleh tapi jangan kutuk hasil karya gua.. gua bute seni der...
![]() |
setelah 4 tahun aku tak pegang pensil dan kertas untuk melukis, ni lukisan pertama aku. lukisan aku yang buat, bayang2 hasil kerja tangan nora |
![]() |
budak ni aku ade search kt pakcik google. aku cuma nak ikut je gambar budak ni .gambar yang sebenar budak tu tak menangis pun |
![]() |
girl left by her boyfriend remake. kali ni aku tak lukis gambar belakang tubuh lelaki tu sebab.. aku rse macam mencacatkan lukisan je |
![]() |
lukisan paling buruk. aku pun tak kenal spe pmpn ni. aku main lukis je. shhuuuuttttt.. jangan la gelak.. malu la aku |
dah puas gelak tak? jangan la gelak kuat sangat, putus urat kentot tu nanti sape susah? doktor yang hilang ingatan tu jugak yang susah. perasan tak kenapa semua gambar yang aku lukis menangis.. cepat teka.. nanti dapat hadiah lolipop.. tetttt...lambat la.. masa dah tamat. kalau dulu aku melukis tak kira masa, datang je mood melukis,aku terus lukis walaupun nak lukis gambar tenuk jadi cipan, nak lukis cipan jadi tapir (eh, bukan semuanya binatang yang sma ke?) ok.. nak lukis gambar burung jadi ayam, moto jadi basikal.. ha.. yang ni logik.. tapi sekarang, aku hanya melukis bila aku sedih dan mula menitiskan air mata. aku ni pelik sikit. bile happy bercakap ngan teddy bear, bile marah lipat baju, bile sedih melukis.. hmm.. aku tak rasa pelik kot. unik. bukan unic tau. unic tu dalam cerita c u d ipt. kalau lukisan-lukisan ni buat korang sakit mata kerana keburukannya.. aku mintak maaf. aku tak pernah belajar seni. adalah masa form 2, tapi banyak berbual ngan cikgu shamsul. masa form 3 ngan cikgu pakar.. tapi banyak tiori je.. senang kata, aku memang tak penah belajar melukis.. so, stop laughing..peace... kalau teringin nak komen, sila layari www.facebook.com/gadisnuclear .. sebenarnya aku tak kesah pun nak kutuk ke gelak ke.. cume jangan hina je.. klo nak komen cerpen yang dengan susah payahnya aku tu pun, g la kt facebook aku. aku tak kesah korg nk komen ape pon.. (budget macam ade org bace je.. hahahhaa) da bnyk sgt aku membebel.. k.. bye.. assalamualikum..(jawab! tak jawab dosa)
0 comments:
Post a Comment