senyuman buat Zura



Kehadiran burung hantu berwarna coklat cair itu cukup membuatkan para pelajar tidak memberikan sepenuh tumpuan semasa perhimpunan berlansung. Zura pelajar yang diangkat oleh guru menjadi pengawas menjalankan rutin hariannya. Tegur pelajar. Buat catatan. Tegur pelajar lagi sampai para pelajar disekolah itu jemu dengan tegurannya. Wajahnya berkerut-kerut kononnya meneliti setiap patah kata yang disampaikan oleh pengatua di hadapan. Humairah, pengawas, classmate dan merangkap rakan baiknya itu tersenyum melihat Zura yang bergitu focus.
“weh.. tengok buku catatan kau. Nak jugak aku tahu apa pengatua berucap tadi.” Terpancul soalan Humairah. Pisha dan izati turut menganggukkan kepala mengiakan soalan Humairah. Zura mengeluh. Hmmm... nak kenakan aku lagi lah ni..
“kauorang ni nama je pangawas. Rupanya mawas dan lansung menjadi pengganas. Cikgu tu bukan cakap bahasa monyet sampai kau tak faham. Dia cakap bahasa melayu la...”
“tapi... aku ni pengawas bertauliah la. Aku sibuk jalankan tugas aku tadi. Kau juga yang bising kat aku kalau aku tak bertugas. Nanti kau kata ‘nak sijil free. Jamuan nak pergi tapi bertugas hampeh” Izati membidas kata-kata Zura.
“hamboi.... kak oii... tak sayang mulut Nampak. Jangan sampai keluar cerita kita yang bertajuk kakiku dimulutmu. Heboh satu johor. Aku memang jahat, tapi mulut aku tak jah....”
“kau ni banyak cakap lah Zura. Bak sini lah aku tengok buku catatan kau. Aku nak tiru” potong pisha.
“babe.. aku sayang kauorang, tapi kauorang macam tak kenal aku. aku tak berapa mahir nak tulis laju macam mana pengetua cakap tu, kalau kau nak sangat catatan tu kau...” belum sempat Zura menghabiskan ayat, rakan-raknnya serentak berkata “MINTAK PADA SHILA” terhambur ketawanya. Siapa Shila? Shila kawan rapat Zura. Semua orang lah rapat dengan dia. Tapi shila kawannya dari sekolah tadika. Shila tak ramai kawan sebab penampilannya yang out of fashion. Cermin matanya sahaja hampir sama besar dengan muka dan 24 jam mana Shila pergi, pasti ada buku.
Kenangan lalu bermain di minda. Teringat tatkala guru pengawas ingin membuat tinjauan buku catatan. Berlari Zura kearah temannya, siapa lagi kalau bukan Shila. Tujuannya hanya satu.pinjam buku catatan. Berbakul-bakul pujian yang diberikan sehingga Zura dinaikkan pangkat sebagai penolong ketua pengawas. Tapi siapa yang berani menghalang? Zura memang seorang yang tegas. Bila dia mengamuk, bisu kawan-kawannya.

SEMASA rakan-rakan pengawasnya membuat sport check, Zura berdesup berlari ke kelasnya. Selain tugasnya sebagai penolong ketua pengawas, dia juga digelar KK. Apa itu KK? Bukan kota kinabalu ataupun pil KK. KK tu gelaran untuk ‘keys keeper’. Ini kerana rakan baikknya iaitu Iera merangkap penolong ketua kelas seorang yang teramatlah sangat penyakit pelupanyanya.akhirnya Zura yang comel lagi cute ni terpaksa menjadi pemegang sejati kunci kelas. Kunci patah, nama Zura disebut. Kunci tertinggal, Zura lagi. Lagipun, Zura malas nak dok meraba orang. Kawan-kawannya ada. Biarlah mereka sahaja yang lakukan.
Zura membuka helain buku rujukan fizik dihadapannya.lagi enam bulan peperiksaan percubaan SPM akan menjelang. Huh... masalah... mulutnya terkumat kamit memahami isi kandungan buku itu.
“transformer terbahagi kepada dua.. satu step up, and satu lagi step down. Kalau nak tahu tengok pada coil yang dia bagi. Kalau primary lagi banyak dari secondary maknanya nama transformers itu ialah step down. Kalau sebaliknya step up. Senang!! Ok.. masuk calculation. Pula.. Ns over Np equal to...”
PAP!!!!!
Buku Fiziknya ditutup. Jemarinya menjadi mangsa. Tangannya di angkat. Airmatnya mengalir memandang Iera disebelahnya. “suparjo..” Zura berkata dalam sendu meniru gaya iklan ikan di laut asam di darat. Tah apa tah nama iklan tu. Tersembur gelak rakan-rakannya. Air matanya disapu. Zura memang queen of drama. Sebab itu dia selalu memegang watak utama dalam mana mana pementasan teater yang dianjurkan di sekolah.
“wei... habis tangan aku yang cun lagi lawa ni tau. Habislah duit hantaran nanti menurun sebab tangan aku cacat. Iera, sayangku.. kau tengok apa kawan kau ni dah buat kat jari runcing aku ni”
“entah pisha. Kejam betul kau. Kita sama-sama wanita. Jangan la tindas menindas, tindih menindih. Sian sayang aku ni”tangan Zura di ramas-ramas. Merah tangan Zura dikerjakan oleh Pisha.
“eiii.... geli lah aku tengok korang. Kau ni Iera, kalau balak kau kat kelas sebelah tu nampak kau pegang tangan Zura macam ni, nyaya kau. cemburu setahun dia.” Sampuk Humairah.
“AHHH!!! Biarlah.. Zura kawan aku. Kalau diberi pilihan antara balak aku tu dengan Zura, aku pilih Zura. Hati kawan lagi susah jaga dari hati lelaki” terang Iera.
“straight to the point.. tadi masa aku dengan Iera nak check samaada cikgu Zarina datang ke tak, aku ternampak kawan kau si Shila tu terlanggar seorang mamat yang baru masuk sekolah ni. Kau tahu, dia boleh kutuk Shila habis-habisan. Aku rasa Shila kat dalam tandas. Tak habis lagi menangis. Kejamlah dia tu. Sekarang ni kita tengah free tau, cikgu Zarina tak datang. Apa kata kau melawat Shila kat dalam tandas tu. Risau juga aku tengok dia. Manalah tahu kepala dia termasuk dalam lobang jamban ke.. apa ke.. Tapi.. mamat tu maco la.. handsome.. ” terang Pisha. Sempat lagi tu memuji orang yang tak patut mendapat pujian.
“hotak hang.. kalau maco tapi perangai tak handsome nak buat apa? ok... aku nak kau selidik apa yang mamat tu benci. Konon maco. kita tengok sekarang dia dekat sekolah siapa. Iera macam biasa, esok kau bawa kamera. Aku nak jenguk Shila dulu.” Zura terus berjalan menuju ke tandas

“SHILA.. kau ok tak? Nak cerita kat aku?” soal Zura. Zura menepuk dahinya. Aduh.. Buta ke aku ni? Dah Nampak budak Shila ni menangis teresak-esak boleh tanya lagi ok ke tak.
“tak ada apa-apa la.. aku ok” huh... ayat perempuan. Zura menggeleng. Eh, aku ni bukan perempuan ke? Shila ni pula boleh layang senyum plastik macam tu. Apa dia ingat aku buta ke?
“tak usahlah kau menipu aku wahai tuan puteri. Aku kenal kau sejak tadika lagi.”
Tubuh Zura di rangkul. Habis basah vest Zura dikerjakan oleh Shila. “Zura... hodoh sangat ke aku ni? Muka aku macam monster ke? Buruk sangat ke aku?” Shila menyoal Zura bertubi-tubi dalam tangisannya.
“hey..kenapa cakap macam tu? Kalau muka kau macam monster, buat apa aku kawan dengan kau? Baik aku kawan dengan mangkuk tandas tu. Shila, aku kenal kau. Kau lagi cantik dari perempuan-perempuan dekat sekolah ni tau. Si Maria yang perasan diva tu pun tak secantik kau.”
Shila tersenyum. “bodek lah tu. Takpa, nanti aku belanja kau pizza.”
“ha... senyum pun kawan aku. Shila, kecantikan seseorang tu bukan datang dari wajah, tapi dari hati. Kalau hati dah cantik, rupa pun automatik cantik. Jangan risau ye..” Zura memujuk Shila. “dah lah.. cikgu add math kau dah masuk kelas tu. Aku hantar kau ye.” Shila mengangguk. Zura kalau bab memujuk, dialah juara.

“ZURA!!!” laung Shila sambil berlari anak menaiki tangga rumah Zura. Aduh ini cewek. Baru aja mau bobok langsung di bangunin. Zura bermonolog sendiri. Ini semua gara-gara terpengaruh dengan sinetron Indonesia.
“shila, kenapa ni jerit-jerit? Tak manis tau” Ibu kepada Zura membebel. Shila hanya menayangkan gigi. Keluarga Zura seperti keluarganya sendiri. Bilik Zura yang serba pink itu diterjah. Minah brutal ni, kalau musuh-musuh dia tahu bilik dia penuh dengan pink, mahu putus urat kentut dibuatnya.
“aghh!! Shila. Kau tak tahu ke sekarang ni dah pukul berapa?” Zura mendengus.
“tak senonoh kau ni. Jam kau tu baru tunjuk pukul 8.45 malam tau.” Balas Shila.
“alah.. jam aku tu rosak.”
“banyak lah kau punya rosak. Jam yang melekat pada tangan aku ni pun tunjuk pukul 8.45”
“ha... kau nak apa menyibuk kat rumah aku malam-malam ni? Dah tak ada rumah sendiri?”
“amboi, kasar bahasa kau. Kau jangan sampai aku beritahu musuh-musuh kau yang kau ni sebenarnya minah pinky..”
“ha... main kasar” Zura mencampak patung beruangnya tepat terkena batang hidung Shila.
“aku ada masalah ni..”
“ha.. ni lah Shila yang aku kenal.. ada masalah je nama Zura. Masalah je muka aku. Kalau muka aku je, mesti ada masalah. Kenapa? Pasal mamat perasan maco tu ke? Dia satu kelas dengan kau kan? Fasal tu kau tak usah bimbang. Just wait and see. Aku dah ada plan yang sehabis baik. Dah pergilah balik. Aku nak tidur.” Zura menguap sambil menggosokkan matanya. Sudah menjadi rutin harian. Usai solat isyak, tidur. Jam dua pagi bangun. Study...
“aku datang rumah kau ni bukan setakat nak cakap pasal mamat yang kau anti sangat tu je. Aku nak pinjam buku rujukan kimia yang kau tak pernah sentuh tu” Shila membalas.
“ooo... cakap lah dari minggu lepas. Ambil la. Buat macam harta sendiri. Aku rasa sampai dah habis SPM pun aku tak sentuh buku tu. Dah lah aku nak tidur.” Zura terus membetulkan pembaringannya. Shila menggelengkan kepala. Tahu benar dia dengan perangai Zura. Sikap bencinya terhadap mata pelajaran kimia tak dapat dikikis. Mungkin kerana rakannya benci menghafal, sebab itulah dia lebih memilih masuk ke kelas sains kejuruteraan.
“kau tak nak hantar aku balik ke? Seram lah”
“ha.. bagus.. aku hantar kau naik motor kau, lepas tu kau hantar aku semula ke rumah. Bijak idea kau. Macam ni ke fikiran best student? Ish..ish..ish” bicara Zura sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Sunyi..
“dah lah. Thanks for this book. Aku balik dulu.” Shila memecahkan sunyi. La.. dah tidur rupanya kawan aku ni? Hmm... Shila berjalan perlahan mematikan lampu. Zura takut gelap. Nanti dia bangun mesti menjerit.. he he he. Bye bye Zura.
Shila bawa motosikalnya dengan penuh cermat. Akan tetapi... BUM!!!!! Aduh, tak pernah aku jatuh motosikal. Malunya.. siku dan lutut kananya dipenuhi darah. Aduh, apa aku nak cakap dengan ummi nanti. Mana kereta yang langgar aku tadi? Waduh, takkan langgar lari pulak. Aduh sakitnya. Ni mesti kena sumpah dengan Zura. Padan muka aku.
“awak.. awak ok ke?” suara garau menyapa telinga Shila. Buta ke apa? Dah darah-darah macam ni dia boleh tanya lagi. Sakit siot.
Jejaka itu membantu Shila untuk bangkit. Shila cuba mengangkat motosikalnya dan dibantu oleh jejaka tersebut.
“spec saya..” Shila meminta bantuan jejaka tersebut untuk mencari cermin matanya. Jejaka itu memberikan cermin mata besar gedabak itu pada Shila.
“rumah awak dimana? Mari saya hantar awak pulang. Teruk ni darah awak. Saya call mekanik.” Shila terus di bawa masuk ke dalam kereta setelah mekanik muncul. Shila memberikan alamat kepada jejaka tersebut. Alamak.. buku Zura penuh dengan darah. Apa aku nak jawab pada dia nanti.
Kereta tersebut masuk ke pengkarangan rumah, besarnya rumah gadis sebelah aku ni. Jejaka itu bermonolog sendiri. Terhencot-hencot shila berjalan. “assalamualaikum ummi!!!”Shila melaung dari luar rumah.
“Ya ALLAH anak ummi.. kenapa ni? Apa dah jadi?” tersentap puan Kamariah melihat anaknya. Baju T anaknya yang berwarna ungu dan seluar tiga suku anaknya bertompokan darah. Rambut anaknya dah macam cik Pontianak.
“tadi dia dilanggar kerata. Entah mana tuan punya kereta pun saya tak tahu. Ternampak dia terlantar diatas jalan. Tu yang saya bawa dia ke rumah. Makcik nak saya bawa ke klinik ke? Saya boleh bawakan.”
“never mind. Sikit je ni.” Shila memandang jejaka disebelahnya. Baiknya dia. Dari tadi dia asyik melihat darahnya yang mengalir dan langsung tidak memandang jejaka ini. Hah! Dia??? Tak mungkin...

“ZURA.. apa cerita? Jadi tak?” soal Iera. Zura menggelengkan kepalanya. Ternyata gelengannya membuatkan sahabat-sahabatnya mengeluh. Zura kembali tersenyum. Nafas lega dihembus.
“apa lagi? Jomla.” Zura mengajak pisha dan Iera ke kelas sains tulen 1. Tabung rumah anak yatim dibawa. “kaourang tahu apa kerja kauorang kan?” iera dan pisha mengangguk. Peluang keemasan jangan dilepas. Cikgu mathematics tidak datang hari ini kerana menghadiri kursus. Segala rancangannya boleh diurus dengan mudah.
TOK!!TOK!!TOK!!
Pintu kelas 5 sains tulen 1 diketuk. Guru mata pelajaran bahasa melayu melayangkan senyuman. “ye zura.. awak nak apa?” soal cikgu Rafidah.
“saya nak minta sumbangan ikhlas dari pelajar cikgu untuk bantuan rumah anak yatim.” Jawab Zura penuh tertib dan kesopanan.
“tak mahu minta saya ke?”soal cikgu lagi.
“kalau cikgu minimum 5 ringgit. 2 ringgit masuk tabung, 3 ringgit masuk poket saya.” Dengan selamber badak je Zura mengenakan cikgu dihadapannya itu. Pelajar pelajar ikut ketawa bersama gurunya. Tabung sudahpun bergerak. Langkahnya terhenti dihadapan Shila.
“yang kau ni kenapa? Tangan sampai berbalut macam ni? Lawan gusti ke apa?”kata-kata Zura membuatkan Shila terdiam.
“Zura.. lupakan sahajalah rancangan kau tu.” Shila berkata senada.
“nope...” zura berkata sepatah. Shila menggeleng. Dah terlambat dah.. Zura kembali semula kehadapan. Ingin meneruskan perbualan bersama gurunya untuk persembahan teater yang akan datang.
Pisha mengambil tabung di tangan Zura. Gilirannya untuk pergi ke meja milik Eddy. “alamak, tali kasut terbuka pula. Sekejap ya..” Pisha menunduk. Peranannya yang disuruh oleh Zura dimainkan. Tali kasut Eddy perlahan-lahan ditarik. Kanan ikat ke kiri, kiri ikan ke kanan and.. done! Pisha kembali bangkit. Pelajar lain yang melihat ‘kerja’ Pisha hanya membiarkan sahaja. Pelajar berlagak macam ni kadangkala perlu diberi pengajaran.
Pisha berjalan ke arah Zura yang berada dihadpan tanpa menghiraukan Eddy yang sedang menghulurkan dua keping seringgit. “wei, penat aku hulur, kau buat bodoh je” tegur Eddy.
“ala.. malas la nak pergi tempat kau. Dua baris ke depan je, kau la jalan ke sini.” Arah Pisha. Zura siap sedia memasukkan tangannya ke dalam poket baju kurung. Eddy melangkah kehadapan tiba-tiba...
PAP!!!
Seluruh kelas menggelakkannya. Zura mencampak ‘benda’ yang ada ditangnnya. “AHHHHHHH!!!!!!!!!!!” suara jantan Eddy kedengaran. Sebijik macam suara mak aku masa Nampak tikus. Bisik Zura dalam hati. Merah muka Eddy menahan malu.
“eddy takut lipas” Zura berkata sambil tertawa.
“Zura.. apa awak buat pada student saya ni?” tanya cikgu dalam nada menahan ketawa.
“ala... dah saya geli lipas tu kat dalam poket saya. Saya buang la. Mana saya tahu Eddy yang segak, tampan lagi bergaya tu takut lipas... bye cikgu ada urusan lain.. ha ha ha” Zura dan Pisha berlari. Tak sanggup bila tengok rotan cikgu dah naik. Tangan Iera yang sedang merakam ‘tragedi’ tadi ditarik.. mereka bertiga sama-sama tergelak. Padan muka. Cari fasal lagi..

LOCENG rehat kedengaran. Lapar..lapar.. Zura mengemas buku yang bertaburan di atas meja. Kakinya laju ingin keluar dari kelas. Langkahnya mati apabila melihat Eddy yang tercegat di hadapan pintu kelas. Mati aku.. Zura berbisik.
“tadi berani sangat buat kat aku macam tu. Kalau berani, datang sini lah.” Keras suara Eddy. Zura dengan muka toyanya datang menghampiri Eddy. Iera,Izati,pisha dan Humairah kaku berdiri. Ish.. bukan nak tolong aku.
“apa yang kau tak puas hati dengan aku HAH!!” marah Eddy. Tudung Zura digenggam kuat.
Zura menelan air liur. Matanya menatap mata Eddy. Lambat-lambat Eddy melepaskan genggamannya tadi. “kau nak marah pun marah la.. tapi air liur tu.. eeiiyyakkkss.” Giliran Zura pula menggenggam tali leher lelaki dihadapnnya. Lelaki itu sedikit tertunduk kerana Zura kurang ketinggian. “kau yang mulakan dulu. Kau ingat apa yang kau buat pada kawan aku semalam? Kau ingat kau dah buat macam tu aku nak diam? Malu dibalas malu. Kau ingat tu” Nada Zura perlahan tapi dalam keadaan mengugut. Tali leher Eddy dilepaskan. Tubuh Eddy ditolak kasar.
Eddy mencapai tangan Zura. Kuat cengkamannya. Zura mengaduh kesakitan. “kau ingat ye, kau tu perempuan. Aku boleh balas lagi teruk dari ni. Kalau aku report dekat pengetua, kau punya jawatan tu tinggal sejarah je la”
“der... apa kau buat pada kawan aku? Kau nak balas? Kau tahu tak peraturan dah menggariskan kalau lelaki pegang perempuan dah kira kes mencabul. Kau nak aku naikkan kes tu? Lepaskan tangan dia la. For your information, aku ketua pengawas dekat sekolah ni. Aku yang boleh balas berganda-ganda perbuatan kau tu.” Tegas Akmal.
“aku ada video kau ugut Zura. Aku boleh jadikan bukti.” Sampuk Iera. Eddy melepaskan pegangannya. Akmal dan Iera, memang pasangan yang secocok. sayang kauorang. Terselamat aku untuk hari ni..

ZURA tersenyum melayan telatah rakan cyber di YM. Sekejap masam, sekejap ketawa. Macam orang tak siuman pun ada. Shila melangkah masuk ke bilik temannya itu. Di penjuru katil Shila mengambil tempat. Tersenyum dia melihat terlatah Zura. Dalam senyuman Zura tercatat seribu satu nota luka.
BAH!!!!!! Shila mengambil peranan untuk terkejutkan sahabatnya ini.
“ooo mak kau pengsan terguling... woi!!!! Terkejut aku”
“dah kau tu syok sangat layan perasaan dengan YM sampai aku masuk bilik kau pun kau tak sedar. Siapa yang kau layan tu? Budak tu lagi?” soal Shila. Zura mengangguk.
“aku suka sangat layan kepala dia. Dia ingatkan aku dengat arwah Nazrul” sayu kata-kata Zura. Nazrul, sahabat lelaki pertamanya. Nazrul pergi meninggalkan Zura dan Shila akibat sakit luekima yang dialami.
“Zura... janganlah sedih. Kita doakan Nazrul ditempatkan ditempat yang mulia disisi Allah ya..” Shila memujuk. Mutiara yang memberkas dipipi Zura dihapus. “eh.. kau chat apa je? Nak tahu juga.” Shila berdiri disebelah Zura. Zura pantas menutup laptopnya..ish.. sibuk je.
“ dah sebulan kita tak bertegur kan. Kau pun bukan nak datang rumah aku.. shila, aku nak tanya. Kenapa bulan lepas kau halang aku nak dengki mamat tu dan lagi satu, kenapa tangan kau berbalut masa hari aku dengki mamat tu. aku tegok kau ok je datang rumah aku malam sebelum tu. Apa kes?” soal Zura.
“banyaknya soalan kau tu. Malam balik rumah kau tu, aku accident. Langgar lari. Then, ada seorang hamba Allah ni tolong aku. Bila dah sampai rumah baru aku perasan mamat yang tolong aku tu Eddy.”
“la...kenapa tak beritahu aku? Aku bukan tak tahu kau selalu tidur jam tiga. Kenapa tak call?”
“malam tu aku letih sangat. Aku tertidur. Aku datang ni nak minta maaf. Buku kau dah penuh dengan darah aku.”
Bantal berbentuk hati dicampak kearah Shila. “kau sibukkan buku aku tu kenapa? Badan kau dah luka-luka sibuk dengan buku aku.” Bebel Zura.
“Zura.. aku dah jatuh hati la..”
“WHAT???!! Aku tak dengar. Cakap semula. Kau jangan cakap mamat yang kau jatuh hati tu Eddy.” Shila hanya mengangguk. Gila! Dah kena maki pun boleh jatuh hati lagi. “tapi aku tengok dia macam biasa je.”
“ kau ni. Kat sekolah kan aku pakai tudung. Kat luar mana pakai. Lepas rehat, dia datang kat aku. Dia minta maaf dengan apa yang dia dah buat pada aku.” Terlopong Zura insaf lah tu..
“habis tu, kau nak aku buat apa?”
“buat bodoh..”

“ZURA kali ni teater awak bergandingan dengan Eddy.” Tegas cikgu Rafidah a.k.a pengerusi kelab teater. Zura membuat muka kasihan. Kenapa mesti dengan dia?
“what? Ala.. cikgu ni macam tak ada hero lain je. Syakir mana?” Zura mengeluh.
“kali ni teater bahasa inggeris. Cerita the prisoner of zenda.”
“ala.. cikgu, cerita tu kan ada dua orang muka sama. Tak sanggup saya nak jadi princess flavia. Rudolf Rassendyll tu handsome. Eddy tu tak handsome. Mana boleh Eddy ambil watak tu. Apa kata cikgu ambil Shila sebagai watak utama. Mesti best. Lagipun dah nak SPM, ibu saya mesti tak beri kebenaran. Minggu depan dah trial exam. Mana boleh.”
“siapa kata awak kena berlakon sebelum SPM? Pertandingan ni peringkat negeri. So, awak jadi wakil daerah. Habis je awak exam baru practise. Lagipun orang yang saya pilih ni bukan calang-calang. Saya tahu semua ada bakat terpendam. Kita akan bergabung dengan sekolah lain.”
“tapi...”
“saya tak mahu dengar kata tidak.”
“baik cikgu” Zura mengeluh. Kenapalah mesti dengan mamat tu. Nie yang aku tak berkenan ni.. huh! Dah lah hari ni hari jadi aku. Kena paksa pulak. Sedih!
Zura melangkah ke surau. Hari ni dia terpaksalah stay back. Kena paksa sebab dia diminta ajar mata pelajaran Fizik. Macam macam la. Usai solat Zohor, Zura melilau mencari teman-temannya. Haiya.... mana diaorang ni. Tiba-tiba kedengaran suara lunak membaca surah mariam. Zura kaku buat seketika. Airmatanya menitis. Dulu arwah ayah sering membacakan surah mariam untuknya. Zura bangun perlahan-lahan. Mengintai tuan punya suara di bahagian ruangan solat lelaki. Jantungnya seakan terhenti. Tak mungkin dia. Zura kembali ke ruangan perempuan. Mencabul telkung dan menyarung tudung. Perasaannya berkecamuk. Hmm.. dah la, Baik aku lepak dekat wakaf. Zura melangkah sambil mengeluh. Mengeluh. Dan mengeluh lagi.
SURPRISE!!!! Rakan-rakan Zura muncul dari belakang dewan.
“terkejut aku.. kenapa dengan kauorang ni? Nak kawan kauorang yang cantik lagi comel ni sakit jantung ke apa?” marah Zura.
“birthday girl mana boleh mana boleh marah. Senyum...” kata-kata Iera membuatkan Zura tersenyum. Zura ditarik ke wakaf. Di atas meja sudah ada kek, air, jajan.. ni yang buat aku terharu ni.
“happy birthday.. kitaorang sayang kau” rakan-rakannya berkata serentak sambil memeluk tubuh Zura. Menitis jugak air matanya. Selama ini air matanya muncul ketika dalam mood berlakon.. hari ini.. sahabat baiknya semua melihat air mata jernih itu mengalir dengan ikhlas. Nazrul.. aku dah ada ramai kawan. Semua baik macam kau.
“hey.. janganlah menangis.” Pujuk Iera.
“aku sayang kauorang juga.. jangan lupakan aku walaupun kita nanti akan terpisah”.. drama air mata kembali.
“zura...” lembut panggilan itu. Siapa lagi kalau bukan Eddy. Dari mana mamat ini datang pun dia tidak tahu. enam bulan lelaki ini masuk sekolah. Seminggu selepas kejadian lipas, lelaki ini menjadi sahabat baik Iera, Pisha, Humairah dan Izati. Tapi bukan Zura. Shila... hmmm.. no comment.
“kau nak apa?”
“garangnya. Nah.. hadiah untuk kau” Eddy menghulur kotak berwarna pink. Waduh.. dia tahu ke aku suka warna pink? Zura mengambilnya dengan perasaan ragu-ragu.
“Zura.. buka lah” pujuk Pisha. Zura mengangguk. Zura membuka kotak dengan penuh hati-hati. “3....2.....1....” rakan-rakannya mengira. Tepat pada nombor satu “AAAHHHHHHHHHHHH!!!!!” Zura mencampak kotak tersebut. Airmatanya mengalir. Mana tidaknya, ada ke hadiah cicak. Zura takut pada cicak memang tahap maximum. Humainah memeluk tubuh rakannnya. Memujuk Zura supaya berhenti menangis.
“kauorang kejam!!!!” jerit Zura. Dah lah kena paksa masuk teater dengan Eddy. Hatinya dup dap dup dap masa melihat jejaka yang membaca Al-quran tadi. Buat kejutan sampai menitis airmata aku. Lepastu hadiah benda yang aku alergik. Zura menggalas begnya ingin pulang. Otaknya serabut.
“Zura nanti.” Tangannya dipegang oleh Eddy. Sepantas kilat direntap. “wait.. sebenarnya cicak tu bukan birthday present kau, tapi ni.” Eddy menyelak helaian kertas di dalam kotak itu. Terdapat gelang yang tergantung not muzik diatasnya. Cantik sangat. Eddy menyarung gelang itu pada tangan Zura. Kaku Zura dikala itu. Zura melihat wajah Shila yang tiba-tiba berubah. Shila.. maafkan aku..

MERDEKA!!!!! SPM dah tamat!!!!!
“happynya kak cik kita seorang ni” tegur Iera.
“mestilah, lepas ni kan dia nak jumpa secret admire dia kat tasik.” Usik Pisha.
“patutlah muka berseri-seri je dari pagi tadi. Aku ngan diaorang akan perhatikan kau dari belakang. Manalah tahu dia ada nak buat apa-apa ke pada kau.kau pergi pukul satu kan? Kitaorang ambil baju. Lepak kat rumah kau. Nanti kau tak fasal-fasal tak datang dinner sekolah malam ni.” Humairah menambah pula.
“ye lah.. sayang kauorang..”
“rasanya kau lagi sayang gelang yang Eddy bagi dekat kau” Izati menyampuk.
“dah orang bagi, aku pakai lah. Tak kan aku nak buang pula.”

Tepat jam satu tengah hari tapi batang hidung pun tak nampak. Mana nak nampak orangnya pun aku tak kenal. Dia kata pakai paju kotak kotak merah hitam. Mana manusia ni.. tak nampak. Aku balik je la kalau macam ni.
“zura?” satu suara garau menegur dari belakang. alamak, diadah sampai ke? Nervousnya.. Zura memusingkan tubuh untuk melihat gerangan jejaka yang memakai baju merah kotak kotak hitam. HAH?? Jejaka yang membaca Al-quran di surau. Lelaki yang dibenci. Lelaki yang Shila suka. Jejaka yang sering masuk dalam angan-angan aku... dia???
Zura teringat kata-kata Eddy. ‘kau ingat ye, kau tu perempuan. Aku boleh balas lagi teruk dari ni.’air mata Zura menitis. “ini balasan kau pada aku? Kenapa mesti kau main dengan perasaan aku? Kenapa???!!!!!” Zura terjelupuk jatuh. Orang yang aku anggap bayangan Nazrul rupanya orang yang aku benci? Apa ni? Nazrul memang tiada galang gantinya. Tapi kenapa mesti Eddy. Kenapa lepas aku dapat terima hakikat bahawa Nazrul tinggalkan aku selama-lamanya semuanya jadi berantakan macam ni? Kenapa?
“kau jawab soalan aku.. JUJUR.. kau memang dah tahukan yang YM tu aku punya?” soal Zura. Eddy mengangguk.
“a....aku...tak ada niat pun nak buat kau macam ni. Aku memang nak berkenalan dengan kau sejak pertama kali kau masuk kelas aku, mintak sumbangan tu. Aku nak tahu siapa Zura yang sebenarnya. Aku tak ada niat nak buat kau sakit. Aku say.....” Eddy ingin menenangkan Zura.
“kau tahu kan Shila sukakan kau. Kenapa kau nak rapat dengan aku? Kau nak hubungan kami makin rengang, macam tu? Aku dah muak dengan lelaki egois macam kau ni. NAH!! Kau ambil semula gelang kau ni. Aku tak hingin!!” Zura mencampakkan gelang pemberian Eddy. Langkahnya laju meninggalkan Eddy di belakang. Zura ingat. Hati kawan lebih susah untuk dijaga.
“Zura.. sabar.. jom kita balik” suara Humairah memujuk.

ZURA dan rakan-rakan bergerak ke rumah Shila. Atas permintaan Ummi, Zura akan menjadi perunding imej Shila pada hari ini. Segala peristiwa yang berlaku tengah hari tadi dilupakan untuk seketika.ini semua untuk Shila.
“ready Shila?” soal Zura. Shila mengangguk. Zura membuka cermin mata ala-ala mata lalat Shila. Humairah memilih gaun labuh hijau untuk Shila. Iera memaksa Shila memakai contect lens. Zura menepek bedak di wajah shila. Pembayang mata berwarna hijau cair dan pekat dipandankan dengan baju. Rambut lurus Shila dibiarkan melepasi bahu. Lip gloss disapu dibibir. Blusher disapu sedikit pada pipi.
“Shila.. tak sangka aku kau secantik ni. Kenapalah kau tutup kecantikan kau ni?” soal Izati. Shila hanya tersenyum.
“Zura.. thanks. Lepas ni mesti Eddy akan cair tengok aku kan?” soal Shila kepada Zura. Zura melayangkan senyuman plastik. “mestilah.. kau kan cantik”
“sini kau Zura. Meh aku dandan kau pulak.” Humairah menarik tangan Zura.
“aku tak nak!!! Pakai makeup... oh.. please!!! Bukan jiwa aku” Zura mengelak.
“AAK!!” Humairah membalas. AAK- ada aku kisah. Wajah Zura dibedak. Pembayang mata pink dan hitam di padankan dengan baju gaun labuh hitam berbunga pink. Lip gloss pink ditepek pada bibir. Anak tudung hitam dan pashima pink menyerlahkan lagi wajah Zura. Pujian berbakul-bakul diterima tapi bagi Zura tetap eewwww...

SEMUA mata tertumpu kepada enam orang gadis. Iera,Pisha,Humairah,Zura,Izati dan Shila. Mereka melabuhkan punggung di kerusi yang terdapat pada meja yang mempunyai enam biji kerusi. Usai menjamu selera, beberapa orang pasangan secara rawak dipilih.
Lampu menuju kearah Iera dan Akmal. Hamik kau.. tonggang terbalik bila ketua pengawas dan pasangannya dipaksa menari di atas pentas apabila lagu kush kush hota hai dipasangkan. Tapi.. diaorang cute sangat. Baju yang dikenakan pada tubuh masing-masing memang sedondon. Iera bergaun labuh biru manakala Akmal berkemeja biru dan bertali leher putih. Serasi.
Setelah mereka turun, lampu yang kedua disorotkan ke wajah Maria the diva. Tergolek Maria di atas pentas akibat baju terlalu labuh dan kasut terlalu tinggi. Malunya. Seluruh dewan gelakkan Maria. Kesian juga, tapi nak buat macam mana. Belum sempat nak tolong, Maria dah berlari langkah seribu.
Lampu yang ketiga, mestilah lampu ketiga disorotkan ke wajah Zura. Tapi mengapa mesti Eddy. mungkin sebab ‘kepala’ main sorot-sorot lampu ni cikgu Rafidah. Cikgu ni memang tau. Zura memandang sekilas wajah Shila. Sebersalahnya...
“ada cadangan apa tugasan untuk mereka?” soal pengacara majlis.
“NYANYI!!” macam kenal je suara tu. Pisha.. aku tumbok kau kang!!
“nyanyi...nyanyi...nyanyi....” satu dewan gamat dengan suara kecuali Shila. Tak kan aku nak turun pulak. Aduh.. Shila, janganlah buat muka tempe macam tu.
“weh.. suara aku kalau nyanyi hancus sikit. Apa kata aku main piano, kau nyayi” cadang Eddy. Zura mengangguk. Lagu kau pergi jua di dendangkan..
Wajahmu seindah serinya pelangi nan indah
Seharum mawar putih sedang berkembang
Wajahmu mengapa sering terbayang di mata ku
Sehingga terbawa di dalam mimpu ku

Sayangku tahu kah kau di dalam hati ku ini
Tersimpan perasaan cinta yang suci
Kau dengar ingin ku sunting mu menjadi milik ku
Lantas ku abadi kan di dalam jiwa ku

Sayangnya harapan yang selama ini ku bawa
Hancur berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi
Kau pergi jua
Setelah cinta ku kini membara
Belum sempat ku curahkan kasihku
Kau pergi tak kembali
NAZRUL!! Airmata Zura menitis lagi. Murahnya airmatanya ini..

Sayangku tahu kah kau di dalam hati ku ini
Tersimpan perasaan cinta yang suci
Kau dengar ingin ku sunting mu menjadi milik ku
Lantas ku abadi kan di dalam jiwa ku

Sayangnya harapan yang selama ini ku bawa
Hancur berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi
Kau pergi jua
Setelah cinta ku kini membara
Belum sempat ku curahkan kasihku
Kau pergi tak kembali

Sayangku tahu kah kau di dalam hati ku ini
Tersimpan perasaan cinta yang suci
Kau dengar ingin ku sunting mu menjadi milik ku
Lantas ku abadi kan di dalam jiwa ku
Tepukan gemuruh kedengaran setelah nyanyian Zura selesai. Eddy berdiri disebelahnya. Dia tidak mengetahui mengapa Zura menangis tapi yang pasti, gadis disebelahnya ini sangat terluka. Salah aku kah? Soal Eddy sendiri.
“Zura..saya tak ada tisu nak lapkan airmata awak, tapi saya ada tangan untuk menyapu airmata awak dan saya harap, saya dapat menyapu semua luka awak.” Eddy menyapu airmata Zura menggunakan ibu jarinya. Mata Zura tertumpu kepada Shila.gadis itu berlari ingin meninggalkan ruang dewan.
Tangan Eddy direntap. “SHILA!!!!” zura berlari sambil mengejar shila. Zura tersadung. “AAWWW” kuat Zura mengaduh. Shila kembali berlari kearah Zura.
“Zura.. kenapa kat tak cakap pada aku yang kau suka pada dia?” soal Shila.
“shila, kau boleh tolong aku tak? Kaki aku ni nak patah dah, tolong la jangan soal aku yang bukan-bukan. Aku bukan perampas ye.. sini tolong angkat aku.” Shila tersengeh. Mungkin Eddy lebih sesuai dengan Zura. Zura diletakkan di kerusi. Majlis masih diteruskan dengan persembahan karaoke. Eddy memegang kaki Zura yang mulai membengkak.
“aduh, sakitlah. Jangan lah cabut kaki aku” Zura mencampak handkerchief milik Iera tepat ke wajah Eddy.
“eleh, terseliuh je. Bukan patah pun.kalau nak patah, saya boleh tolong patahkan.” Eddy mengugut.
“Eddy apa kau buat kat kaki anak dara orang tu?” tegur suara garau di belakang Eddy. rahang Zura dan shila sedikit terbuka.
“meet my twins, Hadi. Dia lah yang akan berlakon jadi king Rudolf the fifth nanti.” Hadi bersalaman dengan Shila dan Zura.
“eh, you ni kan yang kena langgar dengan motosikal tu?” Hadi memulakan bicaranya apabila melihat wajah cantik milik Shila. Shila mengangguk.
“abang, ni ke perempuan yang abang angau sangat tu?” soal Eddy. kecil dunia ni rupanya.
“Zura.. aku silap orang la. Kau ambil lah Eddy tu. Aku dah ada Hadi.” Bernas idea Shila.
“amboi.. habis madu sepah dibuang nampak” Zura menegur kata-kata Shila.
“mana ada buang, aku bagi dekat kau kan? Eddy pun mesti suka. Tengok tu, muka dua-dua dah merah.”
“ni bukan merah, ni marah... SHILA!!” Zura ingin mengejar Shila. Tapi... “auuchhh.. sakitnya..” Zura memegang kuat bahu Eddy untuk membantunya berdiri.
“yang gatal sangat nak kejar si Shila tu kenapa? Mari. Saya bawa awak duduk.”
“Eddy.. thanks...” ucap Zura perlahan tapi cukup didengari oleh Eddy.
“ok semua.. tibalah kemuncak untuk majlis kita hari ini. King and queen of the night dipilih bukan berdasarkan keserasian mereka pada malam ini sahaja tetapi keserasian mereka di sekolah dan juga prestasi mereka disekolah. Dijemput tuan pengetua untuk menyampaikan hadiah. Sebelum saya memanggil nama untuk anugerah ini, mari kita sama-sama melihat rakaman yang sempat dirakam oleh kawan-kawan mereka sendiri.”
Semua mata tertumpu kepada screen besar. Muncul wajah Eddy bermain piano peringkat kebangsaan. Memasuki kuiz kimia peringkat daerah. Bermain bola tampar peringkat negeri. “pelajar ini merupakan pelajar baru di sekolah kita. Walaupun beliau merupakan pelajar baru, tetapi sikap ramah dan berkebolehan dari aspek akademik mahupun kokurikulum telah dipertengahkan. Sikap ini telahpun menjadi contoh kepada pelajar-pelajar lain. Tanpa melengahkan masa, saya menjemput Hairy Eddy untuk naik ke atas pentas.”
Zura tersenyum. Baru aku tahu nama dia ada Hairy kat depan. He he he. Eddy melangkah naik ke atas pentas. Zura kembali melihat kakinya. Macam dah ok je. Zura kembali memakai kasut tumit tingginya.
“sekarang kita saksikan rakaman queen of the night.” Dewan kembali dalam suasana gelap. Ni yang teman tak gemar ni. Main-main lampu pulak. Kecut teman. Zura bermonolog sendiri. Screen besar menunjukkan wajah Zura yang sedang mendenda para pelajar. Terngaga sedikit Zura dibuatnya. Kejam gila aku. Zura menggeleng-gelengkan kepala. Cik kak oii.. masih tak sedar ke kau tu queen of the night? Haiya... muncul gambar Zura semasa pementasan teater. Memasuki pertandingan mencipta gajet. Pertandingan pidato. “gadis ini merupakan headgirl yang kita takutkan. Walaupun wajahnya apabila marah nampak amat garang tetapi pelajar ini mempunyai hati yang sangat lembut. Walaupun beliau sibuk dengan tugasan yang dipikul tetapi beliau tetap melakukan segala aktiviti lain untuk menaikkan nama sekolah. Dengan ini, kita menjemput Zura untuk naik ke atas pentas” mata Zura terkebil-kebil apabila semua mata melihat kearahnya. Kaki aku sakitlah, macam mana aku nak bangun.
Zura menggagahkan diri untuk naik ke atas pentas, ini kerana mata-mata yang melihatnya seolah-olah mata hantu. Seram. Mahkota silver di letakkan di atas kepala Zura dan Eddy. Screen besar masih lagi menunjukkan telatah Eddy dan Zura. Peristiwa lipas. Peristiwa cicak dan nyanyian tadi juga sempat dirakan dan ditayangkan di screen besar.. MALUNYA AKU!!! Eddy memegang tangan Zura. Gelang yang diberi semasa ulang tahun hari lahir Zura disarungkan.
“jangan buka lagi tau gelang ni.” Eddy memberi amaran. Zura mengangguk. Usai majlis, Zura berjalan bergandingan dengan Eddy. kakinya masih sakit. Zura masih memerlukan Eddy untuk dia bergerak.
“king dengan queen kita terus tak boleh berenggang la..” usik Iera. Beg tangan Zura di layangkan ke tubuh Iera. Iera mengaduh kesakitan. Zura meninjau mencari bayangan Shila. Mana Shila ni. Tak nak balik ke?
BAH!!!
“oh mak kau meletup.. SHILAA!!” lengan Shila dicubit.
“Zura, aku dah jumpa prince charming aku. Sorry tau kalau selama ni aku buat kau tak sedap hati fasal Eddy. emel kau tu, aku yang bagi pada dia sebab dia merayu sangat-sangat pada aku. Sorry...” Zura mengangguk. Hmmm.. benda dah lepas, nak ungkit lagi buat apa.
“lepas keputusan exam keluar, saya nak merisik awak. Kita tunang. Saya tak nak awak terlepas pada tangan orang lain bila kita sambung belajar nanti.” terkejut Zura dengan pengakuan berani mati Eddy. Zura tersenyum.. kalau hubungan kita berpanjangan la..

TIGA TAHUN KEMUDIAN...
Group kesayangan Zura akhirnya menemui titik nokhtah. Selepas habis SPM, Pisha terus mencari kerja. Katanya malas sambung belajar. Humairah pula sekarang belajar di jepun. Iera dan Akmal. Masih bersama. Tempat belajar pun tetap sama. Izati pula belajar di kolej. Dengar kata, lepas tamat belajar, dia akan melangsungkan perkahwinan bersama jodoh pilihan keluarga. Shila.. still rapat lagi dengan aku. Mana tidaknya. Tak lama lagi kami akan menjadi biras. Tapi dia belajar di mesir. Jauh tu. Kisahnya dengan hadi tidak berhenti bergitu sahaja. Kalau dah namanya jodoh, ke kutub utara pun tetap ada.
Zura dan Eddy.. ibu sama sekali tidak membangkang. pulang dari dinner malam tu, zura dapat tahu rupanya Eddy anak kepada kawan baik ibu. Hubungan ibu dengan mama Eddy semakin rapat kerana meraka. Tak sangka, hubungan mereka dapat menjalinkan ikatan yang kian lama terputus. Setelah tiga tahun, barulah kami mengikat ikatan pertunangan. Memang tersasar jauh dari tempoh ‘lepas SPM’ Eddy. bukannya Eddy tidak mahu bertunang cepat, tapi Zura yang membangkang. Katanya.. aku masih muda masa tu untuk bertunang. Sekarang, boleh lah kot. Dah tua sikit.hehehe. fasal teater tu, yah.. kami juara. Tapi tetap tak suka ending the prisoner of zenda. Cinta tak kesampaian. Huhuhu. Lucu juga kisah kami. Hate turn to love. Macam orang dulu-dulu selalu cakap. Kalau benci seseorang, janganlah terlalu benci, nanti bertukar jadi sayang.

cerpen ni aku gatal-gatal buat sebab terlalu RINDU  pada kawan-kawan. sedihnya...
zuraizlita. Powered by Blogger.